Monday, December 6, 2010

Membenih Azam Di Dunia, Berbuahnya di Syurga

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Alhamdulillah, ke hadrat Allah S.W.T kita memuji dan bersyukur, serta padaNya jua kita tunduk dan bersujud menurunkan ego kita yang sering mendongak di atas muka bumi Allah ini. Luhur batin serta zahir ini segalanya milik Dia Maha Pencipta maka apakah yang kita miliki? Yang menjadi milik kita hanyalah amal ibadah yang akan dipersembahkan kepadaNya kelak. Dan amal ibadah itu jualah yang Allah pandang dan kenal akan diri kita ini.

"Maka, ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu."   Al-Baqarah: 152

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu ( tidak mendengar dan memahami kebernaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."   Al-Anfal: 22

" Dan didekatkan syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan."   Qaf: 31-34
   
Muharram tiba lagi, sirah Nabi S.A.W diselusuri dan lembaran sirah Islam diteladani demi tuk menimba ilmu yang boleh menjadi tarbiyyah tuk diri kita. Dan menjadi kelaziman juga bagi kita yang selalunya tiba tahun baru tuk membenih azam baru. Azam yang kita benih agar menjadi satu lonjakan tuk diri mencapai sesuatu matlamat dalam meniti hidup di tahun baru.

Amat manis juga tiba tahun baru ini tuk kita menoleh seketika, melihat kembali segala khilaf dan kekurangan kita sebelum ini. Memperbaiki segala yang buruk atas diri kita supaya molek dan cantiknya di kemudian hari. Syukur juga kita persembahkan kepada Allah kerana memberi kesempatan tuk diri kita meniti lembaran baru bersama nur hidayah islam serta iman dalam diri kita. Kebanyakkan dari kita, cuba membina azam yang hanya sementara, bahkan bimbang azam itu hanya menjauhkan diri kita daripadaNya. Alangkah baiknya kita membenih azam yang bakal tumbuh dan berbuah tanpa tumbang di akhirat kelak.
Azam tuk membangunkan Islam yang kita lihat kini sering ditindas dan diputar belitkan oleh Barat. Bahkan yang menyedihkan diperkotak katikkan oleh umat Islam sendiri. Umat Islam yang hanya pada nama tapi bukan pada hati. Islamnya kerana keturunan dan selahirnya ber"bin" dan "binti" kan Muslim.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai,..."   Ali- Imraan: 103 

Islam itu bukan keturunan tetapi satu pegangan. Pegangan yang kukuh tuk kita selusuri hingga tiba hari bertemuNya kembali. Bila Islam itu adalah satu pegangan, maka wajiblah kita sepanjang hidup ini tuk mempelajari Islam. Bukan hanya yang fardhu sahaja seperti belajar solat, zakat, puasa, dan baca Al-Quran. Tetapi kita wajib tuk mendalami hakikat Islam itu sendiri, hakikat kejadian kita sendiri, hikmah, magis serta rasionalnya Islam sebagai jalan hidup kita.

" Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa."   Ali-Imraan: 138

Masa kini, bukannya Umat Islam tidak tahu akan sesuatu hukum hakam itu, cuma sering melabuhkan tirai di mata dan hati tuk mengelak dari mengetahui agar aktiviti dan perlakuan itu terasa tiada salahnya. Dan ada juga khilafnya diri ini, bila sudah mengetahui tetapi terang-terangan ingkar akan perintahNya. Perintah seolah beban bahkan terasa memudaratkan. Ya...ia memang membebankan dan memudaratkan kerna bila hati itu sudah dipenuhi bintik-bintik hitam, hati sudah bodoh tuk mentafsir hak dan batilnya sesuatu perlakuan. Nafsu memang mengasyikkan dan mempersonakan. Iyalah mana tak mengasyikkan, kerna ia datang dari syaitan. Yang memujuk hati dan mempengaruhi nafsu tuk bertindak di luar kawalan batasan syariat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janglah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, Ia musuh yang nyata bagimu."   Al-Baqarah: 208

Mana ada manusia yang maksum dan tak terlepas dari dosa dan noda. Kita bukan Nabi dan Rasul. Dan maka itulah Allah S.W.T mendidik kita agar bersolat, berdoa, dan beramal agar segala amal itu mendekatkan kita padaNya dan menutupi segala dosa-dosa yang lepas.

Moleklah tuk ana katakan yang diri ini serta umat Islam di luar sana bahawa kita masih belum terlambat. Dia sentiasa memberi peluang kepada kita tuk kembali kepadaNya. Semoga dengan tahun baru ini, kita dapat letakkan Islam itu di hadapan untuk diutamakan dalam senarai azam-azam kita. Setiap azam itu kembalikannya kepada Dia. Kerana segala yang diusaha itu di atas kehendakNya jua. InshaAllah moga penuh barakah perjalanan hidup kita di tahun baru ini. Ameen, wallahua'alam

Assalamualaikum

2 comments:

  1. mabruk yaa akh!
    pengisian yang mantop.
    salam maal hijrah 1432H.

    ReplyDelete
  2. Jzkk, syukran jazeelan..moga sama-sama beroleh rahmat dan barakah Illahi..pengisian tuk diri ini juga,tuk sentiasa beringat agar tidak hanyut terlupa dan terlena terlalu lama.

    ReplyDelete