SYAWAL bulan meraikan kemenangan sudah pun melabuhkan tirainya, DZULKAEDAH pula menjelma dengan suasana yang mampu mencetuskan pemikiran,
menggerakkan hati keinsafan serta membangkitkan semangat beramal
apabila melihat jemaah haji mula berlepas ke Tanah Suci.
Kewajipan
DZULHIJJAH ini bakal melengkapkan rukun Islam yang kelima dan diari
setahun amalan umat Islam. Ibadah haji penuh dengan pengajaran bukan
saja kepada bakal jemaah, malah semua umat Islam di seluruh pelusuk
dunia.
"Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan
segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan." – Surah Al-Taubah, Ayat 105
Semangat
tinggi jemaah haji walaupun dalam keadaan ada yang bertongkat,
berkerusi roda, sudah berusia dan uzur atau masih muda, meninggalkan
anak masih kecil serta ahli keluarga memerlukan semata-mata menunaikan
kewajipan serta pengabdian, mampu menyuntik semangat kita semua.
Maha
Suci Allah yang panggilan-Nya tidak mengira usia, rupa, jantina,
kekuatan, pangkat mahupun darjat. Hakikatnya, yang mereka hajati walau
jauh beribu batu dan dengan segala macam ujian yang akan ditempuh adalah
rahmat, keampunan dan keredaan-Nya.
Sememangnya perjalanan itu suatu pengembaraan ujian seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perjalanan atau bermusafir itu adalah sebahagian daripada azab (penderitaan).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Dengan
sebab itulah, kejayaan bermusafir dalam ibadat haji dan mengambil roh
daripada ibadat itu iaitu pengorbanan diraikan pula dengan Aidiladha.
Namun,
di sebalik itu ada faktor dorongan atau tarikan luar biasa yang
menyebabkan Tanah Suci tidak pernah lengang dan sunyi. Justeru,
pengamatan terhadap kelebihan terkandung dalam Zulhijjah yang bakal
tiba, mengukuhkan semangat beramal pada akhir tahun dalam takwim Islam.
Allah memberikan hikmah kebijaksanaan(ilmu) kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak... AL-BAQARAH:269
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Saturday, November 5, 2011
Saturday, August 13, 2011
Tiang Untuk Ber-Bumbung
Tidak terdiri dan terbinanya sesuatu bumbung yang dapat melindungi kita dari panas dan hujan melainkan koordinasi tiang yang betul serta kukuh. Dalam sesuatu pembangunan dan senibina, koordinasi tiang dan struktur asas sangat penting dalam menjamin sesuatu keselamatan pengguna dan juga penghuni.
Iyela...macam mana nak tinggal dalam rumah yang tak berbumbung, memang tak dapatlah kita nak berteduh bukan??? Nak buat apa juga tiang terdiri tapi tak mahu juga nak "construct" dinding dan juga bumbung. Akhir sekali, tiang tu jadi tak ada "function" dah...
Sebelum nak dirikan tiang, pasti ada "planning" dan juga idea tuk membina sesuatu "design" bukan?? Tak akan la nak terus bina..architect mesti ada idea dia..nak kasi cun macam mana..nak kasi "form" dia macam mana...nak kasi "concept" apa....dan macam-macam lagi...dan matlamat akhirnya adalah tuk keselamatan dan juga perlindungan. Tapi perlindungan yang macam mana yang kita mahu??
Begitu juga lah dalam agama kita, ISLAM...betapa cantiknya Allah mengatur ad-deen ni, bermulanya dengan "concept" IMAN....baru leh membangunkan "tiang" sebanyak 5 semuanya. Ya..."concept" IMAN itu RUKUN IMAN kita..dan "tiang" itu RUKUN ISLAM kita. "Concept" dan "tiang ataupun struktur" ini sangat penting dalam merealisasikan sesuatu senibina dan "design" itu sendiri. Jika "concept" pun tak best dan not strong enough...macam mana lecturer atau client nak SUKA. Serupa lah juga dengan koordinasi dan planning "tiang a.k.a struktur" kita ni....kalau koordinasi dan planning tak betul, confirmlah "design" hancur...runtuh..and last skali....MACAM MANA NAK SELAMAT NYERR...??? Orang pun takut nak berlindung dalam "design" yang tak best dan struktur yang tak selamat.
Saturday, March 19, 2011
Al-Quran Pada KAMU?
Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran? Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada sibghah(acuan) Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan. “Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”. “Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarrus”. “Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”. “Ye ke Quran ni lengkap?”. “Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”.
Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan ‘mengisi masa lapang’ atau ‘mesti’ cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?
Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khairu Ummah(ummah terbaik). Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam. Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?
Thursday, December 23, 2010
Sepanjang Perjalanan
Lega rasanya bila peperiksaan atau segala bentuk pekerjaan yang dilaksanakan itu selesai dan selamat dijalankan. Sudah tentu rasa tenang dan gembira, bak kata sesetengah orang seperti sudah "merdeka". Rasa seperti baru lepas angkat barang yang berat, bila dapat rehat sebentar atau sudah sampai ke destinasi penghantaran, lelah itu diluahkan dengan puas.
Tapi itu bukanlah topik utama yang ingin dibincangkan di sini, tapi sedikit sebanyak ia memberi sedikit gambaran dan metafora perbandingan tuk cuba kita fahami dengan lebih mudah. Seperti peperiksaan, pelajar akan rasa cemas dan gelisah bila tiba musim peperiksaan, iyelah mana tak nya..soalan yang bakal keluar tak diketahui. Dan adakalanya walaupun soalan sudah bocor sekalipun, rasa gugup dan takut itu masih ada kerana bimbang di dalam dewan nanti..
"betul ker soalan yang bocor itu yang keluar?" atau ada juga hati mengeluh..
"tolonglah jangan cuai dalam dewan nanti".
Bermacam ragam dan reaksi yang kita ketahui bila tiba musim peperiksaan ni.
Peperiksaan di anggap sebagai kayu pengukur dari aspek pemahaman sepanjang pembelajaran. Dan sudah semestinya yang dapat keputusan cemerlang itu mempunyai peluang yang lebih besar tuk memperolehi pelbagai imbuhan dan implikasi. Majoritinya, masing-masing ingin berjaya, ia adalah fitrah sebagai seorang manusia yang menginginkan sesuatu yang indah dan kejayaan memuaskan hati masing-masing. Indah dan kejayaan itu tidak dinafikan, terdapat pelbagai cabang jalan dan menjadi keselesaan tuk seseorang itu memilih jalan dan cara tersendiri. Tapi, kejayaan dan kekayaan macam mana yang ingin kita raih? Adakah dari sumber yang haram? sumber yang kejam? Jika diperhatikan, kekayaan yang mudah itu sentiasa hadir dari sumber yang salah. Salah dari sisi undang-undang dunia dan juga akhirat.
Monday, December 6, 2010
Membenih Azam Di Dunia, Berbuahnya di Syurga
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,
Alhamdulillah, ke hadrat Allah S.W.T kita memuji dan bersyukur, serta padaNya jua kita tunduk dan bersujud menurunkan ego kita yang sering mendongak di atas muka bumi Allah ini. Luhur batin serta zahir ini segalanya milik Dia Maha Pencipta maka apakah yang kita miliki? Yang menjadi milik kita hanyalah amal ibadah yang akan dipersembahkan kepadaNya kelak. Dan amal ibadah itu jualah yang Allah pandang dan kenal akan diri kita ini.
"Maka, ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu." Al-Baqarah: 152
"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu ( tidak mendengar dan memahami kebernaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti." Al-Anfal: 22
" Dan didekatkan syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan." Qaf: 31-34
Muharram tiba lagi, sirah Nabi S.A.W diselusuri dan lembaran sirah Islam diteladani demi tuk menimba ilmu yang boleh menjadi tarbiyyah tuk diri kita. Dan menjadi kelaziman juga bagi kita yang selalunya tiba tahun baru tuk membenih azam baru. Azam yang kita benih agar menjadi satu lonjakan tuk diri mencapai sesuatu matlamat dalam meniti hidup di tahun baru.
Amat manis juga tiba tahun baru ini tuk kita menoleh seketika, melihat kembali segala khilaf dan kekurangan kita sebelum ini. Memperbaiki segala yang buruk atas diri kita supaya molek dan cantiknya di kemudian hari. Syukur juga kita persembahkan kepada Allah kerana memberi kesempatan tuk diri kita meniti lembaran baru bersama nur hidayah islam serta iman dalam diri kita. Kebanyakkan dari kita, cuba membina azam yang hanya sementara, bahkan bimbang azam itu hanya menjauhkan diri kita daripadaNya. Alangkah baiknya kita membenih azam yang bakal tumbuh dan berbuah tanpa tumbang di akhirat kelak.
Saturday, November 20, 2010
Dengan Nama MU, Aku....
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Alhamdulillah syukur kepada rabb al-izzati atas nikmat kurniaanNYA, seperti kebiasaan..nikmat iman dan islam yang masih dipertahankan. Syukur dan terima kasih juga Ya Allah Maha Kuat yang telah meminjami kekuatanMu serta kudratMu ke atas diri hambaMu yang lemah ini. Senantiasa bersama diri ini tanpa pernah Engkau rasa jemu, menyalurkan segala RahmanMU dan begitu juga diri ini mendambakan RahimMU. Sebagai mukadimmah perbicaraan, marilah sama-sama kita perbaiki iman dengan bersyahadah kepadaNYA, moga-moga hati ini senantiasa tenang dan bertaut cinta dan cita kepadaNYA.
Memperkata tentang iman dan hidayah, memang suatu perkara yang bukan mudah tuk kita jelaskan..hakikatnya ia melibatkan suatu kepercayaan dan keyakinan yang amat tinggi. Begitu indahnya Islam yang tertegak dengan kalimah tauhid "aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah". Suatu kalimah yang amat besar dan mendalam maknanya. Suatu perakuan sumpah dan taat setia seorang hamba kepada pemilik nyawa dan jasadnya. Bila memperkatakan tentang sumpah, ia juga melahirkan satu persoalan dan tanda tanya.."apakah akan jadi jika melanggar sumpah?" dan ada juga suara-suara sumbang yang berkata.."tak ada apa-apa pun jadi kat aku?bahagia je..." dan apa pula jawapan yang harus diberikan oleh tentera-tentera Allah yang mengangkat sumpah kepada musuh-musuh yang melanggar sumpah ini?
Saturday, October 30, 2010
Hidupmu Tuk Memburu Syurga
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan tuk ana menulis di ruangan ini. Agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Sangat sibuk rasanya dengan pelbagai kerja-kerja di universiti dan juga mempersiapkan diri tuk exam yang bakal tiba. Dalam kesibukan dunia yang Allah S.W.T beri ini hendaklah kita tidak melupakan tuk menyibukkan diri dengan urusan pelaburan kita tuk dituai di akhirat kelak. Itulah tujuan kita di dunia ini, tidak lain dan tidak bukan tuk memakmurkan alam ini dan menegakkan syariat Allah S.W.T di muka bumi ini. Mahu atau tidak mahu itulah hakikat hidup kita. Tanggungjawab yang kita tidak boleh lari, memikul sehingga Allah kembali menjemput kita. Mahu dan tidak mahu juga, ia sebagai jalan kita tuk sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA. Mengejar nikmat kehidupan yang hakiki iaitu di akhirat kelak dan memburu syurgaNYA.
Islam tidak akan dapat tegak, kecuali dengan perjuangan para penganutnya. Islam tidak akan tertanam, kecuali dengan siraman darah. Oleh kerana itu, guru kita, Nabi Muhammad S.A.W, gagah berani menegakkan dan menyampaikan dakwah islamiyyah di zaman Baginda. Para sahabat beliau juga orang-orang yang pemberani. Abu Bakar seorang siddiq, Umar terbunuh, Utsman juga tewas, Ali mandi darah. Lapan puluh peratus sahabat Baginda telah terbunuh.
Sehari sebelum perang Uhud, Rasulullah S.A.W bersabda diatas mimbar :
“Demi Allah yang menggenggam jiwaku, setiap orang yang terbunuh di jalan Allah pasti datang pada hari Kiamat seperti keadaannya ketika terbunuh didunia. Warnanya warna darah, tapi baunya bau minyak kasturi”.
Thursday, September 16, 2010
Mahu Seperti Anak Gajah?
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.
Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil
Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil
Wednesday, September 15, 2010
Cinta Bunga Dan Akar?
Jika kamu melalui kawasan hutan yang berbukit kita pasti melihat pokok-pokok sebagai satu tanjak yang penting melindungi keadaan tanah di bukit , lihatlah pokok yang akarnya menjulur keluar memaksa laluan untuk mendapatkan lebih cengkaman agar pokok kukuh berdiri.
Adakalanya akar ini menerokai lebih jauh dari pangkalnya , akar bekerja keras merentasi batu-bata dan tanah keras , menjadi serangan hidupan di bawah tanah yang menjadikan akar sebagai rezeki makanan mereka. Namun akar tidak mudah kalah , akar akan tetap mencengkam untuk memastikan kehidupan sebatang pokok yang mesti hidup.
Kita tidak melihat akar , kerana akar jauh didasar tanah , apa yang kita lihat pokok itu tetap subur , padahal tanpa akar , tidak mungkin kita boleh melihat pokok yang subur itu!
Kita melihat sepohon pokok bunga mawar , daunnya bersih , cantik dan amat harum , ianya memberikan sedikit kelegaan kepada pandangan mata , dan keselesaan yang amat nyaman sekali.Kecantikan bunga tidak dapat dibandingkan dengan kata-kata , hanya perasaan yang damai dapat diimaginasikan apabila kita melihat sekuntum bunga.
Bunga dipuji disegenap perkataan yang puitis , diantara jenis bunga yang sering mendapat kata-kata pujian ialah bunga ros , mawar , anggerik , orkid , dan kekwa.Bunga juga mempunyai kelemahan yang tersendiri , apabila sering dipuji ianya akan memberikan minat untuk kita memetiknya dan akhirnya bunga itu tetap akan layu , ianya menjadi hiasan sementara , bau wanginya di perah untuk orang lain, sedang bunga menjadi malap warnanya sehingga kering dan menjadi debu-debu tanah kembali ke tempat asalnya.
Tuesday, September 7, 2010
Betulkah Itu Nikmat?
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memanjangkan umur kita untuk menikmati Ramadhan di saat akhir ini sebelum menjelangnya Syawal. Sedih dan sayu rasa hati jika memikirkan apakah berkesempatan kita untuk menemui Ramadhan lagi? Bulan yang Allah sediakan untuk umat Muhammad S.A.W sebagai satu momentum dan anjakan paradigma tuk terus meniti bulan-bulan seterusnya. Bulan yang mendidik nafsu yang semakin manja ini. Bulan yang penuh berkat untuk kita menggandakan amal ibadah kita.
Menjelangnya Syawal, berlabuhlah tirai Ramadhan maka adakah nafsu kita melonjak balik? Di mana istiqamah kita? Hurmm..persoalan yang sukar dijawab, akan terjawab hanya dengan iman dan amal kita. Begitu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Antara sedar dan tidak sedar sahaja, dan ada juga yang sedar tapi tidak mengendahkan peranannya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah S.W.T ini. Lupa akan hakikat sebuah penciptaan manusia akibat kelalaian dan keindahan nikmat dunia ini.
Di antara kenikmatan yang membuat banyak orang lupa akan jati diri dan tujuan hidupnya adalah nikmat kesihatan dan waktu lapang. Terutama nikmat waktu, yang begitu banyak orang lalai memanfaatkannya dengan baik. Sehingga banyak sekali waktu mereka yang terbuang percuma bahkan menjerumuskan mereka ke dalam jurang bahaya.
Sunday, September 5, 2010
Jangan Terhakis Pahala Amalku
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah, juga taatlah kalian kepada RasulNya, dan janganlah kalian mensia-siakan (pahala) amal kalian“. (Muhammad: 33)
Memang Ramadhan dalam konteks waktu dan salah satu dari bulan Allah sudah berlalu meninggalkan kita. Namun semangat dan nilai Ramadhan sepatutnya tetap hadir menyertai keseharian kita. Ramadhan bukan “satu-satunya” bulan untuk beramal dan bertaqarub kepada Allah. Ramadhan adalah momentum untuk meningkatkan dan memaksimakan kebaikan kita sebagai bekal menghadapi sebelas bulan berikutnya.
Untuk itu, Ramadhan akan senantiasa hadir menyambangi kita pada setiap tahunnya. Alangkah rugi dan peliknya seseorang yang hanya mahu bersemangat beribadah dan beramal soleh hanya di bulan tertentu. Demikian juga tidaklah baik seseorang yang hanya mampu beribadah dengan baik dan maksima di tempat tertentu yang mengandungi nilai pahala lebih, seperti di Makkah misalnya ketika menunaikan ibadah umrah atau haji, namun setelah pulang ke tanah air, kelesuan beribadah kembali terjadi di mana-mana.
Ayat ini oleh sebahagian mufasir dijadikan dasar akan hilangnya pahala amal kebaikan yang berhasil dilakukan oleh seseorang jika setelah kebaikan itu ia kembali terjerumus ke dalam dosa dan kemaksiatan, atau jika ia tidak mampu mempertahankan kebaikan tersebut di waktu berikutnya. Ayat ini juga secara korelatif memiliki hubung kait yang erat dengan ayat sebelumnya:
“Sesungguhnya orang-orang kafir dan (yang) menghalangi manusia dari jalan Allah serta memusuhi Rasul setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun. dan Allah akan menghapuskan (pahala) amal-amal mereka.” (Muhammad: 32).
Wednesday, August 25, 2010
Apa Cara Hidupmu?
Segala puji bagi Allah yang telah memberi nikmat Iman dan Islam kepada kita sehingga hari ini, udara yang dihirup yang tidak pernah sekali terputusnya ingatan Allah kepada kita. Selawat serta salam buat junjungan besar serta kekasih tercinta kita, Rasulullah S.A.W yang telah meninggalkan kita tapi tetap segar dalam ingatan dan basah di bibir berselawat ke atas baginda.
Wahai umat Islam kini, renunglah kembali ke dalam hati, degupan jantung yang sentiasa kita terhutang kepada DIA, oksigen yang tidak dibeli dengan wang ringgit, pancaindera yang kita nikmati 24/7 tanpa kita bersyukur dengan sujud kepadaNYA dan apa yang DIA inginkan hanyalah ketaatan kita kepada DIA. Hanya agama ini di sisiNYA, dan hanya agama ini yang mampu meraih kasih sayang dariNYA. Masuklah ISLAM sepenuhnya, bukan ambil yang mana kita mahu sahaja.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." Al-Baqarah: 208
Sunday, May 30, 2010
Bila Roh Mu Dijemput Illahi?
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Setiap manusia pasti berhadapan dengan detik ini,di mana detik yang amat perit dan pedih tuk dihadapi. Bila roh ditarik oleh malaikat maut atas perintah Yang Maha Esa. Setiap manusia takut dan gentar akan detik ini, kerna bimbang amalan di dunia ini tidak cukup tuk meraih syurgaNya. Bimbang apakah rohnya disambut sebagai tetamu yang dinanti oleh Allah? Tapi ingatlah wahai manusia,detik ini adalah kepastian bagi kita seperti mana firman Allah S.W.T
Kita tidak dapat lari dari hakikat ini,walau sehebat mana pun jawatan kita, setinggi mana pun kedudukan kita dan serendah mana pun kita menyorok dan berlindung, ajal pasti tiba. Kematian sering kita lihat disekeliling kita, mungkin dari ahli keluarga kita, rakan karib, saudara mara dan dapat juga kita lihat hari-hari di media massa. Dan berita-berita kematian inilah sepatutnya menjadi teguran pada kita yang sering leka dibuai nikmat dunia.
Setiap manusia pasti berhadapan dengan detik ini,di mana detik yang amat perit dan pedih tuk dihadapi. Bila roh ditarik oleh malaikat maut atas perintah Yang Maha Esa. Setiap manusia takut dan gentar akan detik ini, kerna bimbang amalan di dunia ini tidak cukup tuk meraih syurgaNya. Bimbang apakah rohnya disambut sebagai tetamu yang dinanti oleh Allah? Tapi ingatlah wahai manusia,detik ini adalah kepastian bagi kita seperti mana firman Allah S.W.T
"di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh." an-nisa': 78
"kemudian setelah itu, sungguh kamu pasti mati" al-mu'minun: 15
Kita tidak dapat lari dari hakikat ini,walau sehebat mana pun jawatan kita, setinggi mana pun kedudukan kita dan serendah mana pun kita menyorok dan berlindung, ajal pasti tiba. Kematian sering kita lihat disekeliling kita, mungkin dari ahli keluarga kita, rakan karib, saudara mara dan dapat juga kita lihat hari-hari di media massa. Dan berita-berita kematian inilah sepatutnya menjadi teguran pada kita yang sering leka dibuai nikmat dunia.
Thursday, May 20, 2010
Ketika Engkau Memerlukan Pertolongan
Assalamualaikum,
Bismillah ar-rahman ar-rahim, dengan nama Allah ana mulakan bicara ini. Pernahkan antum semua berada dalam kesusahan dan ketika itu juga tiada pertolongan yang antum boleh raih? Ana pasti semua makhluk bernama manusia tidak terlepas dari dugaan dan cabaran yang sering bermain dalam kehidupan seharian kita. Kita tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa kerana kita bukanlah nabi dan rasul yang bersifat maksum. Allah menyucikan dosa-dosa hambaNya dan membentangkan pintu taubat dari pagi ke malam dan malam sehingga pagi keesokkan harinya. Tidak mustahillah kita sering ditimpa kesusahan atau musibah kerna dengan musibah itu Allah menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba yang sering lupa hakikat kejadiannya. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat pengharapan kerna tiada siapa pun yang ada daya upaya tuk menolong kita jika tanpa keizinan Tuhan Pencipta kita.
Bagaimana nak meraih pertolongan dari Allah S.W.T? Adakah hanya dengan berdoa tanpa sebarang usaha? Tanpa sebarang amal kebajikan? Tanpa amar ma'aruf nahi mungkar?
Bismillah ar-rahman ar-rahim, dengan nama Allah ana mulakan bicara ini. Pernahkan antum semua berada dalam kesusahan dan ketika itu juga tiada pertolongan yang antum boleh raih? Ana pasti semua makhluk bernama manusia tidak terlepas dari dugaan dan cabaran yang sering bermain dalam kehidupan seharian kita. Kita tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa kerana kita bukanlah nabi dan rasul yang bersifat maksum. Allah menyucikan dosa-dosa hambaNya dan membentangkan pintu taubat dari pagi ke malam dan malam sehingga pagi keesokkan harinya. Tidak mustahillah kita sering ditimpa kesusahan atau musibah kerna dengan musibah itu Allah menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba yang sering lupa hakikat kejadiannya. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat pengharapan kerna tiada siapa pun yang ada daya upaya tuk menolong kita jika tanpa keizinan Tuhan Pencipta kita.
Bagaimana nak meraih pertolongan dari Allah S.W.T? Adakah hanya dengan berdoa tanpa sebarang usaha? Tanpa sebarang amal kebajikan? Tanpa amar ma'aruf nahi mungkar?
Monday, May 17, 2010
Terima Kasih
Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kepada Allah taala atas limpah kurnia serta rahmatNya dapat kita menghembuskan nafas lagi pada hari ini. Dan kepada yang telah meninggalkan kita, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah moga roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W yang amat kita cintai. Berkat usaha baginda, kita dapat menikmati nikmat iman dan islam dalam diri kita.
Terima kasih ingin ana ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar ana selama ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat ana yang telah banyak tunjuk ajar secara tak official tapi ilmu tetap ilmu dan setiap ilmu itu sangat bermanfaat tuk meniti kehidupan yang penuh cabaran serta dugaan ini. Di Malaysia 16hb Mei telah diswastakan sebagai Hari Guru bersempena mengingati dan menghargai jasa serta pengorbanan insan yang bergelar guru. Kadang-kadang kita tersalah sangka, ingatkan hari guru ni tuk cikgu kat sekolah je tapi bukan sebegitu. Ia adalah hari tuk semua insan yang telah menyumbang serta berkongsi ilmu sesama kita.
Alhamdulillah syukur kepada Allah taala atas limpah kurnia serta rahmatNya dapat kita menghembuskan nafas lagi pada hari ini. Dan kepada yang telah meninggalkan kita, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah moga roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W yang amat kita cintai. Berkat usaha baginda, kita dapat menikmati nikmat iman dan islam dalam diri kita.
Terima kasih ingin ana ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar ana selama ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat ana yang telah banyak tunjuk ajar secara tak official tapi ilmu tetap ilmu dan setiap ilmu itu sangat bermanfaat tuk meniti kehidupan yang penuh cabaran serta dugaan ini. Di Malaysia 16hb Mei telah diswastakan sebagai Hari Guru bersempena mengingati dan menghargai jasa serta pengorbanan insan yang bergelar guru. Kadang-kadang kita tersalah sangka, ingatkan hari guru ni tuk cikgu kat sekolah je tapi bukan sebegitu. Ia adalah hari tuk semua insan yang telah menyumbang serta berkongsi ilmu sesama kita.
Friday, February 26, 2010
Rintangan Di Tengah Jalan
Tidak diragukan bahawa orang yang memotivasi diri untuk menjadi salah satu tentera dan da‘i Allah, berkata benar, menyuarakan kebenaran secara lantang, melawan kebatilan dan para pelakunya dan berusaha mengubah nilai-nilai jahiliyah, sistem jahiliyah dan undang-undang jahiliyah…tidak diragukan bahwa mereka itu akan mengalami penyiksaan, hambatan dan beban berat. Inilah pesan yang dapat dipetik dari kisah para Rasul dan reformer seperti Nuh, Musa dan ‘Isa alaihissalam dan terutama Rasul kita Muhammad Saw. Hasan Al-Banna rahimahullah memandang dengan cahaya Allah ketika berbicara kepada para pengikutnya tentang watak jalan dakwah serta rintangan-rintangan yang akan mereka hadapi. Kerana itu, Hasan Al-Banna menyiapkan jiwa-jiwa untuk menghadapi peristiwa-peristiwa ini sebelum terjadi, agar ketika terjadi maka mereka menghadapinya dengan wajar, tidak terkejut.
Al-Banna mengatakan, “Aku ingin berterus-terang kepada kalian,
Ya Rasulullah
Assalamualaikum,
Apa yang kita fikirkan tentang seorang laki-laki berperangai amat mulia, yang lahir dan dibesarkan di celah-celah kematian demi kematian orang-orang yang amat mengasihinya? Lahir dari rahim sejarah, ketika tak seorang pun mampu mengguratkan keperibadian selain keperibadiannya sendiri. Ia produk ta’dib Rabbani (didikan Tuhan) yang menantang mentari dalam panasnya dan menggetarkan jutaan bibir dengan sebutan namanya, saat muadzin mengumandangkan suara adzan.
Di rumahnya tak dijumpai perabot mahal. Ia makan di lantai seperti budak, padahal raja-raja dunia iri terhadap kekokohan struktur masyarakat dan kesetiaan pengikutnya. Tak seorang pembantunya pun mengeluh pernah dipukul atau dikejutkan oleh pukulannya terhadap benda-benda di rumah. Dalam kesibukannya ia masih bertandang ke rumah puteri dan menantu tercintanya, Fatimah Azzahra dan Ali bin Abi Thalib. Fatimah merasakan kasih sayangnya tanpa membuatnya jadi manja dan hilang kemandirian. Saat Bani Makhzum memintanya membatalkan eksekusi atas jenayah seorang perempuan bangsawan, ia menegaskan: Sesungguhnya yang membuat binasa orang-orang sebelum kamu ialah, apabila seorang bangsawan mencuri mereka biarkan dia dan apabila yang mencuri itu seorang jelata mereka tegakkan hukum atasnya. Demi Allah, seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, maka Muhammad tetap akan memotong tangannya.”
Tuesday, February 9, 2010
Kita Berakal dan Waras? BUKTIKAN!!
Assalamualaikum, sudah lama agaknya ana tidak meng-update blog ini. Maklumlah semester sudah bermula awal tahun dahulu. Terlalu focus pada pelajaran hingga lupa pada tanggungjawab yang lain. Apa tanggungjawab yang lain tu? KHALIFAH dan HAMBA ALLAH! Khalifah,tanggungjawabnya mentadbir bumi Allah ini dengan sebaiknya,dalam ruang lingkup ana,ana hanya mampu tuk berpesan dan berkongsi apa yang ilmu yang ana boleh kongsikan. InsyaAllah moga-moga kita dapat nikmati nikmat iman itu. Khalifah juga tugasnya memperjuangkan daulah islamiyyah di dunia ini. Mengapa yerk? Sebab kita suma dalah manusia,tak terlepas dari kesilapan dan kelalaian.
“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati unuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
Surah al-‘Asr: 1-3
Kita ini hamba. Hamba kepada Allah. Secara logiknya,
Thursday, December 17, 2009
Perubahan Bersama
Ketibaan bulan Muharram 1431 Hijriyyah ini menandakan usia kita juga semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal kita juga semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin dekat. Sungguh pantas masa berlalu.
Tahun baru 1431 Hijriyyah kali ini jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 18 Disember 2009. Dalam menyambut ketibaan Awal Muharram atau dikenali juga dengan Ma’al Hijrah terdapat beberapa jenis golongan :
Golongan yang pertama : Golongan yang menyambutnya sekadar lahiriah. Mereka menyedari ketibaan Tahun baru hijriyyah kerana mereka mendapat cuti umum pada hari tersebut. Kehadiran bulan penuh keberkatan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam diri mereka. Mereka terus dengan tabiat dan perangai kebiasaan. Tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan.
Golongan yang kedua : Mereka menyambut kedatangan bulan Muharram ini dengan azam dan niat untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan. Mereka berubah untuk beberapa ketika kemudian kembali kepada perangai lama.
Golongan yang ketiga : Mereka menyambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Mereka memasang azam yang teguh dan niat yang benar-benar mantap untuk melakukan perubahan dalam diri mereka. Golongan ini berupaya berubah menjadi hamba Allah yang bertakwa, soleh, menghindari perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan mereka terus istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Tahun baru 1431 Hijriyyah kali ini jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 18 Disember 2009. Dalam menyambut ketibaan Awal Muharram atau dikenali juga dengan Ma’al Hijrah terdapat beberapa jenis golongan :
Golongan yang pertama : Golongan yang menyambutnya sekadar lahiriah. Mereka menyedari ketibaan Tahun baru hijriyyah kerana mereka mendapat cuti umum pada hari tersebut. Kehadiran bulan penuh keberkatan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam diri mereka. Mereka terus dengan tabiat dan perangai kebiasaan. Tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan.
Golongan yang kedua : Mereka menyambut kedatangan bulan Muharram ini dengan azam dan niat untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan. Mereka berubah untuk beberapa ketika kemudian kembali kepada perangai lama.
Golongan yang ketiga : Mereka menyambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Mereka memasang azam yang teguh dan niat yang benar-benar mantap untuk melakukan perubahan dalam diri mereka. Golongan ini berupaya berubah menjadi hamba Allah yang bertakwa, soleh, menghindari perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan mereka terus istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Tuesday, December 8, 2009
Bersabar Sahabatku!!

Assalamualaikum,
Kita sering bersedih dengan musibah yang berlaku ke atas diri kita dan kadang-kala apa yang diharapkan tidak sama dengan apa yang kita dapat.Moga kita bertenang selalu kerana itu hanyalah ujian dan dugaan yang diberkan oleh Allah kepada kita agar kita sering beringat kepada-NYA.
Allah memberitahukan kita bahawa dalam setiap peristiwa yang Dia ciptakan terdapat kebaikan di dalamnya. Ini merupakan rahsia lain yang menjadikan mudah bagi orang-orang yang beriman untuk bertawakal kepada Allah. Allah menyatakan, bahkan dalam peristiwa-peristiwa yang tampaknya tidak menyenangkan terdapat kebaikan di dalamnya:
“Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Q.s. an-Nisa': 19).
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Q.s. al-Baqarah: 216).
Dengan memahami rahasia ini, orang-orang yang beriman menjumpai kebaikan dan keindahan dalam setiap peristiwa. Peristiwa-peristiwa yang sulit tidak membuat mereka merasa gentar dan khuwatir. Mereka tetap tenang ketika menghadapi penderitaan yang ringan mahupun berat. Orang-orang Muslim yang ikhlas bahkan melihat kebaikan dan hikmah Ilahi ketika mereka kehilangan seluruh harta benda mereka. Mereka tetap bersyukur kepada Allah yang telah mengkurniakan kehidupan. Mereka yakin bahawa dengan kehilangan harta tersebut Allah sedang melindungi mereka dari perbuatan maksiat atau agar hatinya tidak terpaut dengan harta benda. Untuk itu, mereka bersyukur dengan sedalam-dalamnya kepada Allah Kerana kerugian di dunia tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan kerugian di akhirat.......
Subscribe to:
Posts (Atom)

















