Sunday, April 25, 2010

Career Talk: Architecture Is My Course

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah taala kerna telah memberi peluang kepada ana pada malam ini tuk melapangkan masa ana bersama adik-adik yang bakal menempuh alam universiti. Tanggal 24hb April jam 9.00pm ana telah diberi peluang oleh naqib ana tuk berkongsi cerita mengenai course ana iaitu architecture bersama adik-adik dalam program yang dianjurkan oleh JIM di Taman Melawati.

Perkongsian ini mungkin tidak lama kerna lebih kurang 20min sahaja diberikan oleh ana tuk berkongsi tetapi ana telah mengambil masa sebanyak 40min tuk menerangkan serba sedikit mengenai life as a architecture student. Ana sangat-sangat berharap agar perkongsian ana tidak terlalu membosankan.

Apa yang ana telah kongsikan adalah serba sedikit flow dan cara hidup sebelum, semasa dan selepas dalam dunia architecture ini. Ia banyak menyentuh mengenai persediaan mental dan juga fizikal yang mungkin perlu tuk menempuh alam architecture ini.

Bermula dengan sebelum, apa yang ana dapat ceritakan adalah
mengenai mengapa architecture dipilih? Bagi ana, architecture adalah bidang yang sangat menarik tuk diterokai kerna kita cuba tuk produce something from nothing. It's more on future thinking, how we gonna create an impact to society and providing the needs for human being and also environment. Kenapa architecture? Jawapannya mudah...Allah is the best architect. Konsepnya mudah, Allah menciptakan sesuatu semuanya ada hikmah dan bukan sia-sia, begitu juga seorang architect...we done something for a certain reasons..dan semestinya for a good reason.

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka' " ali-imran: 190-191

Bagi ana, seorang architect mampu tuk mencipta cara hidup masyarakat yang berlandaskan syariat melalui design beliau. Kenapa ana cakap begitu? Kerana architect is a project manager for the construction team. Dan architect juga membangunkan sesuatu tapak tuk dinikmati oleh masyarakat, dan ini yang perlu ditekankan kerna kita tidak mahu menghasilkan sesuatu bangunan atau projek yang mampu membawa keruntuhan social sesuatu masyarakat seperti membangunkan pusat-pusat berbentuk hiburan semata dan boleh membawa kemaksiatan.

Bagi fasa kedua, ana telah membincangkan mengenai fasa semasa menempuh alam architectural study. Secara jujurnya, architecture students memang selalu busy dan sering sibuk dengan assigment diorang. Itu memang tidak dapat dinafikan,tapi jika dilihat secara logiknya, beban serta tanggungjawab seorang architect memang berat dan besar. Dan tidak mustahillah mengapa mereka sering sibuk dengan pembelajaran diorang. Isu tiada masa tuk melakukan kerja-kerja dakwah dan jalan-jalan Allah ini sering timbul tapi bagi ana ia boleh diatasi. Konsepnya ialah optimum time....secara saintifiknya manusia mempunyai had konsentrasinya maka aturkanlah jadual masa kita dengan keadaan yang selesa. Jika dilihat balik, mestilah ada masa tuk diberikan dalam jalan-jalan Allah...tak mungkinlah design 24/7...nanti yang dibawa ke akhirat bukan design sahaja tetapi yang disoal adalah apa yang kita sumbangkan pada jalan-jalan Allah. Bersangka baiklah dengan Allah,InsyaAllah jika permudahkan jalan Allah maka Allah permudahkan urusan dan jalan kita.


Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Surah al-Mujadilah, 58: 11


Dalam fasa kedua juga ana menceritakan apa yang kita boleh gain dalam course ini. Pertama...communication skill...Kedua...the way of thinking..dan Ketiga...tahan kritikan. Jika direnung dan dikaji balik, ketiga-tiga ini dapat membantu kita dalam kerja-kerja dakwah kita. Ia sangat membantu tuk menghadapi certain situation sebagai contoh kita sering dikritikan tentang design kita sampai kita dan terbiasa dengan mendengar kritikan, ia sedikit sebanyak membantu kita tuk mendengar tohmahan dan kutukan orang-orang yang cuba menjatuhkan gerakan dakwah kita...kritikan pedas yang dilemparkan kepada kita yang cuba tuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Untuk fasa ketiga pula, iaitu setelah menjadi architect. Ana tidak pernah lagi menempuh alam ini sebab ana pun belum tamat belajar lagi tapi ana cuba tuk membei sedikit gambaran secara kasar kehidupan ketika alam pekerjaan:

Pertama..Jangan lupa diri dan family,itu penting sebab orang kata kalo jadi architect berjaya selalunya memang kaya raya. Dan di situlah yang agak membimbangkan kerna takut-takut mata kita dikaburi dengan duit semata sehingga tanggungjawab tuk yang berhak diabaikan.

Kedua: Jangan bakhil. Kenapa ana cakap macam itu kerana ia berhubungkait dengan perkara pertama tadi iaitu duit. Kita bimbang kita menyalahgunakan wang pendapatan kita ke arah yang salah sedangkan kesenangan itu diberi oleh Allah tuk yang lebih baik.

"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti 1 butir biji menumbuhkan 7 tangkai pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas dan Mengetahui" al-baqarah: 261

Ketiga: Mesti zuhud...jangan riak dan bongkak sebab kita kena akur bahawa segala nikmat kita semuanya kehendak Allah taala dan memikirkan hikmah yang Allah ingin sampaikan kepada kita melalui kejayaan kita. Dan sentiasalah dahulukan orang lain dari diri sendiri kerna itulah konsep ukhuwah islamiyyah yang dituntut. Jika environment ini dapat kita wujudkan, tidak mustahil Islam dapat membangun semula seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

Secara konklusinya, bukan architecture sahaja course yang boleh mendekatkan diri dengan Allah tetapi semua course pun boleh cuma pendekatannya sahaja berbeza. InsyaAllah dengan keizinanNya..kita mengharapkan semua amal kebajikan kita dalam setiap apa jua pekerjaan dapat dijadikan saham tuk akhirat kelak kerna di situlah tujuan pengakhiran hidup kita di dunia ini. Ana harap kepada rakan-rakan diluar sana yang akan menempuh alam universiti,jagalah iman dan tingkatkanlah amal kerna alam universiti memberi seribu satu kejutan maksiat kepada anda. Bersama kita menempuh dengan iman.

P.S : Bersama kita membangun bersama Islam!!

Wassalam

2 comments:

  1. salam man,
    the best talk ever! masya Allah, subhannallah!alhamdulillah lega akak dgr it went really well..hope adik2 tu dapat amik the gist of the talk and most importantly, moga sume beroleh pahala iA n dpt pengakhiran yg baik..so now, as being said, let's walk the talk k,together, sbb bila dah berckp, we have to try hard to amalkan sbb iman itu adalah apa yg dizahirkan kpd amalan kita seharian, our mujahadah iA..[a reminder for myself 1st..] :)that's our aim iA

    utk gapai redha Ilahi insya ALlah..:)
    truskan sharing dik!doakan akak exam tmrw!

    ~ur sis~

    ReplyDelete
  2. yup alwys doakan tuk dier...thx 4 da comment...kena slalu ingt konsep iman..percaya dengan hati,meyakini dengan lidah dan beramal dengan perbuatan..insyaAllah moga ditingkatkan iman bersama-sama..^_^

    ReplyDelete