Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan tuk ana menulis di ruangan ini. Agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Sangat sibuk rasanya dengan pelbagai kerja-kerja di universiti dan juga mempersiapkan diri tuk exam yang bakal tiba. Dalam kesibukan dunia yang Allah S.W.T beri ini hendaklah kita tidak melupakan tuk menyibukkan diri dengan urusan pelaburan kita tuk dituai di akhirat kelak. Itulah tujuan kita di dunia ini, tidak lain dan tidak bukan tuk memakmurkan alam ini dan menegakkan syariat Allah S.W.T di muka bumi ini. Mahu atau tidak mahu itulah hakikat hidup kita. Tanggungjawab yang kita tidak boleh lari, memikul sehingga Allah kembali menjemput kita. Mahu dan tidak mahu juga, ia sebagai jalan kita tuk sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA. Mengejar nikmat kehidupan yang hakiki iaitu di akhirat kelak dan memburu syurgaNYA.
Islam tidak akan dapat tegak, kecuali dengan perjuangan para penganutnya. Islam tidak akan tertanam, kecuali dengan siraman darah. Oleh kerana itu, guru kita, Nabi Muhammad S.A.W, gagah berani menegakkan dan menyampaikan dakwah islamiyyah di zaman Baginda. Para sahabat beliau juga orang-orang yang pemberani. Abu Bakar seorang siddiq, Umar terbunuh, Utsman juga tewas, Ali mandi darah. Lapan puluh peratus sahabat Baginda telah terbunuh.
Sehari sebelum perang Uhud, Rasulullah S.A.W bersabda diatas mimbar :
“Demi Allah yang menggenggam jiwaku, setiap orang yang terbunuh di jalan Allah pasti datang pada hari Kiamat seperti keadaannya ketika terbunuh didunia. Warnanya warna darah, tapi baunya bau minyak kasturi”.
Dalam hadith lainnya Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sesungguhnya Allah berfirman kepada para syuhada pada hari Kiamat. Siapa yang membunuh kalian?” Mereka menjawab, “Musuh-musuh-Mu”. Dia berfirman lagi, “Mengapa kalian dibunuh?” Mereka menjawab,”Kami terbunuh kerana perjuangan di jalan-Mu. ‘Dia berfirman, “Aku telah mengampuni kalian”.
Kita perlu menilai perang Uhud agar kita bisa melihat, bagaimana para leluhur kita dahulu, bagaimana keadaan kita sekarang, dan apa yang telah kita berikan kepada Islam?
Mana para syuhada hari ini?
Mana para pahlawan Islam hari ini?
Mana peranan kita dalam menyebarkan Islam hari ini?
Mana darah? Mana harta? Mana waktu? Mana pengorbanan?
Semuanya kosong.
Mana para syuhada hari ini?
Mana para pahlawan Islam hari ini?
Mana peranan kita dalam menyebarkan Islam hari ini?
Mana darah? Mana harta? Mana waktu? Mana pengorbanan?
Semuanya kosong.
Sehari sebelum pecah perang Uhud, Rasulullah S.A.W bermusyawarah dengan para sahabat. Beliau mengumumkan hendak memerangi Abu Sufyan dan kaum musyrikin. Beliau bertanya kepada para sahabat, “Bagaimana pendapat kalian?Apakah kita memerangi mereka di lorong-lorong kota atau kita menunggu mereka di gunung Uhud”.
Orang-orang tua menjawab, “Wahai Rasulullah, lebih baik kita tetap di tempat, bertahan di lorong-lorong dan rumah-rumah kita. Kalau mereka masuk kota.kita perangi mereka”. Beliau pun setuju. Tetapi, baru selesai ucapan itu, para sahabat yang berusia muda, yang berjumlah lapan puluh orang, keluar, lalu menghunus pedang dan memasang besi pelindung di kepala. Kemudian mereka melantunkan nasyid di luar masjid dengan suara lantang.”Kami adalah orang-orang yang membaiah Muhammad untuk berjihad selama kami hidup”, teriak mereka.
Kemudian, seorang pemuda yang berusia sekitar dua puluh tahun berkata nyaring,”Wahai Rasulullah, pimpinlah kami ke Uhud. Jangan halangi kami masuk syurga! Demi Allah, saya pasti masuk syurga”. Mendengar gelora penuh semangat itu, Rasulullah bangkit. Setiap bulu di tubuh beliau berdiri. Setiap titis darah Baginda bergejolak. Baginda lalu berdiri. Baginda mengumumkan bahwa pintu-pintu syurga telah dibuka dan Allah telah menempatkan diri kepada hamba-hamba-Nya . “Dengan apa kamu masuk syurga?”, tanya Baginda kepada para pemuda itu?
Para pemuda itu menjawab, “Dengan dua hal. Pertama, saya mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan saya tidak lari dari medan pertempuran”. Kemudian air mata Rasulullah S.A.W mengalir. Dengan mengangkat kedua tangan Baginda bersabda, “Kalau kamu jujur kepada Allah, Dia pasti akan membalas kejujuranmu”.
Allah berfirman :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”. (QS : al-Ankanbut : 69)
Rasulullah S.A.W, tak lama, berangkat menuju medan perang. Beberapa saat sebelum perang berkecamuk, Baginda mencabut pedangnya dan bertanya, “Siapa yang mahu memegang pedang ini?”. “Kami semua ingin memegangnya”, jawab para sahabat. Abu Dujanah bertanya, “Apa hak pedang ini, wahai Rasulullah?”, tanyanya. “Haknya adalah menebaskannya kepada kaum kafir hingga ia bengkok”, tegas Rasulullah.
Pernah anda mendengar ada pedang yang bengkok, kerana digunakan membunuh musuh? Ya, ada .. dengan telapak tangan sahabat-sahabat Muhammad Rasulullah S.A.W. Kemudian Abu Dujanah mengambil pedang itu, sambi bersyair.
“Akulah yuang berjanlji kepada kekasihku,
Tatkala kami befrada di gunung diantara rumpun kurma ..
Untuk selamanya tidak berdiri di barisan belakang
Aku membunuh dengan pedang Allah dan Rasul ..”
Tatkala kami befrada di gunung diantara rumpun kurma ..
Untuk selamanya tidak berdiri di barisan belakang
Aku membunuh dengan pedang Allah dan Rasul ..”
Kemudian Abu Dujanah menggunakan pedang untuk berperang dan membunuh orang-orang kafir, hingga pedang itu bengkok. Lalu, dia mengembalikan pedang bengkok kepada Rasulullah S.A.W. Para pahlawan lahir bermunculan.
Pintu-pintu syurga dibuka. Para malaikat ikut meramaikan pertempuran. Pintu-pintu langit dibuka, menurunkan tentera yang dipimpin Jibril as. Dan turun diatas gunung Uhud. Agama ini lenyap dari muka bumi atau kebenaran ini yang menang.
Tentu, kemenangan islam yang akan datang. Tak akan berhasil mereka yang menodai dan menggunakan agama hanya untuk mendapatkan kenikmatan sesaat dengan melakukan kerjasama dengan musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya.
Setiap kali peperiksaan bermula, seringlah kita tuk muhasabah diri, apakah tujuan diri ini belajar? Apa pentingnya peperiksaan ini tuk hidup kita yang mendatang? Apakah sumbangan kita pada agama ini? Adakah ilmu yang kita pelajari hanya semata-mata tuk hidup senang bersama keluarga kelak? Hmm..marilah kita bersama tuk merenung kembali, memperbetulkan niat kita, dan meletakkan harapan serta misi hidup kita hanya untuk Dia. Semoga dengan ilmu yang kita ada semasa di dunia ini digunakan sebaiknya tuk agama kita, Islam yang sangat kita cinta ini. Wallahua'alam.
Rujukan: Dr.Aidh Al-Qarni
No comments:
Post a Comment