Alhamdulillah syukur kepada Allah taala atas limpah kurnia serta rahmatNya dapat kita menghembuskan nafas lagi pada hari ini. Dan kepada yang telah meninggalkan kita, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah moga roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W yang amat kita cintai. Berkat usaha baginda, kita dapat menikmati nikmat iman dan islam dalam diri kita.
Terima kasih ingin ana ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar ana selama ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat ana yang telah banyak tunjuk ajar secara tak official tapi ilmu tetap ilmu dan setiap ilmu itu sangat bermanfaat tuk meniti kehidupan yang penuh cabaran serta dugaan ini. Di Malaysia 16hb Mei telah diswastakan sebagai Hari Guru bersempena mengingati dan menghargai jasa serta pengorbanan insan yang bergelar guru. Kadang-kadang kita tersalah sangka, ingatkan hari guru ni tuk cikgu kat sekolah je tapi bukan sebegitu. Ia adalah hari tuk semua insan yang telah menyumbang serta berkongsi ilmu sesama kita.
Syukur Alhamdulillah sebab kita diberi kesempatan dalam hidup kita berkenalan dan berpeluang tuk mempelajari ilmu sepanjang hidup kita. Tanpa ilmu manusia tidak berguna tuk agama, bangsa, negara, masyarakat, keluarga dan juga diri sendiri. Setiap perlakuan kita bermula dengan ilmu serta pemahaman. Tanpa pemahaman ini ilmu kita tidak bernilai.
Apabila ilmu itu penting maka mereka yang menyampaikan ilmu itu adalah sangat mulia kerjanya. Tanpa pendidik dan guru, kita buta. Buta dan jahil dalam keadaan dunia yang semakin pesat membangun dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kepentingan ilmu pengetahuan ini telah dinyatakan dalam Al-Quran dengan firman Allah SWT iaitu:
"Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberapa darjat" al-mujadalah: 11
Dan kita sebagai umat Islam hendaklah mengejar ilmu pengetahuan sedaya mungkin kerna dengan ilmu pengetahuan kita mampu menegakkan agama Allah ini dilandasan yang benar. Islam sangat menekankan budaya menuntut ilmu ini seperti mana wahyu pertama Allah kepada Rasulullah S.A.W pun adalah "bacalah". Ilmu pengetahuan juga adalah salah satu jalan kita menuju syurga Allah sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga"
Setelah kita memperolehi ilmu, kita hendaklah menyampaikannya. Inilah yang Islam ajar iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan kepada sesiapa sahaja mengenai ilmu yang kita pelajari. Dengan wujudnya budaya serta penerapan minda ini, kita mampu melahirkan generasi yang bijak pandai. Beban seorang guru pun dapat dikurangkan di mana ilmu pengetahuan bukanlah terbatas pada jawatan guru sahaja tetapi rakan-rakan taulan kita pun mampu tuk mendidik diri kita.Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikatNya, begitu juga penghuni langit dan bumiNya, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan yu di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai"
"Ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka itu mengetahui (hukumnya)" al-baqarah: 146
Maka dapat disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan ini memang tak dapat lari dari kehidupan seharian kita, setiap hari merupakan lembaran tarbiyyah kita tuk mencari ilmu Allah. Dan beruntunglah bagi mereka yang berkongsi ilmu dengan sesama manusia. Semoga usaha kita menyampaikan ilmu pengetahuan serta mendidik sesama kita ini dipandang Allah S.W.T di akhirat kelak.
Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana Allah S.W.T adalah tanda takut kepadaNya,menuntutnya adalah ibadat, menelaahnya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad ,mengajarkannya adalah sedekah, memberikannya adalah kebaktian.
Selamat Maju Jaya dan Semoga menjadi murobbi yang sukses kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.
Wassalam
No comments:
Post a Comment