Wednesday, August 11, 2010

Apa Bukti Kamu Berpuasa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan kepada kita semua bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Di mana awalnya adalah keberkatan, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya kebebasan dari azab api neraka. Alhamdulilllah Alhamdulillah Alhamdulillah....

Sesetengah orang mungkin merasakan berpuasa adalah satu bebanan bagi dirinya. Tidak hairanlah bila bulan ramadhan tiba, rungutan dan keluhan sering diteriakkan. Bahkan ada juga mereka yang tidak merasakan apa-apa bila ramadhan kunjung tiba. Bagi mereka ia sama dengan bulan-bulan biasa cuma dibezakan dengan amalan berpuasa, terawih, bazaar dan paling dinanti adalah shopping tuk raya sesudah ramadhan itu.

Bukan itu sahaja reaksi serta gelagat yang kita lihat ketika ramadhan tiba, tetapi ada juga yang berpuasa kerna yang lain berpuasa. Mereka terpaksa berpuasa sebab takut serta bimbang diejek dan diaibkan oleh rakan-rakan yang lain. Tapi mengapa perlu malu??? Kenapa tidak malu pula dengan DIA yang telah menurunkan syariat tuk berpuasa?? Mengapa perlu menyorok ketika curi-curi makan?? Bukan DIA ada di mana-mana???

Kita mungkin percaya DIA ada tapi kita kurang yakin DIA melihat kita. Itulah kelemahan iman kita,iman adalah mempercayai dengan hati,mengakui dengan lidah mahupun lisan dan melakukan dengan amal perbuatan. Ya!! kita mungkin ada pada yang pertama dan juga yang kedua itu iaitu hati dan lidah...tapi kita tidak pada yang ketiga iaitu amal perbuatan. Pengertian iman ini diikuti dengan perkataan "dan" bukan "atau" maka jika tidak cukup syarat-syarat iman itu maka berimankah kita??



Bila kita katakan diri kita tidak beriman, tahu pula diri ini tuk marah dan memberontak dan siap nak pukul orang yang mengatakan diri itu tidak beriman. TAHU PULA MARAH....kalau lepas marah itu insaf dan perbaiki serta berubah boleh lah juga diterima, tapi sayang....makin hanyut dan sombong diri ini dengan DIA TUHAN MAHA PENCIPTA.

Maka kita berbalik semula dengan topik kali ini, apa bukti kamu berpuasa? Adakah sekadar berpuasa?? Atau berbuka puasa bersama dengan yang lain itu telah menunjukkan kamu itu berpuasa di siang harinya?? Jom kita semak semula jadual kita di siang hari itu....

SIANG HARI ( berpuasa)

1. Adakah kita bangun solat subuh??
2. Adakah pergaulan kita dengan rakan-rakan bukan muhrim dijaga??
3. Adakah pandangan mata kita dijatuhkan atau lagi diterbeliakkan??
4. Adakah jarak kita dengan yang bukan muhrim dijaga??
5. Adakah mulut ne dijaga dari kata-kata yang tidak baik??
6. Adakah perangai serta akhlak kita dijaga??
7. Adakah waktu solat zuhur dan asar kita dijaga sebaik-baiknya??
8. Adakah perbelanjaan kita ketika di bazaar ramadhan itu bijak dan tidak membazir??
9. Adakah kita menjaga adab ketika ingin berbuka??
10. Adakah ketika berbuka itu penuh dengan hilai ketawa lelaki dan perempuan bukan muhrim duduk semeja??

Di atas adalah sebahagian dari perkara-perkara yang sudah menjadi kebiasaan di kaca mata kita pada hari ini. KEBIASAAN?? hurm...kalau kebiasaan itu benda baik tidak mengapa lah juga ini kebiasaan benda yang tidak elok, takut lama-lama disebabkan kebiasaan itulah menjadi kita semakin buta dan tertutupnya pintu hati kita tuk berada dalam ISLAM.

Maka dengan itu, bolehlah kita bertanya kembali pada diri kita...adakah kita berpuasa?? apa bukti kita berpuasa kalau diri ini masih lagi tidak mampu menahan daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T?? Berpuasa hanya sekadar tahan diri dari lapar dan dahaga sahaja?? So macam mana nak peroleh CINTA ALLAH kalau apa yang DIA MAHU kita tidak ikut??

Sebagai kesimpulan, topik ini bukanlah untuk antum yang membaca sahaja tetapi tuk diri ana ini yang juga masih serba kekurangan. Dengan teguran inilah kita mampu didik diri kita kembali malu kepada SANG PENCIPTA. Dengan tujuan semata-mata mencari kerahmatan, keredhaan dan mengejar CINTANYA.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment