Wednesday, August 25, 2010

Apa Cara Hidupmu?

Bismilllah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Segala puji bagi Allah yang telah memberi nikmat Iman dan Islam kepada kita sehingga hari ini, udara yang dihirup yang tidak pernah sekali terputusnya ingatan Allah kepada kita. Selawat serta salam buat junjungan besar serta kekasih tercinta kita, Rasulullah S.A.W yang telah meninggalkan kita tapi tetap segar dalam ingatan dan basah di bibir berselawat ke atas baginda.

Nikmat yang sering kita terlupa dan juga merupakan nikmat yang terbesar dalam hidup kita iaitu IMAN dan ISLAM. Nikmat yang sering kita ambil enteng, dipandang remeh dan juga kadang-kadang dianggap beban oleh sesetengah umat Islam zaman kini. Nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T ini yang tiada setaranya seisi dunia. Hidayah dan petunjuk yang Allah S.W.T berikan bukan berulang-kali tetapi hanyalah sekali. Sekali kita dipaling olehNYA, sampai bila mana pun kita tidak akan kembali pada jalanNYA tanpa keizinanNYA.


Wahai umat Islam kini, renunglah kembali ke dalam hati, degupan jantung yang sentiasa kita terhutang kepada DIA, oksigen yang tidak dibeli dengan wang ringgit, pancaindera yang kita nikmati 24/7 tanpa kita bersyukur dengan sujud kepadaNYA dan apa yang DIA inginkan hanyalah ketaatan kita kepada DIA. Hanya agama ini di sisiNYA, dan hanya agama ini yang mampu meraih kasih sayang dariNYA. Masuklah ISLAM sepenuhnya, bukan ambil yang mana kita mahu sahaja.


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."  Al-Baqarah: 208

Wednesday, August 11, 2010

Apa Bukti Kamu Berpuasa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan kepada kita semua bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Di mana awalnya adalah keberkatan, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya kebebasan dari azab api neraka. Alhamdulilllah Alhamdulillah Alhamdulillah....

Sesetengah orang mungkin merasakan berpuasa adalah satu bebanan bagi dirinya. Tidak hairanlah bila bulan ramadhan tiba, rungutan dan keluhan sering diteriakkan. Bahkan ada juga mereka yang tidak merasakan apa-apa bila ramadhan kunjung tiba. Bagi mereka ia sama dengan bulan-bulan biasa cuma dibezakan dengan amalan berpuasa, terawih, bazaar dan paling dinanti adalah shopping tuk raya sesudah ramadhan itu.

Bukan itu sahaja reaksi serta gelagat yang kita lihat ketika ramadhan tiba, tetapi ada juga yang berpuasa kerna yang lain berpuasa. Mereka terpaksa berpuasa sebab takut serta bimbang diejek dan diaibkan oleh rakan-rakan yang lain. Tapi mengapa perlu malu??? Kenapa tidak malu pula dengan DIA yang telah menurunkan syariat tuk berpuasa?? Mengapa perlu menyorok ketika curi-curi makan?? Bukan DIA ada di mana-mana???

Kita mungkin percaya DIA ada tapi kita kurang yakin DIA melihat kita. Itulah kelemahan iman kita,iman adalah mempercayai dengan hati,mengakui dengan lidah mahupun lisan dan melakukan dengan amal perbuatan. Ya!! kita mungkin ada pada yang pertama dan juga yang kedua itu iaitu hati dan lidah...tapi kita tidak pada yang ketiga iaitu amal perbuatan. Pengertian iman ini diikuti dengan perkataan "dan" bukan "atau" maka jika tidak cukup syarat-syarat iman itu maka berimankah kita??

Tuesday, August 3, 2010

Qadar Allah S.W.T

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah S.W.T yang telah memberikan nikmat kehidupan,islam serta iman yang tiada sekali nilai tandingannya kepada kita. Setiap hari, setiap solat kita, kita perbaharui keimanan kita kepadaNYA dengan mengucap kalimah syahadah sebagai tanda pengakuan kita terhadap kekuasaanNYA dan Dia sebagai Tuhan yang satu.

Hari kita ana cuba kongsikan serba sedikit pendapat serta pandangan ana terhadap qadar Allah S.W.T. Jika terdapat sebarang kesalahan dan kepincangan hujah maka tegurlah ana.

Segala sesuatu sejak Allah menciptakan Al-Qalam hingga hari kiamat telah tertulis di luh mahfuzh, kerana ketika Allah pertama kali menciptakan Al-Qalam, ia berkata kepadanya, 'tulislah !" Ia (Al-Qalam) berkata, "wahai Tuhanku ! apakah yang harus ku tulis?" Allah berkata, "tulislah apa yang tercipta dan terjadi. " maka berjalanlah Al-Qalam itu menulis apa yang ada pada saat itu hingga hari kiamat.

Sebagaimana juga diriwayatkan dari Rasulullah SAW. Bahwasanya janin dalam perut ibunya apabila telah berumur 4 bulan, maka Allah mengutus malaikat kepadanya untuk meniupkan ruh dan menuliskan rezeki, ajal, amal dan apakah ia bahagia atau sengsara. Dan rezeki juga telah tertulis dan di tentukan dengan sebab-sebabnya tidak kurang dan tidak lebih.