Thursday, December 23, 2010

Sepanjang Perjalanan

Lega rasanya bila peperiksaan atau segala bentuk pekerjaan yang dilaksanakan itu selesai dan selamat dijalankan. Sudah tentu rasa tenang dan gembira, bak kata sesetengah orang seperti sudah "merdeka". Rasa seperti baru lepas angkat barang yang berat, bila dapat rehat sebentar atau sudah sampai ke destinasi penghantaran, lelah itu diluahkan dengan puas.

Tapi itu bukanlah topik utama yang ingin dibincangkan di sini, tapi sedikit sebanyak ia memberi sedikit gambaran dan metafora perbandingan tuk cuba kita fahami dengan lebih mudah. Seperti peperiksaan, pelajar akan rasa cemas dan gelisah bila tiba musim peperiksaan, iyelah mana tak nya..soalan yang bakal keluar tak diketahui. Dan adakalanya walaupun soalan sudah bocor sekalipun, rasa gugup dan takut itu masih ada kerana bimbang di dalam dewan nanti..

"betul ker soalan yang bocor itu yang keluar?" atau ada juga hati mengeluh..
"tolonglah jangan cuai dalam dewan nanti".
Bermacam ragam dan reaksi yang kita ketahui bila tiba musim peperiksaan ni.

Peperiksaan di anggap sebagai kayu pengukur dari aspek pemahaman sepanjang pembelajaran. Dan sudah semestinya yang dapat keputusan cemerlang itu mempunyai peluang yang lebih besar tuk memperolehi pelbagai imbuhan dan implikasi. Majoritinya, masing-masing ingin berjaya, ia adalah fitrah sebagai seorang manusia yang menginginkan sesuatu yang indah dan kejayaan memuaskan hati masing-masing. Indah dan kejayaan itu tidak dinafikan, terdapat pelbagai cabang jalan dan menjadi keselesaan tuk seseorang itu memilih jalan dan cara tersendiri. Tapi, kejayaan dan kekayaan macam mana yang ingin kita raih? Adakah dari sumber yang haram? sumber yang kejam? Jika diperhatikan, kekayaan yang mudah itu sentiasa hadir dari sumber yang salah. Salah dari sisi undang-undang dunia dan juga akhirat.

Monday, December 13, 2010

Sabar Tau

Seorang Muslim yang terpimpin jiwanya oleh hidayah Islam senantiasa melatih dirinya untuk mencapai tingkat kesabaran yang tinggi dan menahan marahnya, seperti digambarkan dalam ayat berikut

" Dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"   Ali-Imraan: 134

Menurut kacamata Islam, orang yang kuat itu bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalahkan lawan-lawannya. Tapi orang yang kuat itu diungkap sebagai orang yang mampu bertindak penuh pertimbangan dan sabar, serta mampu mengendalikan nafsunya ketika marah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Bukanlah perkasa itu kuat bergusti sesungguhnya perkasa itu adalah mampu mengendalikan nafsu ketika marah"   Hadith Muttafaq Alaih

Memang sudah menjadi lumrah sebagai seorang manusia dan juga merupakan fitrahnya, siapa yang tak pernah marah? Siapa yang tak pernah bersabar? Pasti semua pernah kerna setiap manusia ada tahap kesabaran masing-masing cuma yang menjadi strategi adalah bagaimana tuk kita mengawal amarah dan latih diri tuk bersabar. Faktor persekitaran seseorang individu itu juga memainkan peranan penting, keadaan yang hingar-bingar pastilah mudah tuk diri merasa marah akibat rimas dengan persekitarannya. 

Amarah juga timbul bila keadaan diri tidak mampu tuk bertolak-ansur dengan sesuatu keadaan atau individu lain. Terlalu bertolak -ansur juga mampu menimbulkan perasaan memendam yang kita bimbang bangkitnya dendam.

Sunday, December 12, 2010

Dengan KeizinanMu

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Perasaan ini bukanlah asing bagi para dai'e di luar sana, pasti pernah tertanya-tanya dan putus-asa pabila insan yang cuba didekati dan ubah menjadi satu cabaran yang besar buat diri masing-masing. Sering kali rasa ingin mengalah, dan isu ini bukanlah hanya pada insan yang cuba didekati tapi juga tuk diri sendiri. Hari demi hari, walau menyedari akan hakikat diri dan kehebatan Sang Pencipta, diri tetap juga mudah terleka dan terlena. Pabila ini berlaku, hati mula berbisik...

"aku tergolong dalam golongan munafik ker?"
"aku nasihat-nasihat orang tapi aku pun kadang-kadang salah juga"
"aku tegur orang, tapi aku pun buat salah juga.."

Inilah antara soalan-soalan dan monolog dalaman yang sering berbisik di lubuk hati. Dan ada juga kadang-kadang tertanya-tanya...

Saturday, December 11, 2010

Serahlah

HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.

Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.

Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.


Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.

Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Monday, December 6, 2010

Membenih Azam Di Dunia, Berbuahnya di Syurga

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Alhamdulillah, ke hadrat Allah S.W.T kita memuji dan bersyukur, serta padaNya jua kita tunduk dan bersujud menurunkan ego kita yang sering mendongak di atas muka bumi Allah ini. Luhur batin serta zahir ini segalanya milik Dia Maha Pencipta maka apakah yang kita miliki? Yang menjadi milik kita hanyalah amal ibadah yang akan dipersembahkan kepadaNya kelak. Dan amal ibadah itu jualah yang Allah pandang dan kenal akan diri kita ini.

"Maka, ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu."   Al-Baqarah: 152

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu ( tidak mendengar dan memahami kebernaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."   Al-Anfal: 22

" Dan didekatkan syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan."   Qaf: 31-34
   
Muharram tiba lagi, sirah Nabi S.A.W diselusuri dan lembaran sirah Islam diteladani demi tuk menimba ilmu yang boleh menjadi tarbiyyah tuk diri kita. Dan menjadi kelaziman juga bagi kita yang selalunya tiba tahun baru tuk membenih azam baru. Azam yang kita benih agar menjadi satu lonjakan tuk diri mencapai sesuatu matlamat dalam meniti hidup di tahun baru.

Amat manis juga tiba tahun baru ini tuk kita menoleh seketika, melihat kembali segala khilaf dan kekurangan kita sebelum ini. Memperbaiki segala yang buruk atas diri kita supaya molek dan cantiknya di kemudian hari. Syukur juga kita persembahkan kepada Allah kerana memberi kesempatan tuk diri kita meniti lembaran baru bersama nur hidayah islam serta iman dalam diri kita. Kebanyakkan dari kita, cuba membina azam yang hanya sementara, bahkan bimbang azam itu hanya menjauhkan diri kita daripadaNya. Alangkah baiknya kita membenih azam yang bakal tumbuh dan berbuah tanpa tumbang di akhirat kelak.