Sunday, December 12, 2010

Dengan KeizinanMu

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Perasaan ini bukanlah asing bagi para dai'e di luar sana, pasti pernah tertanya-tanya dan putus-asa pabila insan yang cuba didekati dan ubah menjadi satu cabaran yang besar buat diri masing-masing. Sering kali rasa ingin mengalah, dan isu ini bukanlah hanya pada insan yang cuba didekati tapi juga tuk diri sendiri. Hari demi hari, walau menyedari akan hakikat diri dan kehebatan Sang Pencipta, diri tetap juga mudah terleka dan terlena. Pabila ini berlaku, hati mula berbisik...

"aku tergolong dalam golongan munafik ker?"
"aku nasihat-nasihat orang tapi aku pun kadang-kadang salah juga"
"aku tegur orang, tapi aku pun buat salah juga.."

Inilah antara soalan-soalan dan monolog dalaman yang sering berbisik di lubuk hati. Dan ada juga kadang-kadang tertanya-tanya...

"kenapa Allah tak buka pintu hati ini?"
"kenapa sukar sangat tuk diri beriman?"
"kenapa susah sangat mereka ingin terima apa yang disampaikan?"

Rungutan yang sering didengari dan dirungutkan..
Tertarik dengan dua potongan ayat Al-Quran yang telah memberi jawapan pada diri yang sering tertanya-tanya dan merungut, keluhan hati yang mencari pendamainya..dan damai itu telah dijumpai...

"Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan aab kepada orang yang tidak mengerti."   Yunus: 99-100

Manusia tidak boleh dipaksa, lagi dipaksa lagi meronta. Dan bimbang akibat rontaan itulah makin jauh hati manusia kepada Tuhannya. 

Dan ingatlah, bila Allah katakan bahawa seseorang itu beriman pabila dengan izinNya, maka sedarlah, bahawa kita insan yang terpilih. Terpilih dari keizinan Allah, Tuhan sekelian alam, apa lagi yang kita mahukan sedangkan izinNya itu sesuatu yang istimewa yang tidak dapat diperolehi sewenang-wenangnya.

Ingatlah juga, jangan disangkakan hari ini engkau beriman dan mati mu juga dengan iman, dan usah difikirkan keislaman mu itu satu jaminan tuk engkau dikalangan yang beriman. Kita punya dua jalan sahaja, syurga dan neraka, tiada talian hayat, hanya masa yang diberikan olehNya tuk mempersiapkan ladang-ladang dunia tuk dituai di akhirat.

Wahai pewaris Nabi S.A.W, kita pemegang amanah dan juga wasiat..damaikanlah dunia dan amankanlah dengan kalimahNya, jangan mudah putus-asa, dan tabahlah senantiasa. InshaAllah moga amal meraih kasih sayangNya. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment