Thursday, December 23, 2010

Sepanjang Perjalanan

Lega rasanya bila peperiksaan atau segala bentuk pekerjaan yang dilaksanakan itu selesai dan selamat dijalankan. Sudah tentu rasa tenang dan gembira, bak kata sesetengah orang seperti sudah "merdeka". Rasa seperti baru lepas angkat barang yang berat, bila dapat rehat sebentar atau sudah sampai ke destinasi penghantaran, lelah itu diluahkan dengan puas.

Tapi itu bukanlah topik utama yang ingin dibincangkan di sini, tapi sedikit sebanyak ia memberi sedikit gambaran dan metafora perbandingan tuk cuba kita fahami dengan lebih mudah. Seperti peperiksaan, pelajar akan rasa cemas dan gelisah bila tiba musim peperiksaan, iyelah mana tak nya..soalan yang bakal keluar tak diketahui. Dan adakalanya walaupun soalan sudah bocor sekalipun, rasa gugup dan takut itu masih ada kerana bimbang di dalam dewan nanti..

"betul ker soalan yang bocor itu yang keluar?" atau ada juga hati mengeluh..
"tolonglah jangan cuai dalam dewan nanti".
Bermacam ragam dan reaksi yang kita ketahui bila tiba musim peperiksaan ni.

Peperiksaan di anggap sebagai kayu pengukur dari aspek pemahaman sepanjang pembelajaran. Dan sudah semestinya yang dapat keputusan cemerlang itu mempunyai peluang yang lebih besar tuk memperolehi pelbagai imbuhan dan implikasi. Majoritinya, masing-masing ingin berjaya, ia adalah fitrah sebagai seorang manusia yang menginginkan sesuatu yang indah dan kejayaan memuaskan hati masing-masing. Indah dan kejayaan itu tidak dinafikan, terdapat pelbagai cabang jalan dan menjadi keselesaan tuk seseorang itu memilih jalan dan cara tersendiri. Tapi, kejayaan dan kekayaan macam mana yang ingin kita raih? Adakah dari sumber yang haram? sumber yang kejam? Jika diperhatikan, kekayaan yang mudah itu sentiasa hadir dari sumber yang salah. Salah dari sisi undang-undang dunia dan juga akhirat.

"Dan menjadi hak Allah menerangkan jalan yang lurus, dan di antaranya ada jalan yang menyimpang. Dan jika DIA menghendaki, tentu DIA memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar)."   An-Nahl: 9

Yang menjadi asas sesuatu kekayaan yang ingin kita kecapi baik di dunia dan di akhirat, pastilah yang bertunjangkan syariat Islam. Apa yang dimaksudkan syariat Islam? Ada sesetengah pihak menganggap Islam hanyalah mengongkong dari melakukan pelbagai perlakuan di masa kini, hingga melabelkan Islam itu kolot dan sudah lapuk. Seperti yang digambarkan di atas, jika ingin berjaya dalam peperiksaan, sudah tentulah kena tahu dan faham, baik pemahamannya serta cerdas fikirannya tuk menjawab soalan-soalan yang diajukan dalam kertas peperiksaan. Walaupun soalan sudah bocor sekalipun, peratusan tuk jawab semua betul pun masih tipis. Mengapa???

Kerana manusia ini mudah lupa, dan cepat lalai. Fokus dan ketelitian dalam menjawab itu sangat penting dan tidak dilupakan juga tawakal kepada Allah S.W.T kerana Dia yang sudah semestinya menentukan sama ada usaha berhasil atau tidak. Ok, sekarang cuba kita ambil gambaran menjawab peperiksaan ini dan juga menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah azza wa jalla ini. Kehidupan kita saling tak tumpah dengan situasi peperiksaan, dengan tidak dapat menduga soalan-soalannya begitulah juga kita yang tidak dapat menjangkakan ujian-ujian yang bakal Allah uji pada kita. Peperiksaan itu kira cukup elok lagi sebab kita tahu tarikh peperiksaan tuk bersedia tapi ujian Allah, siapa yang sangka? Dan menjadi satu kemestian bagi kita yang mengaku beriman dan mengucap lafaz syahadah tuk lebih dan sentiasa bersedia tuk hadapi ujianNYA.

Jika dalam pembelajaran kita adanya subjek dan silibus begitu juga dalam menghadapi ujian Allah S.W.T ada rangka pembelajarannya. Allah bukan kejam...Allah Maha Adil, jika dalam peperiksaan guru atau pensyarah tak bagi soalan bocor, pasti hura-hara dan tak senang duduk dibuatnya. Tapi Allah S.W.T telah bagi perkhabaran kepada kita, tips-tips dan pesanan tuk kita hadapi ujian. Allah telah turunkan Al-Quran kepada umat Muhammad S.W.T tuk bersedia menghadai akhir zaman ini di mana ujiannya sangatlah besar di mana Dajjal akan keluar tuk menyebarkan fitnah, tapi mengapa kita tidak endahkan khabaran dan tips-tips dari Allah ini?

"Dan (Al-Quran) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia, agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa DIA adalah Tuhan yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran"   Ibrahim: 52

"Sungguh, telah berlaku sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah) kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orng yang mendustakan (para Rasul). Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa."   Ali-Imraan: 137-138

"ala..manusia ada nafsu..sering lalai.."
"nanti aku taubatla.."
"tua nanti aku gi la haji, taubat kat depan kaabah,mesti Allah makbulnya.."

Mungkin itulah kata-kata hati kita..Ya, memang manusia ada nafsu dan diganggu dengan pujuk rayu Syaitan, dan bukannya Allah kejam..Allah sudah bagi tahu dalam Al-Quran dan melalui sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W tuk tidak termakan dengan segala pujuk rayu syaitan serta nafsu, bahkan itulah hikmahnya amar maa'ruf nahi munkar seperti yang di syariatkan. Syaitan sendiri mengakui di dalam Al-Quran bahawa janji-janji Allah itu benar, tapi masih kita mudah terpedaya kerana ceteknya ilmu dalam menghadapi ujian-ujian Allah S.W.T.

"Dan Syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri..."   Ibrahim: 22

Kita terlalu sombong dan bongkak di atas muka bumi ini. Lupa siapa Tuhan siapa hamba, kalau orang gaji perangai macam kita ni..sudah tentu dah kena pecat dengan majikannya. Tapi Allah tidak..Allah tak pecat dan buang kita dari agamaNYA selagi kita masih berpegang pada kalimah syahadah. Bahkan Allah sentiasa memberi peluang tuk kita kembali padaNYA. Dan ini bukanlah juga alasan tuk kita melengah-lengahkan taubat. Jika itulah detik dan niat di hati..kita bimbang Allah sudah tutup dan butakan hati kita atau roh kita dijemput pulang sebelum sempat tuk bertaubat.

"Maka masuklah pintu-pintu neraka Jahannam, kamu kekal di dalamnya. Pasti itu seburuk-buruk tempat orang yang menyombongkan diri."   An-Nahl: 29

Sebagai renungan kembali, jika peperiksaan kita mengambil berat tuk berjaya menjawabnya, maka janganlah kita meringan-ringankan tuk menghadapi ujian dari Allah. Jika peperiksaan kita sibuk belajar bersungguh-sungguh, maka bersungguh-sungguhlah juga tuk belajar ilmu tuk jawab soalan dari Allah kelak. Jika peperiksaan itu menjamin peluang kerjaya serta kekayaan, maka Allah jua pemberi rezeki dan kejayaan itu. Jangan di anggap mudah tuk peroleh syurga kalau urusan dan tanggungjawab yang Allah berikan pun kita ambil tak endah. SYURGA ITU DIHUNI PARA RASUL DAN NABI, MAKA PENGHUNINYA PASTILAH YANG TERBAIK.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment