Sunday, May 23, 2010

Kecintaan Belia Pada Islam

Bismillah ar-rahman ar-rahim,
Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T kerna telah memberi kesempatan kepada ana tuk menghadiri satu konvensyen 'Gerakan Islam dan Persaingan Demokrasi' bertempat di Hotel De Palma, Ampang. Konvensyen ini mengutarakan isu kebangkitan umat Islam dalam mengharungi dunia politik moden dunia iaitu "demokrasi". Dalam konvensyen ini juga telah membahaskan situasi politik Islam di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Turki.

Kesinambungan konvensyen itulah mendetikkan rasa hati ana tuk menceritakan sebuah kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang merupakan seorang belia pada ketika Rasulullah S.A.W mula menyampaikan dakwah Islamiyyah iaitu Umair bin Abi Waqqas.

Umair bin Abi Waqqas adalah seorang sahabat yang masih muda belia, telah memeluk Islam pada zaman permulaannya lagi. Beliau adalah adik kepada Saad bin Abi Waqqas r.a iaitu Jeneral Islam yang termasyhur. Saad telah menceritakan:

  
    "Pada masa kami bersiap sedia untuk menuju ke medan pertempuran Badar, aku ternampak Umair mencuba sedaya upayanya menyembunyikan diri. Ini memeranjatkan aku. Aku bertanya kepadanya:

     "Apakah yang telah berlaku kepadamu, hai Umair?"

     Beliau menjawab "Aku takut Rasulullah S.A.W tidak akan membenarkanku mengambil bahagian dalam pertempuran itu kerana umurku yang masih muda ini sedangkan aku amat ingin sekali pergi dan mati syahid di jalan Allah S.W.T."

Keinginan Umair untuk menyertai angkatan perang itu begitu mendalam sekali. Walaubagaimanapun, Rasulullah S.A.W berjaya mengesannya lalu baginda menegahnya dari menyertai barisan tentera itu. Kegagalannya untuk menyertai peperangan tersebut begitu menghampakan harapannya lalu beliau menangis. Apabila perihal keinginannya yang amat sangat serta kekecewaannya itu disampaikan kepada Rasulullah S.A.W, akhirnya baginda pula mengizinkannya turut serta. Umair berjuang bermati-matian dalam peperangan itu sehingga beliau gugur syahid.

Saad berkata:

     "Pedang Umair terlalu besar untuknya menyebabkan aku terpaksa mengikat beberapa simpulan di pinggangnya supaya pedang itu tidak menyentuh bumi."

Dari peristiwa ini, dapat kita lihat bahawa Rasulullah telah menanamkan serta mengukuhkan aqidah umat Islam pada masa dahulu sehingga kecintaan para sahabat amat mendalam sekali pada Islam. Tidak gentar dibunuh, tidak takut mati dan tidak gerun melawan musuh Islam. Inilah yang ingin kita sama-sama tanamkan dalam diri kita iaitu keimanan dan kecintaan pada Islam tiada tolok bandingan terutama pada golongan belia. Ini kerana peranan belia dalam dakwah Islamiyyah amat besar dari segi kekuatan fizikalnya dan jiwa yang berkobar-kobar.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam itu gerun pada kita dan kerana itulah mereka menggertak dan menindas umat Islam sebelum kita bangkit bersatu. Ayuh!! sama-sama kita bangun semoga Islam tertegak atas landasan yang benar. Moga Allah merahmati kita semua...ameen

Wassalam

2 comments:

  1. Alhamdulillah, jzkk atas perkongsian.
    Jika kita imbas kembali, sahabat-sahabat bersusah payah nak memperjuangkan Islam.
    Bagaimana kita??Peranan kita as pemuda Islam?
    Moga kita antara orang yang membantu menaikkan Islam semula.
    "Tegakkan Islam dihatimu sekiranya kamu ingin Islam tertegak di atas muka bumi ini".
    Let make history rather than become history.
    W'alam

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah moga kita berada di jalan Allah dan tugas kita adalah meletakkan agamaNya di puncak tertinggi..moga kita cekal dan tabah dalam memperjuangkan agama Allah ini..ameen

    ReplyDelete