SYAWAL bulan meraikan kemenangan sudah pun melabuhkan tirainya, DZULKAEDAH pula menjelma dengan suasana yang mampu mencetuskan pemikiran,
menggerakkan hati keinsafan serta membangkitkan semangat beramal
apabila melihat jemaah haji mula berlepas ke Tanah Suci.
Kewajipan
DZULHIJJAH ini bakal melengkapkan rukun Islam yang kelima dan diari
setahun amalan umat Islam. Ibadah haji penuh dengan pengajaran bukan
saja kepada bakal jemaah, malah semua umat Islam di seluruh pelusuk
dunia.
"Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan
segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan." – Surah Al-Taubah, Ayat 105
Semangat
tinggi jemaah haji walaupun dalam keadaan ada yang bertongkat,
berkerusi roda, sudah berusia dan uzur atau masih muda, meninggalkan
anak masih kecil serta ahli keluarga memerlukan semata-mata menunaikan
kewajipan serta pengabdian, mampu menyuntik semangat kita semua.
Maha
Suci Allah yang panggilan-Nya tidak mengira usia, rupa, jantina,
kekuatan, pangkat mahupun darjat. Hakikatnya, yang mereka hajati walau
jauh beribu batu dan dengan segala macam ujian yang akan ditempuh adalah
rahmat, keampunan dan keredaan-Nya.
Sememangnya perjalanan itu suatu pengembaraan ujian seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perjalanan atau bermusafir itu adalah sebahagian daripada azab (penderitaan).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Dengan
sebab itulah, kejayaan bermusafir dalam ibadat haji dan mengambil roh
daripada ibadat itu iaitu pengorbanan diraikan pula dengan Aidiladha.
Namun,
di sebalik itu ada faktor dorongan atau tarikan luar biasa yang
menyebabkan Tanah Suci tidak pernah lengang dan sunyi. Justeru,
pengamatan terhadap kelebihan terkandung dalam Zulhijjah yang bakal
tiba, mengukuhkan semangat beramal pada akhir tahun dalam takwim Islam.
Allah memberikan hikmah kebijaksanaan(ilmu) kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak... AL-BAQARAH:269
Saturday, November 5, 2011
Sunday, October 30, 2011
Kesempatan Emas Di Bulan Dzulhijjah
Termasuk tingkat ke-GENIUS-an yang sangat tinggi adalah mengenal
kesempatan-kesempatan emas, waktu-waktu berharga, keadaan-keadaan
penting yang disebutkan di dalam syariat Islam berdasarkan Al Quran dan
hadith sahih, dan tidak membiarkan kesempatan, waktu dan keadaan
tersebut terbuang percuma tanpa diisi dengan amal soleh.
Termasuk di dalamnya KESEMPATAN EMAS DI BULAN DZULHIJJAH!!!
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhum berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ .
Ertinya: “Tiada hari-hari yang amal shalih di dalamnya lebih dicintai
Allah daripada hari-hari ini”. yakni 10 hari pertama dari bulan
Dzulhijjah, mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, dan
tidak juga berjihad di jalan Allah (lebih utama darinya)?”, beliau
bersabda: “Dan tidak juga berjihad di jalan Allah (lebih utama darinya),
kecuali seseorang yang berjuang dengan dirinya dan hartanya lalu ia
tidak kembali dengan apapun”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ”.
Ertinya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang
lebih ia cintai untuk beramal di dalamnya daripada 10 hari ini, maka
perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid di dalamnya”. (HR. Ahmad
dan di sahihkan oleh Al Mundziry dan Ahmad Syakir tetapi dilemahkan
oleh Al Albani di dalam kitab Dha’ih At Targhib wa At Tarhib, 744)
Abu Qatadah Al Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». رواه مسلم
Ertinya: Bahwa Rasulullah ditanya tentang puasa Hari Arafah:
“Menghapuskan (dosa-dosa) setahun lalu dan setahun yang akan datang”.
(HR. Muslim)
Dari Hadith-hadith di atas dianjurkan untuk memperbanyak amal soleh
di 10 hari pertama bulan Dzulhijjah, seperti; Menunaikan haji dan umrah,
berpuasa, berkorban, bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta
bertahlil, serta amal soleh lainnya.
Kenapa dianggap cerdas orang yang menggunakan kesempatan emas ini?
Sejenak Kita Berfikir
Apa yang anda faham tentang dicipta? Allah mencipta setiap yang ada
di bumi ini. Dan setiap ciptaannya pasti punyai pelbagai manfaat.
Allah menciptakan manusia, Allah jua mencipta binatang. Pasti ada
tujuan pada setiap penciptaan. Tapi tahukah kita? Tujuan hidup kita
sebagai manusia dicipta untuk menunaikan amanah dan janji kita kepada
Allah. Kita diamanahkan sebagai khalifah di bumi ini. Bila mana kita
sebagai khalifah, kita jualah pembangun kepada masyarakat. Mana
mungkin pembangun akan menjadi pemusnah. Harus diingat kita
adalah pembangun bukan pemusnah, kita pengabdi kepada Allah.
Seperti mana dalam surah Al-Baqarah, ayat 30, “Dan ingatlah ketika
mana Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘AKU hendak jadikan
khalifah di bumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah ENGKAU hendak menjadikan
orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami
bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?’ DIA berfirman, ‘Sungguh AKU
ketahui apa yang tidak kamu ketahui.’ ”
Surah Az-Zariyat, ayat 56, “AKU tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU.”
Allah Maha Mengetahui dan pada setiap ciptaan-NYA pasti tersirat pelbagai tujuan. Subhanallah!
Pertanyaan yang ribuan kali sering ditanyakan, pertanyaan ini
sering kali kita dengar: Siapa diri kita? Apa nama kita? Dari mana
asal kita? Untuk apa kita dicipta? Tahukah kita sahabat, kita
hanyalah makhluk yang dicipta dari sesuatu yang hina. Sedarkah kita?
Bukankah terciptanya kita bermula dari setitis air yang menyinar, lalu
berlaku penyatuan antara dua. Segumpal darah menjadi daging, kemudian
satu persatu dibentuk, kemudian tangan dibentuk dengan sempurna.
Saturday, August 13, 2011
Tiang Untuk Ber-Bumbung
Tidak terdiri dan terbinanya sesuatu bumbung yang dapat melindungi kita dari panas dan hujan melainkan koordinasi tiang yang betul serta kukuh. Dalam sesuatu pembangunan dan senibina, koordinasi tiang dan struktur asas sangat penting dalam menjamin sesuatu keselamatan pengguna dan juga penghuni.
Iyela...macam mana nak tinggal dalam rumah yang tak berbumbung, memang tak dapatlah kita nak berteduh bukan??? Nak buat apa juga tiang terdiri tapi tak mahu juga nak "construct" dinding dan juga bumbung. Akhir sekali, tiang tu jadi tak ada "function" dah...
Sebelum nak dirikan tiang, pasti ada "planning" dan juga idea tuk membina sesuatu "design" bukan?? Tak akan la nak terus bina..architect mesti ada idea dia..nak kasi cun macam mana..nak kasi "form" dia macam mana...nak kasi "concept" apa....dan macam-macam lagi...dan matlamat akhirnya adalah tuk keselamatan dan juga perlindungan. Tapi perlindungan yang macam mana yang kita mahu??
Begitu juga lah dalam agama kita, ISLAM...betapa cantiknya Allah mengatur ad-deen ni, bermulanya dengan "concept" IMAN....baru leh membangunkan "tiang" sebanyak 5 semuanya. Ya..."concept" IMAN itu RUKUN IMAN kita..dan "tiang" itu RUKUN ISLAM kita. "Concept" dan "tiang ataupun struktur" ini sangat penting dalam merealisasikan sesuatu senibina dan "design" itu sendiri. Jika "concept" pun tak best dan not strong enough...macam mana lecturer atau client nak SUKA. Serupa lah juga dengan koordinasi dan planning "tiang a.k.a struktur" kita ni....kalau koordinasi dan planning tak betul, confirmlah "design" hancur...runtuh..and last skali....MACAM MANA NAK SELAMAT NYERR...??? Orang pun takut nak berlindung dalam "design" yang tak best dan struktur yang tak selamat.
Wednesday, June 29, 2011
Ada Apa Pada Rejab?
1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Tuesday, June 28, 2011
Kamu Penolong Agama-NYA
Semakin hari semakin rancak dunia dihidangi dengan santapan-santapan kemungkaran dan kemaksiatan. Berita, akhbar, internet dan segala medium media massa kini menceritakan buruknya tingkah laku manusia di atas muka bumi Allah ini. Malaikat pernah berkata pada Allah yang manusia ini hanya akan merosakkan muka bumi ini tetapi Allah telah memberi hikmah dan ilmu kepada Adam a.s tuk membuktikan pada malaikat bahawa manusia mampu menjadi khalifah dan pemimpin. Tapi kini, keadaan nampak sebaliknya, di mana khalifah? Apa yang dimaksudkan dengan khalifah itu? Apa portfolio kerja sebagai seorang khalifah?Jawapannya mudah...sangat ringkas..nak tahu khalifah itu apa? Rasulullah S.A.W....itulah khalifah. Apa kerja baginda? Apa baginda buat? itu yang kita kena buat....sebab Rasulullah adalah role model, dan dari kalangan manusia juga. So itulah tarbiyyah yang Allah tunjukkan pada kita.
Kita ini pewaris Rasulullah S.A.W. Apa yang baginda wariskan kalau kita ni pewaris? harta? TIDAKKK......
Rasulullah mewariskan ilmunya..Al-quran yang dijadikan hujah tuk mematahkan segala dalih dan dusta dari meraka yang ingkar, sunnah baginda sebagai panduan ikutan agar kita yang sudah 1400 tahun dari kewafatan baginda ini tidak lari dari amal ibadah kita. Rasulullah sudah tunjukkan pada kita tuk laksanakan tanggungjawab kita di dunia ini. Kita akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa adakah kalimah Allah itu telah disampaikan pada umat manusia..itu tugas kita, menyambung risalah Nabi S.A.W.
"Dan demikian pula Kami menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu." Al-Baqarah: 143
Tapi hakikatnya dunia kini, sekeliling kita semua dah tiru gaya barat yang mereka sangka cool dan hebat. Memang la cool dan hebat sebab dari kecik tidak dididik dengan asas-asas Islam yang kukuh. Bukan asas-asas sahaja tapi hati itu sudah dikaburi dan dihitamkan dengan acuan golongan kafir. Yang batil di kata benar, yang benar ditolak ketepi. Mereka anggap itu tanda kemodenan...serupa la dengan Mustafa Kamal Atarturk. Beliau yang digelar bapa permodenan turki..YA...memang nampak gah...sebab kafir dah membentuk satu mind-set dalam setiap umat Islam..Islam itu kolot. Habis..siapa harus dipersalahkan? ibu bapa kita yang tidak dididik kita dengan suasana Islam? guru di sekolah yang hanya mengajar ikut sistem sekular? Atau mahu menyalahkan TUHAN kerana tidak kurniakan hidayah?????
Sunday, May 29, 2011
Tasbih Kita
"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" As-Saff: 1
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNYA, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun dan Maha Pengampun" Al-Israa': 44
Seketika duduk dan merenung akan kebesaran Allah S.W.T, memang banyak yang akan kita pelajari tanpa disangka-sangka. Memang benarlah apa yang sering Allah katakan dalam Al-Quran, bahawa orang beriman itu orang yang berakal.
Dua ayat di atas sangat memberi kesan yang sangat mendalam dan boleh di ambil pengajaran atau di panggil sebagai "ibrah". Secara tak langsung, Allah telah memberi tahu kepada kita bahawa seluruh alam ini patuh, taat dan memuji kepadaNYA dalam erti kata lain bertasbih kepadaNYA. Mereka mengikut segala apa yang Allah perintahkan atau bahasa lain iaitu sunnatullah dan tanpa ingkar. Seluruh alam......apa sahaja..kecuali kita..iaitu manusia..yang sering kali ingkar, sombong serta bongkak..dalam bahasa remaja zaman sekarang, "bajet hero".."bajet power"...dan itulah sifat manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)





