Saturday, November 20, 2010

Dengan Nama MU, Aku....

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah syukur  kepada rabb al-izzati atas nikmat kurniaanNYA, seperti kebiasaan..nikmat iman dan islam yang masih dipertahankan. Syukur dan terima kasih juga Ya Allah Maha Kuat yang telah meminjami kekuatanMu serta kudratMu ke atas diri hambaMu yang lemah ini. Senantiasa bersama diri ini tanpa pernah Engkau rasa jemu, menyalurkan segala RahmanMU dan begitu juga diri ini mendambakan RahimMU. Sebagai mukadimmah perbicaraan, marilah sama-sama kita perbaiki iman dengan bersyahadah kepadaNYA, moga-moga hati ini senantiasa tenang dan bertaut cinta dan cita kepadaNYA.

Memperkata tentang iman dan hidayah, memang suatu perkara yang bukan mudah tuk kita jelaskan..hakikatnya ia melibatkan suatu kepercayaan dan keyakinan yang amat tinggi. Begitu indahnya Islam yang tertegak dengan kalimah tauhid "aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah". Suatu kalimah yang amat besar dan mendalam maknanya. Suatu perakuan sumpah dan taat setia seorang hamba kepada pemilik nyawa dan jasadnya. Bila memperkatakan tentang sumpah, ia juga melahirkan satu persoalan dan tanda tanya.."apakah akan jadi jika melanggar sumpah?" dan ada juga suara-suara sumbang yang berkata.."tak ada apa-apa pun jadi kat aku?bahagia je..." dan apa pula jawapan yang harus diberikan oleh tentera-tentera Allah yang mengangkat sumpah kepada musuh-musuh yang melanggar sumpah ini?

"tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan amalan, tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya.."  Hassan Al-Banna

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA"   Al-Qasas: 56

"Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari emas untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia sedang akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang yang bertaqwa."   Az-Zukhruf: 35

Satu demi satu seruan diseru ke seluruh pelusuk muka bumi ini dengan satu tujuan dan satu nada suara, menegakkan kalimah tauhid tapi sering juga dipertikaikan oleh sekolompok manusia tentang seruan ini. Mempertikaikan apa ganjarannya, cara pelaksanaan yang difikirkan menyusahkan, kelebihan serta magisnya kalimah ini. Islam terbina dengan dalil-dalil dan nas-nas yang sangat kukuh, melangkaui zaman dan batas masa bahkan melampaui batas pemikiran manusia dan sains. Dan sedarlah sains itu juga dari kalam-kalamNYA, maka yang mana ingin kita dalihkan?



"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNYA, tidak ada yang mengetahui selain DIA. DIA mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata ( Lauh Mahfuz)"   Al-An'am: 59

"DIA lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan DIA lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu).."   Yunus: 5

Memperjuangkan kalimah dan agama ini memang susah dan perit. Itulah nikmat dan seronoknya, hanya yang terpilih dan terkuat sahaja yang mampu laksanakan. Bak kata orang puith " the chosen one" atau "one in a million". Secara logik akalnya fikiran manusia, waraslah tuk kita perkatakan bahawa insan-insan yang terpilih dan termampu ini adalah istimewa. Istimewa di pandangan dan sisi Allah. Kasih, sayang dan cinta dariNYA itu sudah cukup memadai tuk peroleh bahagia yang diredhai di dunia bahkan di akhirat juga.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan merendahkan diri kepada Tuhan, mereka itu penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya"   Hud: 23

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan mengurniakan ganjaran syurga kepada mereka, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada antara mereka yang membunuh dan terbunuh"   At-Taubah: 111

Melaksanankan perintah adalah suatu perngorbanan. Memperjelaskan keimanan dengan amal itu yang dituntut. Memang payah bagi kita yang biasa dan lemah ini tuk melaksanakannya, dengan dibelenggu nafsu dan persekitaran penuh kemaksiatan, dan itulah yang sering menjadi alasan bagi kita semua. Tapi wahai diri dan para pembaca, tidak mustahil insan biasa menjadi suatu luar biasa, itulah yang Allah ingin zahirkan kepada kita melalui perutusanNYA iaitu Muhammad S.A.W. Hanya insan biasa, manusia juga cume istimewanya Baginda, Allah peliharanya, jaganya dengan tujuan menjadi suatu model dan prototype tuk umat Islam sebagai ikutan. 

" Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhaku, Maha Pengampun, Maha Penyayang."   Yusuf: 53

"Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak."   Al-Ahzab: 21

Di akhir kalam, ana juga insan biasa, begitu juga di luar sana. Menulis dan menegur bukanlah bererti diri ini sempurna dan berilmu, cuma dengan ketidaksempurnaan inilah kita sama-sama latih dan membina tahap iman kita dengan berdakwah. Menyeru dan mencegah mana yang kita yakin salah dan betulnya. Bersempena dengan aidiladha ini, sinonim dengan raya korban, berkorbanlah demi Tuhanmu, DIA ingin kita berkorban tuk agamaNYA bukanlah bererti DIA tidak mampu mempertahankan agamaNYA tapi sebagai satu "selection session" tuk DIA pilih siapa penghuni syurgaNYA. Wallahua'alam

Assalamualaikum

2 comments:

  1. Menarik.. baiki iman,, berkata tidak semestinya sempruna kan bang,, yang mendengar tidak semestinya tidak mencukupi.. fikirkan.

    ReplyDelete
  2. ya..begitulah indahnya Islam yang Allah bina sebagai agama kita..dan menjadi tanggungjawab kita tuk menjaganya

    "Sunguh,orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab(Al-Quran), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat" Al-Baqarah: 159

    ReplyDelete