Saturday, November 20, 2010

Dengan Nama MU, Aku....

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah syukur  kepada rabb al-izzati atas nikmat kurniaanNYA, seperti kebiasaan..nikmat iman dan islam yang masih dipertahankan. Syukur dan terima kasih juga Ya Allah Maha Kuat yang telah meminjami kekuatanMu serta kudratMu ke atas diri hambaMu yang lemah ini. Senantiasa bersama diri ini tanpa pernah Engkau rasa jemu, menyalurkan segala RahmanMU dan begitu juga diri ini mendambakan RahimMU. Sebagai mukadimmah perbicaraan, marilah sama-sama kita perbaiki iman dengan bersyahadah kepadaNYA, moga-moga hati ini senantiasa tenang dan bertaut cinta dan cita kepadaNYA.

Memperkata tentang iman dan hidayah, memang suatu perkara yang bukan mudah tuk kita jelaskan..hakikatnya ia melibatkan suatu kepercayaan dan keyakinan yang amat tinggi. Begitu indahnya Islam yang tertegak dengan kalimah tauhid "aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah". Suatu kalimah yang amat besar dan mendalam maknanya. Suatu perakuan sumpah dan taat setia seorang hamba kepada pemilik nyawa dan jasadnya. Bila memperkatakan tentang sumpah, ia juga melahirkan satu persoalan dan tanda tanya.."apakah akan jadi jika melanggar sumpah?" dan ada juga suara-suara sumbang yang berkata.."tak ada apa-apa pun jadi kat aku?bahagia je..." dan apa pula jawapan yang harus diberikan oleh tentera-tentera Allah yang mengangkat sumpah kepada musuh-musuh yang melanggar sumpah ini?

Saturday, October 30, 2010

Hidupmu Tuk Memburu Syurga

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan tuk ana menulis di ruangan ini. Agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Sangat sibuk rasanya dengan pelbagai kerja-kerja di universiti dan juga mempersiapkan diri tuk exam yang bakal tiba. Dalam kesibukan dunia yang Allah S.W.T beri ini hendaklah kita tidak melupakan tuk menyibukkan diri dengan urusan pelaburan kita tuk dituai di akhirat kelak. Itulah tujuan kita di dunia ini, tidak lain dan tidak bukan tuk memakmurkan alam ini dan menegakkan syariat Allah S.W.T di muka bumi ini. Mahu atau tidak mahu itulah hakikat hidup kita. Tanggungjawab yang kita tidak boleh lari, memikul sehingga Allah kembali menjemput kita. Mahu dan tidak mahu juga, ia sebagai jalan kita tuk sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA. Mengejar nikmat kehidupan yang hakiki iaitu di akhirat kelak dan memburu syurgaNYA. 

Islam tidak akan dapat tegak, kecuali dengan perjuangan para penganutnya. Islam tidak akan tertanam, kecuali dengan siraman darah. Oleh kerana itu, guru kita, Nabi Muhammad S.A.W, gagah berani menegakkan dan menyampaikan dakwah islamiyyah di zaman Baginda. Para sahabat beliau juga orang-orang yang pemberani. Abu Bakar seorang siddiq, Umar terbunuh, Utsman juga tewas, Ali mandi darah. Lapan puluh peratus sahabat  Baginda telah terbunuh.

Sehari sebelum perang Uhud, Rasulullah S.A.W bersabda diatas mimbar :

“Demi Allah yang menggenggam jiwaku, setiap orang yang terbunuh di jalan Allah pasti datang pada hari Kiamat seperti keadaannya ketika terbunuh didunia. Warnanya warna darah, tapi baunya bau minyak kasturi”.

Thursday, September 16, 2010

Mahu Seperti Anak Gajah?

Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil

Wednesday, September 15, 2010

Cinta Bunga Dan Akar?

Jika kamu melalui kawasan hutan yang berbukit kita pasti melihat pokok-pokok sebagai satu tanjak yang penting melindungi keadaan tanah di bukit , lihatlah pokok yang akarnya menjulur keluar memaksa laluan untuk mendapatkan lebih cengkaman agar pokok kukuh berdiri.
Adakalanya akar ini menerokai lebih jauh dari pangkalnya , akar bekerja keras merentasi batu-bata dan tanah keras , menjadi serangan hidupan di bawah tanah yang menjadikan akar sebagai rezeki makanan mereka. Namun akar tidak mudah kalah , akar akan tetap mencengkam untuk memastikan kehidupan sebatang pokok yang mesti hidup.

Kita tidak melihat akar , kerana akar jauh didasar tanah , apa yang kita lihat pokok itu tetap subur , padahal tanpa akar , tidak mungkin kita boleh melihat pokok yang subur itu!
Kita melihat sepohon pokok bunga mawar , daunnya bersih , cantik dan amat harum , ianya memberikan sedikit kelegaan kepada pandangan mata , dan keselesaan yang amat nyaman sekali.Kecantikan bunga tidak dapat dibandingkan dengan kata-kata , hanya perasaan yang damai dapat diimaginasikan apabila kita melihat sekuntum bunga.

Bunga dipuji disegenap perkataan yang puitis , diantara jenis bunga yang sering mendapat kata-kata pujian ialah bunga ros , mawar , anggerik , orkid , dan kekwa.Bunga juga mempunyai kelemahan yang tersendiri , apabila sering dipuji ianya akan memberikan minat untuk kita memetiknya dan akhirnya bunga itu tetap akan layu , ianya menjadi hiasan sementara , bau wanginya di perah untuk orang lain, sedang bunga menjadi malap warnanya sehingga kering dan menjadi debu-debu tanah kembali ke tempat asalnya.

Tuesday, September 7, 2010

Betulkah Itu Nikmat?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memanjangkan umur kita untuk menikmati Ramadhan di saat akhir ini sebelum menjelangnya Syawal. Sedih dan sayu rasa hati jika memikirkan apakah berkesempatan kita untuk menemui Ramadhan lagi? Bulan yang Allah sediakan untuk umat Muhammad S.A.W sebagai satu momentum dan anjakan paradigma tuk terus meniti bulan-bulan seterusnya. Bulan yang mendidik nafsu yang semakin manja ini. Bulan yang penuh berkat untuk kita menggandakan amal ibadah kita.

Menjelangnya Syawal, berlabuhlah tirai Ramadhan maka adakah nafsu kita melonjak balik? Di mana istiqamah kita? Hurmm..persoalan yang sukar dijawab, akan terjawab hanya dengan iman dan amal kita. Begitu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Antara sedar dan tidak sedar sahaja, dan ada juga yang sedar tapi tidak mengendahkan peranannya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah S.W.T ini. Lupa akan hakikat sebuah penciptaan manusia akibat kelalaian dan keindahan nikmat dunia ini.

Di antara kenikmatan yang membuat banyak orang lupa akan jati diri dan tujuan hidupnya adalah nikmat kesihatan dan waktu lapang. Terutama nikmat waktu, yang begitu banyak orang lalai memanfaatkannya dengan baik. Sehingga banyak sekali waktu mereka yang terbuang percuma bahkan menjerumuskan mereka ke dalam jurang bahaya.

Monday, September 6, 2010

Berayakah Aku,Gembirakah Ibu?

Sedang mereka yang lain bergembira meraikan kemenangan,
Aku berdukakan kehampaan,
Jiwa yang disakiti tanpa kesenangan,
Bahkan dipaksa bertemankan terik suria dan cerahnya purnama  ,

Mengapa tinggalkan aku, ibu?
Sedangkan ibu yang memintaku,
Meminta tuk membenih di dalam rahimmu,
Gembirakah raya mu ibu?

Bukankah kelahiranku adalah satu hadiah aidil fitrimu?
Mengapa perlu menolakku?
Aku juga ingin merasa nikmat raya itu,
Walau hanya tangisan yang mampu aku teriakkan,
Tapi teriakkan itu disenangi oleh dirimu tanda kesyukuran atas kelahiranku.
Bukankah begitu ibu?

Sunday, September 5, 2010

Seteguh Cinta Hanzhalah

Malam telah menyelimuti kota Madinah Al Munawwarah, bintang -bintang yang bertaburan membawa kedamaian dan ketenangan serta mimpi indah, yang jelas malam itu sebenarnya malam biasa, tapi tidak sama sekali bagi Hanzhalah bin Abi Amir r.a . Hari itu hari dimana mimpinya terwujud, hari yang lama datangnya hari yang lama ditunggunya hari itu Hanzhalah naik ke pelaminan.

Hanzhalah menikah pada suatu malam yang besok paginya terjadi perang di Uhud
. Hanzhalah minta izin kepada Nabi S.A.W untuk bermalam bersama isterinya. Sementara dia sendiri tidak tahu dengan pasti apakah malam itu malam pertemuan atau justru malam perpisahan. Nabi Muhammad S.A.W memberinya izin untuk menginap malam itu bersama pasangannya.

Manis macam apakah yang ada pada malam itu ? Rahsia apa yang dipendam hari itu dari Hanzhalah? Bersamaan dengan menyembulnya fajar pertama terdengar gemuruh perang, terdengar seorang menyeru dan mengumumkan jihad. Beberapa saat dia timbang-timbang antara kenikmatan dunia dan kenikmatan Akhirat. Akhirnya dia memilih akhirat demi kenikmatannya. Untuk kemudian menyongsong panggilan jihad dan meninggalkan dunia dengan segala isinya.