Saturday, March 19, 2011

Al-Quran Pada KAMU?

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran? Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada sibghah(acuan) Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan. “Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”. “Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarrus”. “Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”. “Ye ke Quran ni lengkap?”. “Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”.

Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan ‘mengisi masa lapang’ atau ‘mesti’ cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?

Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khairu Ummah(ummah terbaik). Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam. Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?

Saturday, March 5, 2011

Masalah K.I.T.A


Setiap zaman itu ada masalahnya tersendiri, setiap zaman itu ada keutamaan perjuangannya yang tersendiri. Dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w berfirman dalam hadithnya yang berbunyi

“Sesungguhnya, Allah akan membangkitkan pada permulaan setiap abad (100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama ini”

Mengapakah agama ini diperbaharui? Adakah ianya bermaksud mujaddid-mujaddid tersebut akan membawa bid’ah-bid’ah di dalam agama? Tentu sekali tidak, memperbaharui disini bermaksud “mencantikkan semula agama ini kepada rupa bentuk asalnya” dan “membuang segala kekotoran yang terpahat pada al-Islam akibat bid’ah dan serangan-serangan musuh”.

Berkata seorang ilmuan Islam, Shah Waliullah, “A Mujadid appears at the end of every century: The Mujadid of the first century was Imam of Ahlul Sunnah, Umar bin Abdul Aziz. The Mujadid of the second century was Imam of Ahlul Sunnah Muhammad Idrees Shaafi. The Mujadid of the third century was Imam of Ahlul Sunnah Abu al-Hasan al-Ash’ari. The Mujadid of the fourth century was Abu Abdullah Hakim Nishapuri.”.
Mengapakah Syeikh Hadith ini menyenaraikan individu-individu ini sebagai mujaddid? Jawapannya mungkin memerlukan kita untuk menoleh kebelakang sejenak akan sejarah umat yang pernah gemilang ini.

Abad pertama menyaksikan institusi khilafah yang semakin pudar peranannya dan khalifah yang semakin jauh dari ajaran Islam dan semakin larut dalam kemaksiatan. Institusi khalifah yang pada asalnya di amanahkan untuk bertindak sebagai refleks kepada pentadbiran Rasulullah s.a.w mula hilang kepercayaan dari umat Islam sendiri. Akhirnya, Umar Abdul aziz lahir tepat pada abad pertama hijrah membersihkan kembali institusi kepimpinan umat Islam ini dari segala kemaksiatan dan mengembalikan peranannya dalam melestarikan umat sehinggakan beliau digelar “Khalifah al-Rasyidin ke-5”.