Kita digemparkan dengan peristiwa-peristiwa yang menyayat hati apabila pasukan keamanan konvoi yang membawa bantuan ke Gaza telah diserang oleh pihak rejim Zionis. Kekejaman ini dikutuk secara keras oleh negara-negara Islam dan juga bukan Islam kerana Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apa yang digeramkan bukanlah kerana melanggar undang-undang semata tetapi martabat serta maruah agama Islam telah dicabuli oleh Yahudi Laknatullah. Rejim Zionis telah bertindak kejam dengan melancarkan serangan ke atas kapal yang membawa penumpang yang tidak bersenjata. Kemudian Menteri Hubungan Luar Negara Yahudi telah memberi alasan bahawa pihak tentera mereka terpaksa bertindak kerana konvoi itu mempunyai provokasi Anti-Israel.
Wahai umat Islam yang membaca mesej ini, bangunlah dari lena mu...Semboyan Jihad Telah Berbunyi. Allah telah memberi isyarat jihad ke atas kita tuk menegakkan kalimahNya di atas muka bumi Allah ini. Bukankah kita yang seharusnya memakmurkan bumi ini? Kita umat yang terbaik..
"kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,kerana manganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar dan beriman kepada Allah" Ali-Imraan: 110
"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi" Al-baqarah: 30
Kalau bukan kita yang membela agama ini,siapa lagi? Siapa yang kita mahu harapkan?
Janji Allah itu pasti bahawa Islam pasti akan menang,tapi tidak mahukah kita menjadi di kalangan pembantu dan pejuang yang memenangkan agama Allah ini?
Islam memang menganjurkan keamanan dan kedamaian, tapi ada tahapnya..adakah kita mahu berdamai dengan Israel yang telah memperkotak-katikkan Islam? Mungkin hati kita tak terasa kerana nasib malang itu bukan menimpa di negara dan ahli keluarga kita. Sedarlah..bila hati ini telah hilang rasa cinta dan sayang pada nasib sesama saudara seIslam kita, itu tanda Iman kita semakin hilang....
Yakinlah, dan jangan lah gentar pada musuh-musuh Islam...Allah sentiasa bersama kita
"Sesungguhnya Aku bersama orang-orang yang telah beriman",Kelak akan Aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah tiap-tiap ujung jari mereka." Al-Anfal: 12
"wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu.." Al-Anfal: 24
Apakah cara tuk kita berjihad selain dari pergi berperang?? Ya mungkin ini yang bermain di minda para mujahid yang ingin ke medan perang..Allah telah menyeru kita tuk padukan doa memohon pertolongan kepadaNya bagi mereka yang tidak dapat pergi ke medan perang seperti mana firman Allah
"wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung" Al-Anfal: 45
Selain berdoa adakah kita mempunyai cara lain?
Ada...kita sentiasa ada pilihan jika kita tidak dapat ikut serta pergi berperang, Allah telah menyeru hamba-hambaNya menginfakkan segala apa yang termampu dalam memberi bantuan kepada tentera-tentera Islam.
"dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak ketahui; tetapi Allah mengetahuinya.Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi(dirugikan)" Al-Anfal: 60
Ayuh bangkitlah dari lenamu wahai umat yang terbaik!! Belalah agamamu..sesungguhnya Islam telah ditindas secara terang-terangan..adakah kamu buta dan pekak? atau sengaja membutakan diri dan memekakkan telinga dengan kejadian-kejadian seperti ini. Sesungguhnya pahala jihad dan syahid itu telah ditunjukkan oleh Allah kepada kita,kenapa kita tidak mahu rebutkan?
Sampaikanlah dan tiupkanlah api semangat jihad ke dalam jiwa saudara-saudara yang lain, agar timbul kembali kesedaran dalam hati kita.
"Wahai nabi (Muhammad) kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang.." Al-Anfal: 65
Semoga pejuang-pejuang yang telah gugur mendapat pahala syahid dari Allah S.W.T dan sama-samalah kita mendoakan agar iman kita semakin mantap dan ketaqwaan kita semakin utuh untuk menyampaikan amanat Allah di muka bumi ini.....TAKBIR!! ALLAHUAKBAR
No comments:
Post a Comment