Tuesday, December 29, 2009

Teori Ukhuwah

Selesainya perang Badar petugas logistik mengamati pejuang-pejuang Islam yang terluka. Sambil diubati juga diberikan makan atau minum yang dibawakannya. Saat sedang melayani orang-orang yang memerlukan bantuannya. Petugas ini mendengar ada suara orang yang meminta air kerana rasa haus yang teramat sangat. Petugas tersebut mendatanginya. Namun ketika akan dituangkan pada mulut orang itu terdengar pula suara orang yang juga berhajat pada air. Lalu orang pertama yang membawakan air itu berkata pada petugas logistik itu. “Berikan air itu padanya, dia lebih memerlukannya berbanding diriku!”. Maka petugas itu segera menemui orang kedua itu. Akan tetapi ketika akan diminumkan air, orang kedua ini mendengar ada orang lain yang juga memerlukannya. Orang kedua pun mengatakan, “Berikan air itu padanya dia lebih perlu daripada saya”. Petugas itupun segera mencari-cari sumber suara tadi. Rupanya orang ketiga yang memerlukan air ketika ia jumpai sudah meninggal dunia. Secepat kilat petugas itu mendatangi orang kedua tadi. Akan tetapi kedua pun telah meninggal dunia. Ia pun berlari menjumpai orang pertama. Begitupun orang pertama, ia dapati telah meninggal dunia.


Itulah kisah manusia yang diabadikan sepanjang sejarah. Mereka ditautkan oleh

Tuesday, December 22, 2009

Meniti Jambatan Usang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat lagi aku menulis pada hari ini,segar rasanya badan serta anggota-anggota tubuh ku yang dikurnia oleh Allah ini selepas menunaikan solat maghrib..wudhuk,takbir,ruku' serta sujud kepada pencipta kita. Bertuah rasanya diri dilahirkan dalam agama ini,jika bukan agama ini yang aku anuti adakah aku terima hidayah daripadaNya? MasyaAllah sungguh bertuahnya diri ini.


Hari ini aku membuka lembaran baru sempena hari baru..haha..setiap hari adalah baru,itu yang perlu kita tanam dalam diri supaya azam serta tujuan hidup sentiasa "fresh" dalam diri.Ya..memang susah..tapi janganlan kita berputus asa,itu yang Allah ingin menilai pada diri kita kelak. Usaha untuk berubah kepada yang lebih baik,memang fitrah manusia sering melakukan kesilapan tetapi yang silapnya kita adalah terus melakukan kesilapan. Kita ada asas,cuma perlu kukuhkan sahaja..untuk mengukuhkan itulah cabaran kita..dan dengan cabaran serta dugaan yang Allah berikan itulah yang membezakan darjat kita di akhirat kelak. Tidak mahukah kita menikmati kesenangan yang diluar jangkauan kita?Ya..itulah syurga Allah..

Sunday, December 20, 2009

Hanyut dan lena..masih tidak mengerti?


Assalamualaikum,
ahhh..lega rasanya bila celiknya mata dapat melihat dunia lagi pada hari ini.Melihat nikmat Allah di depan mata setiap masa tapi hanya bersyukur tuk seketika.Teruknya rasa diri ini,bayangkanlah..kalau manusia sudah tentu manusia itu membenci diriku kerana sering terlupa jasa baiknya bahkan membalas keburukan ke atas dirinya..SubhanAllah..betapa penyayang diriMu ke atas diriku.

"dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya" surah al-mulk:2

Aku sering terlupa akan tujuan hidupku sedangkan telah Engkau tetapkan untukku .Engkau kurniakan kami nabi-nabiMu serta para Rasul semata-mata untuk membimbing kami ya Allah...bukankah itu tanda kasih dan sayang ke atas ku dan sekalian umat manusia?

Thursday, December 17, 2009

Perubahan Bersama

Ketibaan bulan Muharram 1431 Hijriyyah  ini menandakan  usia kita juga semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal kita juga semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin dekat. Sungguh pantas masa berlalu.

Tahun baru 1431 Hijriyyah  kali ini jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 18 Disember 2009. Dalam menyambut ketibaan Awal Muharram atau dikenali juga dengan Ma’al Hijrah terdapat beberapa jenis golongan :

Golongan yang pertama
: Golongan yang menyambutnya sekadar lahiriah. Mereka menyedari ketibaan Tahun baru hijriyyah kerana mereka mendapat  cuti umum pada hari tersebut. Kehadiran bulan penuh keberkatan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam diri mereka. Mereka terus dengan tabiat dan perangai kebiasaan. Tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan.

Golongan yang kedua : Mereka menyambut kedatangan bulan Muharram ini dengan azam dan niat untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan. Mereka berubah untuk beberapa ketika kemudian kembali kepada perangai lama.

Golongan yang ketiga
: Mereka menyambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Mereka memasang azam yang teguh dan niat yang benar-benar mantap untuk melakukan perubahan dalam diri mereka. Golongan ini berupaya berubah menjadi hamba Allah yang bertakwa, soleh, menghindari perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan mereka terus istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Tuesday, December 15, 2009

Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?


Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.

Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya

Thursday, December 10, 2009

Biodata Imam Syafie



Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.


Nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W: melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.


Lahir: Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin.

Kehidupan: Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.


Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan

Wasiat Imam Syafie

Assalamualaikum,
seronok rasanya untuk saya berkongsi satu wasiat daripada salah seorang mazhab muktabar dalam ahli sunnah wal jamaah,semoga dengan wasiat beliau ini dapat menjadi salah satu panduan bagi kita menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dan juga khalifah-NYA di muka bumi Allah ini,insyaAllah...


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam
seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.