Saturday, August 13, 2011

Tiang Untuk Ber-Bumbung


Tidak terdiri dan terbinanya sesuatu bumbung yang dapat melindungi kita dari panas dan hujan melainkan koordinasi tiang yang betul serta kukuh. Dalam sesuatu pembangunan dan senibina, koordinasi tiang dan struktur asas sangat penting dalam menjamin sesuatu keselamatan pengguna dan juga penghuni.

Iyela...macam mana nak tinggal dalam rumah yang tak berbumbung, memang tak dapatlah kita nak berteduh bukan??? Nak buat apa juga tiang terdiri tapi tak mahu juga nak "construct" dinding dan juga bumbung. Akhir sekali, tiang tu jadi tak ada "function" dah...

Sebelum nak dirikan tiang, pasti ada "planning" dan juga idea tuk membina sesuatu "design" bukan?? Tak akan la nak terus bina..architect mesti ada idea dia..nak kasi cun macam mana..nak kasi "form" dia macam mana...nak kasi "concept" apa....dan macam-macam lagi...dan matlamat akhirnya adalah tuk keselamatan dan juga perlindungan. Tapi perlindungan yang macam mana yang kita mahu??

Begitu juga lah dalam agama kita, ISLAM...betapa cantiknya Allah mengatur ad-deen ni, bermulanya dengan "concept" IMAN....baru leh membangunkan "tiang" sebanyak 5 semuanya. Ya..."concept" IMAN itu RUKUN IMAN kita..dan "tiang" itu RUKUN ISLAM kita. "Concept" dan "tiang ataupun struktur" ini sangat penting dalam merealisasikan sesuatu senibina dan "design" itu sendiri. Jika "concept" pun tak best dan not strong enough...macam mana lecturer atau client nak SUKA. Serupa lah juga dengan koordinasi dan planning "tiang a.k.a struktur" kita ni....kalau koordinasi dan planning tak betul, confirmlah "design" hancur...runtuh..and last skali....MACAM MANA NAK SELAMAT NYERR...??? Orang pun takut nak berlindung dalam "design" yang tak best dan struktur yang tak selamat.

Wednesday, June 29, 2011

Ada Apa Pada Rejab?

1. Hijrah Pertama Dalam Islam 

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. 

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk
 
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
 
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH
 
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Tuesday, June 28, 2011

Kamu Penolong Agama-NYA

Semakin hari semakin rancak dunia dihidangi dengan santapan-santapan kemungkaran dan kemaksiatan. Berita, akhbar, internet dan segala medium media massa kini menceritakan buruknya tingkah laku manusia di atas muka bumi Allah ini. Malaikat pernah berkata pada Allah yang manusia ini hanya akan merosakkan muka bumi ini tetapi Allah telah memberi hikmah dan ilmu kepada Adam a.s tuk membuktikan pada malaikat bahawa manusia mampu menjadi khalifah dan pemimpin. Tapi kini, keadaan nampak sebaliknya, di mana khalifah? Apa yang dimaksudkan dengan khalifah itu? Apa portfolio kerja sebagai seorang khalifah?

Jawapannya mudah...sangat ringkas..nak tahu khalifah itu apa? Rasulullah S.A.W....itulah khalifah. Apa kerja baginda? Apa baginda buat? itu yang kita kena buat....sebab Rasulullah adalah role model, dan dari kalangan manusia juga. So itulah tarbiyyah yang Allah tunjukkan pada kita.

Kita ini pewaris Rasulullah S.A.W. Apa yang baginda wariskan kalau kita ni pewaris? harta? TIDAKKK......
Rasulullah mewariskan ilmunya..Al-quran yang dijadikan hujah tuk mematahkan segala dalih dan dusta dari meraka yang ingkar, sunnah baginda sebagai panduan ikutan agar kita yang sudah 1400 tahun dari kewafatan baginda ini tidak lari dari amal ibadah kita. Rasulullah sudah tunjukkan pada kita tuk laksanakan tanggungjawab kita di dunia ini. Kita akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa adakah kalimah Allah itu telah disampaikan pada umat manusia..itu tugas kita, menyambung risalah Nabi S.A.W.

"Dan demikian pula Kami menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu."   Al-Baqarah: 143

Tapi hakikatnya dunia kini, sekeliling kita semua dah tiru gaya barat yang mereka sangka cool dan hebat. Memang la cool dan hebat sebab dari kecik tidak dididik dengan asas-asas Islam yang kukuh. Bukan asas-asas sahaja tapi hati itu sudah dikaburi dan dihitamkan dengan acuan golongan kafir. Yang batil di kata benar, yang benar ditolak ketepi. Mereka anggap itu tanda kemodenan...serupa la dengan Mustafa Kamal Atarturk. Beliau yang digelar bapa permodenan turki..YA...memang nampak gah...sebab kafir dah membentuk satu mind-set dalam setiap umat Islam..Islam itu kolot. Habis..siapa harus dipersalahkan? ibu bapa kita yang tidak dididik kita dengan suasana Islam? guru di sekolah yang hanya mengajar ikut sistem sekular? Atau mahu menyalahkan TUHAN kerana tidak kurniakan hidayah?????

Sunday, May 29, 2011

Tasbih Kita

"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana"   As-Saff: 1

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNYA, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun dan Maha Pengampun"   Al-Israa': 44

Seketika duduk dan merenung akan kebesaran Allah S.W.T, memang banyak yang akan kita pelajari tanpa disangka-sangka. Memang benarlah apa yang sering Allah katakan dalam Al-Quran, bahawa orang beriman itu orang yang berakal.

Dua ayat di atas sangat memberi kesan yang sangat mendalam dan boleh di ambil pengajaran atau di panggil sebagai "ibrah". Secara tak langsung, Allah telah memberi tahu kepada kita bahawa seluruh alam ini patuh, taat dan memuji kepadaNYA dalam erti kata lain bertasbih kepadaNYA. Mereka mengikut segala apa yang Allah perintahkan atau bahasa lain iaitu sunnatullah dan tanpa ingkar. Seluruh alam......apa sahaja..kecuali kita..iaitu manusia..yang sering kali ingkar, sombong serta bongkak..dalam bahasa remaja zaman sekarang, "bajet hero".."bajet power"...dan itulah sifat manusia.

Saturday, March 19, 2011

Al-Quran Pada KAMU?

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran? Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada sibghah(acuan) Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan. “Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”. “Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarrus”. “Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”. “Ye ke Quran ni lengkap?”. “Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”.

Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan ‘mengisi masa lapang’ atau ‘mesti’ cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?

Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khairu Ummah(ummah terbaik). Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam. Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?

Saturday, March 5, 2011

Masalah K.I.T.A


Setiap zaman itu ada masalahnya tersendiri, setiap zaman itu ada keutamaan perjuangannya yang tersendiri. Dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w berfirman dalam hadithnya yang berbunyi

“Sesungguhnya, Allah akan membangkitkan pada permulaan setiap abad (100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama ini”

Mengapakah agama ini diperbaharui? Adakah ianya bermaksud mujaddid-mujaddid tersebut akan membawa bid’ah-bid’ah di dalam agama? Tentu sekali tidak, memperbaharui disini bermaksud “mencantikkan semula agama ini kepada rupa bentuk asalnya” dan “membuang segala kekotoran yang terpahat pada al-Islam akibat bid’ah dan serangan-serangan musuh”.

Berkata seorang ilmuan Islam, Shah Waliullah, “A Mujadid appears at the end of every century: The Mujadid of the first century was Imam of Ahlul Sunnah, Umar bin Abdul Aziz. The Mujadid of the second century was Imam of Ahlul Sunnah Muhammad Idrees Shaafi. The Mujadid of the third century was Imam of Ahlul Sunnah Abu al-Hasan al-Ash’ari. The Mujadid of the fourth century was Abu Abdullah Hakim Nishapuri.”.
Mengapakah Syeikh Hadith ini menyenaraikan individu-individu ini sebagai mujaddid? Jawapannya mungkin memerlukan kita untuk menoleh kebelakang sejenak akan sejarah umat yang pernah gemilang ini.

Abad pertama menyaksikan institusi khilafah yang semakin pudar peranannya dan khalifah yang semakin jauh dari ajaran Islam dan semakin larut dalam kemaksiatan. Institusi khalifah yang pada asalnya di amanahkan untuk bertindak sebagai refleks kepada pentadbiran Rasulullah s.a.w mula hilang kepercayaan dari umat Islam sendiri. Akhirnya, Umar Abdul aziz lahir tepat pada abad pertama hijrah membersihkan kembali institusi kepimpinan umat Islam ini dari segala kemaksiatan dan mengembalikan peranannya dalam melestarikan umat sehinggakan beliau digelar “Khalifah al-Rasyidin ke-5”.

Friday, February 25, 2011

Revolusi Kita

Mungkin sesetengah umat Islam kini memandang sebuah revolusi itu suatu kekejaman dan kerosakan yang nyata. Atas dasar apa mereka memandang itu suatu bentuk kekejaman? Sesetengah berpendapat ia hanya merugikan dan merosak ekonomi sesebuah negara itu dan mungkin juga mengancam keselamatan rakyat yang tidak berdosa. Dan majoritinya menganggap penggulingan pemerintah yang kejam atau diktator itu perlu dilakukan dengan cara yang lebih berhemat. Tapi sejauh mana maksud hemat itu jika pemerintahan berbentuk kuku besi dan diktator? Suara rakyat tidak didengari dan tidak ada kuasa lain melainkan suatu revolusi. Islam telah ditindas terang-terangan, Islam sudah tidak penting dan bukan aula' dalam sistem pemerintahan akibat pemilihan pemimpin yang bukan berpaksikan fikrah Islamiyyah.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti beruasaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.   Aali-Imran: 118


Revolusi itu suatu sunnatullah dan bukannya asing bagi kita jika sirah nabi ditelusuri dengan betul.