Sunday, December 20, 2009

Hanyut dan lena..masih tidak mengerti?


Assalamualaikum,
ahhh..lega rasanya bila celiknya mata dapat melihat dunia lagi pada hari ini.Melihat nikmat Allah di depan mata setiap masa tapi hanya bersyukur tuk seketika.Teruknya rasa diri ini,bayangkanlah..kalau manusia sudah tentu manusia itu membenci diriku kerana sering terlupa jasa baiknya bahkan membalas keburukan ke atas dirinya..SubhanAllah..betapa penyayang diriMu ke atas diriku.

"dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya" surah al-mulk:2

Aku sering terlupa akan tujuan hidupku sedangkan telah Engkau tetapkan untukku .Engkau kurniakan kami nabi-nabiMu serta para Rasul semata-mata untuk membimbing kami ya Allah...bukankah itu tanda kasih dan sayang ke atas ku dan sekalian umat manusia?


Bukankah setiap hari Allah membuka pintu taubat ke atas hamba-hambaNya?Bilakah masanya untuk diriku benar-benar berubah?

Air mata yang hanya mengalir untuk beberapa saat sahaja tetapi dosa yang berjam-jam..mungkin berhari-hari..apatah lagi kalau berbulan-bulan..Astargfirullah..berdosanya aku..pandanglah dan terimalah aku benar-benar di dalam agamaMu Ya Allah..naungi lah aku setiap masa semoga perubahan aku serta hamba-hambaMu berkekalan malah meningkatkan keimanan kami kepadaMu.

Dengan dunia dan persekitaran aku yang banyak dibelenggu kemaksiatan,mampukah aku untuk kekalkan keimananku? Kalau mampu sekalipun mesti iman aku tidak seperti sahabat-sahabat dahulu. Cemburunya aku  terhadap mereka...bilakah persekitaran ini akan berubah? Bilakah aku dapat membantu dan mengubah persekitaran ini supaya lebih baik seperti kehendakMu?

"dia yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kejahatan mereka" surah as-syura:25

Aku bimbang aku tergolong di dalam golongan orang-orang fasik,di mana dan hanya pabila bala dan murka Mu turun baru aku menangis dan memohon keampunan kepada Mu Ya Allah. Dan aku juga bimbang di saat aku terus hanyut dan lena dengan buaian dunia semata sehingga terlupa akan pintu taubat Mu itu..kerana sesungguhnya aku tidak mengetahui bila akan ajalku tiba. Apa yang termampu hanya perbaiki amal ibadat ku dan tingkatkan imanku.

"pada hari dimana harta dan anak tidak bermanfaat kecuali orang yang datang kepada Allah (mati) dengan hati yang selamat (membawa iman atau bertaubat)" surah as-syura:88-89


No comments:

Post a Comment