Showing posts with label jendela hati. Show all posts
Showing posts with label jendela hati. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Proaktif kah Aku???

Proaktif, berstrategi dan berakhlak. Ini peranan kita dalam gerakan Islam kerana apa yang kita cari di akhir nanti adalah daripada setiap amalan kita yang mendapat redha dan 'lampu hijau' daripada Allah. Ahli gerakan Islam yang proaktif menggunakan masa dan tumpuan mereka kepada penyelesaian, bukan permasalahan.

Semua orang boleh melihat masalah, tetapi orang berjaya sahaja yang yang mampu melihat jalan penyelesaian. Kita sebagai orang mukmin, pasti akan diuji di medan perjuangan ini. Tatkala kita diuji, asyik mengeluh dan merungut masalah, masalah dan masalah, kita sebenarnya akan gagal sebelum gagal. Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah keberkesanan tarbiyah.

Jangan kita lemah dan berputus asa dengan seribu satu masalah dan luaran yang berduyun-duyun datang merapati kita.

Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal.Tidak menafikan masalah di pihak lain, tetapi melihat perubahan dan penyelesaiannya berada di tangan sendiri.

Sunday, December 12, 2010

Dengan KeizinanMu

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Perasaan ini bukanlah asing bagi para dai'e di luar sana, pasti pernah tertanya-tanya dan putus-asa pabila insan yang cuba didekati dan ubah menjadi satu cabaran yang besar buat diri masing-masing. Sering kali rasa ingin mengalah, dan isu ini bukanlah hanya pada insan yang cuba didekati tapi juga tuk diri sendiri. Hari demi hari, walau menyedari akan hakikat diri dan kehebatan Sang Pencipta, diri tetap juga mudah terleka dan terlena. Pabila ini berlaku, hati mula berbisik...

"aku tergolong dalam golongan munafik ker?"
"aku nasihat-nasihat orang tapi aku pun kadang-kadang salah juga"
"aku tegur orang, tapi aku pun buat salah juga.."

Inilah antara soalan-soalan dan monolog dalaman yang sering berbisik di lubuk hati. Dan ada juga kadang-kadang tertanya-tanya...

Saturday, October 30, 2010

Hidupmu Tuk Memburu Syurga

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan tuk ana menulis di ruangan ini. Agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Sangat sibuk rasanya dengan pelbagai kerja-kerja di universiti dan juga mempersiapkan diri tuk exam yang bakal tiba. Dalam kesibukan dunia yang Allah S.W.T beri ini hendaklah kita tidak melupakan tuk menyibukkan diri dengan urusan pelaburan kita tuk dituai di akhirat kelak. Itulah tujuan kita di dunia ini, tidak lain dan tidak bukan tuk memakmurkan alam ini dan menegakkan syariat Allah S.W.T di muka bumi ini. Mahu atau tidak mahu itulah hakikat hidup kita. Tanggungjawab yang kita tidak boleh lari, memikul sehingga Allah kembali menjemput kita. Mahu dan tidak mahu juga, ia sebagai jalan kita tuk sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA. Mengejar nikmat kehidupan yang hakiki iaitu di akhirat kelak dan memburu syurgaNYA. 

Islam tidak akan dapat tegak, kecuali dengan perjuangan para penganutnya. Islam tidak akan tertanam, kecuali dengan siraman darah. Oleh kerana itu, guru kita, Nabi Muhammad S.A.W, gagah berani menegakkan dan menyampaikan dakwah islamiyyah di zaman Baginda. Para sahabat beliau juga orang-orang yang pemberani. Abu Bakar seorang siddiq, Umar terbunuh, Utsman juga tewas, Ali mandi darah. Lapan puluh peratus sahabat  Baginda telah terbunuh.

Sehari sebelum perang Uhud, Rasulullah S.A.W bersabda diatas mimbar :

“Demi Allah yang menggenggam jiwaku, setiap orang yang terbunuh di jalan Allah pasti datang pada hari Kiamat seperti keadaannya ketika terbunuh didunia. Warnanya warna darah, tapi baunya bau minyak kasturi”.

Monday, September 6, 2010

Berayakah Aku,Gembirakah Ibu?

Sedang mereka yang lain bergembira meraikan kemenangan,
Aku berdukakan kehampaan,
Jiwa yang disakiti tanpa kesenangan,
Bahkan dipaksa bertemankan terik suria dan cerahnya purnama  ,

Mengapa tinggalkan aku, ibu?
Sedangkan ibu yang memintaku,
Meminta tuk membenih di dalam rahimmu,
Gembirakah raya mu ibu?

Bukankah kelahiranku adalah satu hadiah aidil fitrimu?
Mengapa perlu menolakku?
Aku juga ingin merasa nikmat raya itu,
Walau hanya tangisan yang mampu aku teriakkan,
Tapi teriakkan itu disenangi oleh dirimu tanda kesyukuran atas kelahiranku.
Bukankah begitu ibu?

Saturday, July 3, 2010

Bumi Eropah: Nikmat MU ada di mana-mana

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan ana tuk berjaulah ke bumi Eropah pada awal bulan jun yang lepas. Sungguh seronok kerana ini adalah pengalaman pertama ana di sana, melihat keindahan dan nikmat Allah dari negara-negara yang berbeza fahaman serta akidahnya. Maka dengan sebab itu timbullah rasa syukur yang teramat sangat terhadap negara tanah tumpahnya darah ana sendiri iaitu Malaysia. Bersyukur kerana terlalu banyak kesenangan yang telah Allah permudahkan di Malaysia dan tidak terdapat di negara-negara yang ana lawati. Dari segi mencari makan yang halal,keselesaan dalam menunaikan ibadah, menjaga batas pandangan jauh lebih selesa dan mudah di Malaysia. Antara negara yang ana lawati adalah United Kingdom, Germany, Spain, Switzerland dan Austria.

Jaulah ini lebih bersifat akademik bukannya pelancongan semata. Meninjau dan mempelajari lebih dekat senibina oleh para arkitek terkenal di dunia di bumi Eropah. Di samping itu juga, kami dapat juga berpeluang mengunjungi firma-firma arkitek di sana dan juga universiti yang menawarkan pengajian senibina yang tersohor di dunia.

Thursday, May 20, 2010

Ketika Engkau Memerlukan Pertolongan

Assalamualaikum,

Bismillah ar-rahman ar-rahim, dengan nama Allah ana mulakan bicara ini. Pernahkan antum semua berada dalam kesusahan dan ketika itu juga tiada pertolongan yang antum boleh raih? Ana pasti semua makhluk bernama manusia tidak terlepas dari dugaan dan cabaran yang sering bermain dalam kehidupan seharian kita. Kita tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa kerana kita bukanlah nabi dan rasul yang bersifat maksum. Allah menyucikan dosa-dosa hambaNya dan membentangkan pintu taubat dari pagi ke malam dan malam sehingga pagi keesokkan harinya. Tidak mustahillah kita sering ditimpa kesusahan atau musibah kerna dengan musibah itu Allah menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba yang sering lupa hakikat kejadiannya. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat pengharapan kerna tiada siapa pun yang ada daya upaya tuk menolong kita jika tanpa keizinan Tuhan Pencipta kita.

Bagaimana nak meraih pertolongan dari Allah S.W.T? Adakah hanya dengan berdoa tanpa sebarang usaha? Tanpa sebarang amal kebajikan? Tanpa amar ma'aruf nahi mungkar?

Thursday, April 22, 2010

Kapan Bila?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya ana dapat menulis tuk kali ini. Tulisan kali ini mungkin sekadar berbentuk luahan rasa diri ana sendiri. Setiap insan pasti pernah melalui detik-detik sukar dalam kehidupannya,begitu juga ana yang tak terlepas dari semua itu kerna ana juga insan biasa.

Sejak kebelakangan ini ana agak sedih dan muram,mungkin dari luaran nampak girang kerna bimbang melayani perasaan ini boleh membawa kemudaratan pada rakan sekeliling serta pengajian ana juga. Melihat suasana dan kelakuan persekitaran sedikit sebanyak membawa ana juga ke dalam semua itu. Sedih sebab setiap hari ana terlupa dan terleka...kembali tersedar kemudian perkara sama akan berulang.

Hanya Dia tempat mengadu

Sunday, March 21, 2010

Di Mana MALU Kita???

Assalamualaikum,

syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapat juga ana menulis lagi di ruangan ini. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar serta idola sepanjang zaman kita yakni Rasulullah S.A.W, berkat dakwah baginda lah yang telah membawa nikmat iman dan islam ke dalam diri kita. Alangkah jijik nya diri kita jika kita tidak memahami islam. Dan adakah mungkin kita diketemukan hidayahNya jika lahirnya kita bukan dalam agamaNya? Alhamdulillah dan kerna itulah kita hendaklah kerap kali memanjatkan serta merafa'kan kesyukuran ke atasNya.

Walaupun kita dilahirkan dalam agamaNya, tapi adakah kita menunaikan amanat serta perjanjian kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Nya ini? Ahh..bila difikir dan direnungkan..masih banyak lagi yang kita ketinggalan. Apa tak nya..dalam seharian pasti ada maksiat yang aku lakukan. Pahala dan dosa silih berganti dalam perlakuan seharian kita. Adakah kita sedar?atau buat-buat tak sedar?atau pun tak terasa pun yang kita buat adalah satu kemungkaran serta kemaksiatan? Astargfirullahalazim....jika di listkan jadual perbuatan seharian pasti kita dapat semak kembali dosa-dosa kita. Bertaubatlah wahai diri serta hati selagi Dia memberi peluang kepada kita. Kita bimbang tak sempat ataupun tak terlintas tuk bertaubat kepadanNya. TAK MALUKAH KITA?

Bila ditanyakan apa agamamu? jawab dengan yakin " islam agamaku"

Tuesday, December 22, 2009

Meniti Jambatan Usang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat lagi aku menulis pada hari ini,segar rasanya badan serta anggota-anggota tubuh ku yang dikurnia oleh Allah ini selepas menunaikan solat maghrib..wudhuk,takbir,ruku' serta sujud kepada pencipta kita. Bertuah rasanya diri dilahirkan dalam agama ini,jika bukan agama ini yang aku anuti adakah aku terima hidayah daripadaNya? MasyaAllah sungguh bertuahnya diri ini.


Hari ini aku membuka lembaran baru sempena hari baru..haha..setiap hari adalah baru,itu yang perlu kita tanam dalam diri supaya azam serta tujuan hidup sentiasa "fresh" dalam diri.Ya..memang susah..tapi janganlan kita berputus asa,itu yang Allah ingin menilai pada diri kita kelak. Usaha untuk berubah kepada yang lebih baik,memang fitrah manusia sering melakukan kesilapan tetapi yang silapnya kita adalah terus melakukan kesilapan. Kita ada asas,cuma perlu kukuhkan sahaja..untuk mengukuhkan itulah cabaran kita..dan dengan cabaran serta dugaan yang Allah berikan itulah yang membezakan darjat kita di akhirat kelak. Tidak mahukah kita menikmati kesenangan yang diluar jangkauan kita?Ya..itulah syurga Allah..

Sunday, December 20, 2009

Hanyut dan lena..masih tidak mengerti?


Assalamualaikum,
ahhh..lega rasanya bila celiknya mata dapat melihat dunia lagi pada hari ini.Melihat nikmat Allah di depan mata setiap masa tapi hanya bersyukur tuk seketika.Teruknya rasa diri ini,bayangkanlah..kalau manusia sudah tentu manusia itu membenci diriku kerana sering terlupa jasa baiknya bahkan membalas keburukan ke atas dirinya..SubhanAllah..betapa penyayang diriMu ke atas diriku.

"dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya" surah al-mulk:2

Aku sering terlupa akan tujuan hidupku sedangkan telah Engkau tetapkan untukku .Engkau kurniakan kami nabi-nabiMu serta para Rasul semata-mata untuk membimbing kami ya Allah...bukankah itu tanda kasih dan sayang ke atas ku dan sekalian umat manusia?