Lega rasanya bila peperiksaan atau segala bentuk pekerjaan yang dilaksanakan itu selesai dan selamat dijalankan. Sudah tentu rasa tenang dan gembira, bak kata sesetengah orang seperti sudah "merdeka". Rasa seperti baru lepas angkat barang yang berat, bila dapat rehat sebentar atau sudah sampai ke destinasi penghantaran, lelah itu diluahkan dengan puas.
Tapi itu bukanlah topik utama yang ingin dibincangkan di sini, tapi sedikit sebanyak ia memberi sedikit gambaran dan metafora perbandingan tuk cuba kita fahami dengan lebih mudah. Seperti peperiksaan, pelajar akan rasa cemas dan gelisah bila tiba musim peperiksaan, iyelah mana tak nya..soalan yang bakal keluar tak diketahui. Dan adakalanya walaupun soalan sudah bocor sekalipun, rasa gugup dan takut itu masih ada kerana bimbang di dalam dewan nanti..
"betul ker soalan yang bocor itu yang keluar?" atau ada juga hati mengeluh..
"tolonglah jangan cuai dalam dewan nanti".
Bermacam ragam dan reaksi yang kita ketahui bila tiba musim peperiksaan ni.
Peperiksaan di anggap sebagai kayu pengukur dari aspek pemahaman sepanjang pembelajaran. Dan sudah semestinya yang dapat keputusan cemerlang itu mempunyai peluang yang lebih besar tuk memperolehi pelbagai imbuhan dan implikasi. Majoritinya, masing-masing ingin berjaya, ia adalah fitrah sebagai seorang manusia yang menginginkan sesuatu yang indah dan kejayaan memuaskan hati masing-masing. Indah dan kejayaan itu tidak dinafikan, terdapat pelbagai cabang jalan dan menjadi keselesaan tuk seseorang itu memilih jalan dan cara tersendiri. Tapi, kejayaan dan kekayaan macam mana yang ingin kita raih? Adakah dari sumber yang haram? sumber yang kejam? Jika diperhatikan, kekayaan yang mudah itu sentiasa hadir dari sumber yang salah. Salah dari sisi undang-undang dunia dan juga akhirat.