Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Muhasabah Dzulhijjah

SYAWAL bulan meraikan kemenangan sudah pun melabuhkan tirainya, DZULKAEDAH pula menjelma dengan suasana yang mampu mencetuskan pemikiran, menggerakkan hati keinsafan serta membangkitkan semangat beramal apabila melihat jemaah haji mula berlepas ke Tanah Suci.

Kewajipan DZULHIJJAH ini bakal melengkapkan rukun Islam yang kelima dan diari setahun amalan umat Islam. Ibadah haji penuh dengan pengajaran bukan saja kepada bakal jemaah, malah semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

"Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan." – Surah Al-Taubah, Ayat 105

Semangat tinggi jemaah haji walaupun dalam keadaan ada yang bertongkat, berkerusi roda, sudah berusia dan uzur atau masih muda, meninggalkan anak masih kecil serta ahli keluarga memerlukan semata-mata menunaikan kewajipan serta pengabdian, mampu menyuntik semangat kita semua.

Maha Suci Allah yang panggilan-Nya tidak mengira usia, rupa, jantina, kekuatan, pangkat mahupun darjat. Hakikatnya, yang mereka hajati walau jauh beribu batu dan dengan segala macam ujian yang akan ditempuh adalah rahmat, keampunan dan keredaan-Nya.

Sememangnya perjalanan itu suatu pengembaraan ujian seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perjalanan atau bermusafir itu adalah sebahagian daripada azab (penderitaan).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Dengan sebab itulah, kejayaan bermusafir dalam ibadat haji dan mengambil roh daripada ibadat itu iaitu pengorbanan diraikan pula dengan Aidiladha.

Namun, di sebalik itu ada faktor dorongan atau tarikan luar biasa yang menyebabkan Tanah Suci tidak pernah lengang dan sunyi. Justeru, pengamatan terhadap kelebihan terkandung dalam Zulhijjah yang bakal tiba, mengukuhkan semangat beramal pada akhir tahun dalam takwim Islam.

Sunday, October 30, 2011

Kesempatan Emas Di Bulan Dzulhijjah

Assalamualaikum para pembaca…semoga Anda selalu dalam keadaan sihat, penuh iman.
Termasuk tingkat ke-GENIUS-an yang sangat tinggi adalah mengenal kesempatan-kesempatan emas, waktu-waktu berharga, keadaan-keadaan penting yang disebutkan di dalam syariat Islam berdasarkan Al Quran dan hadith sahih, dan tidak membiarkan kesempatan, waktu dan keadaan tersebut terbuang percuma tanpa diisi dengan amal soleh.
Termasuk di dalamnya KESEMPATAN EMAS DI BULAN DZULHIJJAH!!!
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhum berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ .

Ertinya: “Tiada hari-hari yang amal shalih di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini”. yakni 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah, mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga berjihad di jalan Allah (lebih utama darinya)?”, beliau bersabda: “Dan tidak juga berjihad di jalan Allah (lebih utama darinya), kecuali seseorang yang berjuang dengan dirinya dan hartanya lalu ia tidak kembali dengan apapun”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ”.

Ertinya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih ia cintai untuk beramal di dalamnya daripada 10 hari ini, maka perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya”. (HR. Ahmad dan di sahihkan oleh Al Mundziry dan Ahmad Syakir tetapi dilemahkan oleh Al Albani di dalam kitab Dha’ih At Targhib wa At Tarhib, 744)
Abu Qatadah Al Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». رواه مسلم

Ertinya: Bahwa Rasulullah ditanya tentang puasa Hari Arafah: “Menghapuskan (dosa-dosa) setahun lalu dan setahun yang akan datang”. (HR. Muslim)
Dari Hadith-hadith di atas dianjurkan untuk memperbanyak amal soleh di 10 hari pertama bulan Dzulhijjah, seperti; Menunaikan haji dan umrah, berpuasa, berkorban, bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta bertahlil, serta amal soleh lainnya.
Kenapa dianggap cerdas orang yang menggunakan kesempatan emas ini?

Sejenak Kita Berfikir

Apa yang anda faham tentang dicipta? Allah mencipta setiap yang ada di bumi ini. Dan setiap ciptaannya pasti punyai pelbagai manfaat. Allah menciptakan manusia, Allah jua mencipta binatang. Pasti ada tujuan pada setiap penciptaan. Tapi tahukah kita? Tujuan hidup kita sebagai manusia dicipta untuk menunaikan amanah dan janji kita kepada Allah. Kita diamanahkan sebagai khalifah di bumi ini. Bila mana kita sebagai khalifah, kita jualah pembangun kepada masyarakat. Mana mungkin pembangun akan menjadi pemusnah. Harus diingat kita adalah pembangun bukan pemusnah, kita pengabdi kepada Allah.

Seperti mana dalam surah Al-Baqarah, ayat 30, “Dan ingatlah ketika mana Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘AKU hendak jadikan khalifah di bumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah ENGKAU hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?’ DIA berfirman, ‘Sungguh AKU ketahui apa yang tidak kamu ketahui.’ ”
Surah Az-Zariyat, ayat 56, “AKU tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU.”

Allah Maha Mengetahui dan pada setiap ciptaan-NYA pasti tersirat pelbagai tujuan. Subhanallah!

Pertanyaan yang ribuan kali sering ditanyakan, pertanyaan ini sering kali kita dengar: Siapa diri kita? Apa nama kita? Dari mana asal kita? Untuk apa kita dicipta? Tahukah kita sahabat, kita hanyalah makhluk yang dicipta dari sesuatu yang hina. Sedarkah kita? Bukankah terciptanya kita bermula dari setitis air yang menyinar, lalu berlaku penyatuan antara dua. Segumpal darah menjadi daging, kemudian satu persatu dibentuk, kemudian tangan dibentuk dengan sempurna.

Wednesday, June 29, 2011

Ada Apa Pada Rejab?

1. Hijrah Pertama Dalam Islam 

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. 

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk
 
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
 
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH
 
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Sunday, September 5, 2010

Jangan Terhakis Pahala Amalku

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah, juga taatlah kalian kepada RasulNya, dan janganlah kalian mensia-siakan (pahala) amal kalian“. (Muhammad: 33)
 
Memang Ramadhan dalam konteks waktu dan salah satu dari bulan Allah sudah berlalu meninggalkan kita. Namun semangat dan nilai Ramadhan sepatutnya tetap hadir menyertai keseharian kita. Ramadhan bukan “satu-satunya” bulan untuk beramal dan bertaqarub kepada Allah. Ramadhan adalah momentum untuk meningkatkan dan memaksimakan kebaikan kita sebagai bekal menghadapi sebelas bulan berikutnya.

Untuk itu, Ramadhan akan senantiasa hadir menyambangi kita pada setiap tahunnya. Alangkah rugi dan peliknya seseorang yang hanya mahu bersemangat beribadah dan beramal soleh hanya di bulan tertentu. Demikian juga tidaklah baik seseorang yang hanya mampu beribadah dengan baik dan maksima di tempat tertentu yang mengandungi nilai pahala lebih, seperti di Makkah misalnya ketika menunaikan ibadah umrah atau haji, namun setelah pulang ke tanah air, kelesuan beribadah kembali terjadi di mana-mana.

Ayat ini oleh sebahagian mufasir dijadikan dasar akan hilangnya pahala amal kebaikan yang berhasil dilakukan oleh seseorang jika setelah kebaikan itu ia kembali terjerumus ke dalam dosa dan kemaksiatan, atau jika ia tidak mampu mempertahankan kebaikan tersebut di waktu berikutnya. Ayat ini juga secara korelatif memiliki hubung kait yang erat dengan ayat sebelumnya:  

“Sesungguhnya orang-orang kafir dan (yang) menghalangi manusia dari jalan Allah serta memusuhi Rasul setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun. dan Allah akan menghapuskan (pahala) amal-amal mereka.” (Muhammad: 32).

Wednesday, August 11, 2010

Apa Bukti Kamu Berpuasa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan kepada kita semua bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Di mana awalnya adalah keberkatan, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya kebebasan dari azab api neraka. Alhamdulilllah Alhamdulillah Alhamdulillah....

Sesetengah orang mungkin merasakan berpuasa adalah satu bebanan bagi dirinya. Tidak hairanlah bila bulan ramadhan tiba, rungutan dan keluhan sering diteriakkan. Bahkan ada juga mereka yang tidak merasakan apa-apa bila ramadhan kunjung tiba. Bagi mereka ia sama dengan bulan-bulan biasa cuma dibezakan dengan amalan berpuasa, terawih, bazaar dan paling dinanti adalah shopping tuk raya sesudah ramadhan itu.

Bukan itu sahaja reaksi serta gelagat yang kita lihat ketika ramadhan tiba, tetapi ada juga yang berpuasa kerna yang lain berpuasa. Mereka terpaksa berpuasa sebab takut serta bimbang diejek dan diaibkan oleh rakan-rakan yang lain. Tapi mengapa perlu malu??? Kenapa tidak malu pula dengan DIA yang telah menurunkan syariat tuk berpuasa?? Mengapa perlu menyorok ketika curi-curi makan?? Bukan DIA ada di mana-mana???

Kita mungkin percaya DIA ada tapi kita kurang yakin DIA melihat kita. Itulah kelemahan iman kita,iman adalah mempercayai dengan hati,mengakui dengan lidah mahupun lisan dan melakukan dengan amal perbuatan. Ya!! kita mungkin ada pada yang pertama dan juga yang kedua itu iaitu hati dan lidah...tapi kita tidak pada yang ketiga iaitu amal perbuatan. Pengertian iman ini diikuti dengan perkataan "dan" bukan "atau" maka jika tidak cukup syarat-syarat iman itu maka berimankah kita??

Saturday, April 24, 2010

Tidur itu Adalah Ibadah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semester ana hampir berakhir, kini hanya menunggu masa tuk berperang dengan paper exam. Hurm..final project pun belum siap lagi..masih banyak perlu diperbaiki dan perbaharui menjelang final crit nnt. Semoga Allah permudahkan segala urusan ana dan juga kalian di luar sana. Syukur juga kepada Allah S.W.T kerna memberi kesempatan kepada ana tuk mengirim karya pada kali ini walaupun dalam kesibukan menjelang minggu peperiksaan ini.

Tajuk kali ini bagi ana agak best tuk berkongsi kerna sebagai seorang student architecture pasti mengalami masalah tidur yang tidak mencukupi. Bahkan kadang-kadang terlebih cukup tetapi tidur itu telah terbalik pada waktu normalnya. Sebagai architecture student, kadang-kadang lambakan kerja telah mengambil alih waktu tidur normal seorang manusia, sehingga tak tidur malam. Ada sesetengah orang kata, it's normal for architecture students.

Tetapi apa yang ana ingin kongsi pada kali ini bukanlah tips-tips tuk mencari waktu tidur yang sesuai tetapi ingin bercerita bagaimana tidur kita itu boleh meraih keredhaan dan pahala dari Allah S.W.T. Ibadah bukanlah terletak pada amal-amal lazim

Monday, December 7, 2009

Solat dari Kajian Saintis Universiti Malaya




KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?


dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan dengan Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata.....