Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan ana tuk berjaulah ke bumi Eropah pada awal bulan jun yang lepas. Sungguh seronok kerana ini adalah pengalaman pertama ana di sana, melihat keindahan dan nikmat Allah dari negara-negara yang berbeza fahaman serta akidahnya. Maka dengan sebab itu timbullah rasa syukur yang teramat sangat terhadap negara tanah tumpahnya darah ana sendiri iaitu Malaysia. Bersyukur kerana terlalu banyak kesenangan yang telah Allah permudahkan di Malaysia dan tidak terdapat di negara-negara yang ana lawati. Dari segi mencari makan yang halal,keselesaan dalam menunaikan ibadah, menjaga batas pandangan jauh lebih selesa dan mudah di Malaysia. Antara negara yang ana lawati adalah United Kingdom, Germany, Spain, Switzerland dan Austria.
Jaulah ini lebih bersifat akademik bukannya pelancongan semata. Meninjau dan mempelajari lebih dekat senibina oleh para arkitek terkenal di dunia di bumi Eropah. Di samping itu juga, kami dapat juga berpeluang mengunjungi firma-firma arkitek di sana dan juga universiti yang menawarkan pengajian senibina yang tersohor di dunia.
Disebalik keseronokan berjaulah di bumi eropah, dapat juga diri ini bermuhasabah dan mujahadah dengan alam yang terbentang yang seolah berbicara melafazkan tanda syukur pada Tuhan Maha Pencipta.
"katakanlah (Muhammad), Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urursan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah". Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-NYA)?".
Yunus: 31Terasa sayu dan sedih juga melihat masyarakat di sana, melihat kejahilan yang sukar ditontoni di Malaysia tetapi bebas tuk diperhatikan di sana. Sedih melihat mereka dalam kerugian. Kerugian menghabiskan hidup mereka dengan perkara yang tidak mendatangkan apa-apa kepada mereka. Buat baik sebanyak mana pun, mereka tidak memperolehi apa-apa tuk dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak. Kadang-kadang pelik juga melihat tingkah laku mereka,bijak dari segi pelajaran dan tinggi dalam jawatan tetapi tidak rasional dalam perlakuan. Memakan makanan yang terang-terang dibuktikan oleh sains secara jelas yang membawa kemudaratan,dan meminum minuman yang hanya mendatangkan keaiban diri serta diluar kawalan kewarasan. Kita mampu menilai tetapi sukar tuk kita memilih, kerana ketika memilih itu datangnya nafsu yang hanya membawa kepada kemungkaran.
"dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendaki) manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti." Yunus: 99-100
Moga diri kita ini jauh dari semua perkara itu dan tidak dipaling Iman yang telah Allah kurniakan ini.
Disebalik kelompok-kelompok jahiliyah itu, tetap ada masyarakat Islam yang bermastautin di sana. Melihat terbangunnya masjid di United Kingdom, terasa sangat gembira walaupun masjidnya tidak se-gah di Malaysia tetapi jemaahnya tetap memberansangkan. Alhamdulillah, seronok sangat melihat Islam ada di mana-mana, melihat mereka mencari rezeki, melihat mereka tersenyum menyapa ana, dan tidak kekok tuk memberi dan mengucap salam. MasyaAllah...sungguh hebat kekuasaanMu, sungguh indah percaturanMu. Meletakkan hamba-hambaMu dibumi Eropah sedikit sebanyak menyebarkan amanat dan syiar Islam Mu. Dan walaupun hidup mereka serba sederhana di tanah orang tetapi raut wajah yang terpancar menandakan tanda syukur mereka kepadaMu atas kesempatan yang diberikan olehMu. Ya Allah permudahkanlah dan murahkan rezeki kami di akhir zaman ini.
Di bumi Eropah, kesulitan mencari makanan halal amat dirasai. Bahan kandungan dalam makanan, halal atau tidak yang selama ini endah tak endah ketika di Malaysia dipraktikkan di sini . Sahabat-sahabat yang lain pun begitu, persoalan yang sama dibait mulut mereka "halal ker?,cek dulu kandungan tu...ada alkohol tak dalam coklat tu?". Anjing yang sentiasa berkeliaran juga harus kami awasi, takut-takut terjilat pakaian kami..."eh baik-baik ada anjing, ada tahi anjing kat depan, hati-hati anjing kat belakang.." itulah yang sering kami teriakkan sehingga mat salleh kat sana pun pelik melihat gelagat kami. Ada mat salleh siap sergah nak lepaskan anjingnya kat kami. Bila difikirkan balik, pasti mat salleh tu ingat kami takut sangat dengan anjing-anjing mereka.
Terlalu banyak keindahan dan memori di sana, walaupun tidak selama mana tetapi sedikit sebanyak membuka lembaran pandangan baru tuk ana fikirkan serta renungkan. Bukan tuk diri ana sahaja tetapi tuk semua sahabat yang menyertai jaulah ini dan yang membaca warkah ini. Mengimbau kembali zaman kegemilangan Islam yang telah menawan 2/3 dunia telah membawa diri ini mengagumi kekuatan dan kukuhnya akidah para sahabat-sahabat dahulu dalam menegakkan syariat Islam. Menghadapi kesukaran yang jauh lebih sukar yang dihadapi berbanding zaman kini. Cuba tuk menerapkan akidah Islamiyyah kepada yang jahil dan tidak mengenal erti kewujudan penciptaan mereka pastinya menghadapi pelbagai tentangan yang amat dasyat. Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau tempat kami bergantung pengharapan.
"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai." An-Nur: 55
Di akhir kata, ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa ana, Sayed Abul Khair bin Sayed Hashim dan Norhayati binti Hassan, kakak-kakak yang dikasihi, mak ngah ana, pihak universiti UiTM, pensyarah dan juga sahabat-sahabat yang telah memberi pertolongan dari segi wang rinngit, galakan serta peringatan dan tunjuk ajar dalam realisasikan jaulah ana ini. Alhamdulillah, semoga Allah membalas jasa kalian semua. Ameen
Wassalam
No comments:
Post a Comment