Wednesday, June 29, 2011

Ada Apa Pada Rejab?

1. Hijrah Pertama Dalam Islam 

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. 

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk
 
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
 
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH
 
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Tuesday, June 28, 2011

Kamu Penolong Agama-NYA

Semakin hari semakin rancak dunia dihidangi dengan santapan-santapan kemungkaran dan kemaksiatan. Berita, akhbar, internet dan segala medium media massa kini menceritakan buruknya tingkah laku manusia di atas muka bumi Allah ini. Malaikat pernah berkata pada Allah yang manusia ini hanya akan merosakkan muka bumi ini tetapi Allah telah memberi hikmah dan ilmu kepada Adam a.s tuk membuktikan pada malaikat bahawa manusia mampu menjadi khalifah dan pemimpin. Tapi kini, keadaan nampak sebaliknya, di mana khalifah? Apa yang dimaksudkan dengan khalifah itu? Apa portfolio kerja sebagai seorang khalifah?

Jawapannya mudah...sangat ringkas..nak tahu khalifah itu apa? Rasulullah S.A.W....itulah khalifah. Apa kerja baginda? Apa baginda buat? itu yang kita kena buat....sebab Rasulullah adalah role model, dan dari kalangan manusia juga. So itulah tarbiyyah yang Allah tunjukkan pada kita.

Kita ini pewaris Rasulullah S.A.W. Apa yang baginda wariskan kalau kita ni pewaris? harta? TIDAKKK......
Rasulullah mewariskan ilmunya..Al-quran yang dijadikan hujah tuk mematahkan segala dalih dan dusta dari meraka yang ingkar, sunnah baginda sebagai panduan ikutan agar kita yang sudah 1400 tahun dari kewafatan baginda ini tidak lari dari amal ibadah kita. Rasulullah sudah tunjukkan pada kita tuk laksanakan tanggungjawab kita di dunia ini. Kita akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa adakah kalimah Allah itu telah disampaikan pada umat manusia..itu tugas kita, menyambung risalah Nabi S.A.W.

"Dan demikian pula Kami menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu."   Al-Baqarah: 143

Tapi hakikatnya dunia kini, sekeliling kita semua dah tiru gaya barat yang mereka sangka cool dan hebat. Memang la cool dan hebat sebab dari kecik tidak dididik dengan asas-asas Islam yang kukuh. Bukan asas-asas sahaja tapi hati itu sudah dikaburi dan dihitamkan dengan acuan golongan kafir. Yang batil di kata benar, yang benar ditolak ketepi. Mereka anggap itu tanda kemodenan...serupa la dengan Mustafa Kamal Atarturk. Beliau yang digelar bapa permodenan turki..YA...memang nampak gah...sebab kafir dah membentuk satu mind-set dalam setiap umat Islam..Islam itu kolot. Habis..siapa harus dipersalahkan? ibu bapa kita yang tidak dididik kita dengan suasana Islam? guru di sekolah yang hanya mengajar ikut sistem sekular? Atau mahu menyalahkan TUHAN kerana tidak kurniakan hidayah?????