Thursday, April 22, 2010

Kapan Bila?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya ana dapat menulis tuk kali ini. Tulisan kali ini mungkin sekadar berbentuk luahan rasa diri ana sendiri. Setiap insan pasti pernah melalui detik-detik sukar dalam kehidupannya,begitu juga ana yang tak terlepas dari semua itu kerna ana juga insan biasa.

Sejak kebelakangan ini ana agak sedih dan muram,mungkin dari luaran nampak girang kerna bimbang melayani perasaan ini boleh membawa kemudaratan pada rakan sekeliling serta pengajian ana juga. Melihat suasana dan kelakuan persekitaran sedikit sebanyak membawa ana juga ke dalam semua itu. Sedih sebab setiap hari ana terlupa dan terleka...kembali tersedar kemudian perkara sama akan berulang.

Hanya Dia tempat mengadu
kerna ana yakin hanya Dia mampu mencurahkan pertolongan yang ada kalanya tak disangka-sangka. Bila mungkin ana akan tahu bahwa sesuatu perkara itu adalah pertolongan dari Dia? KAPAN BILA ana akan perolehi pertolonganNya? perasaan itu sering bermain di fikiran ana. Ana tahu, kita sebagai hambaNya mesti YAKIN dan TAWAKAL semuanya kepada Dia. DIA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik tuk diri kita semua. Jangan terlalu ikut perasaan kerna kita bimbang hati kita bukan dipimpin oleh iman dan takwa tapi hanyalah bisikan SYAITAN semata.

"sesungguhnya syaitan itu tiada kekuasaan atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada ALLAH. kekuasaannya(syaitan)hanyalah atas orang-orang yang mengambil dia jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutunya dengan ALLAH" an-nahl: 99-100

Apa yang ana usahakan, ana harap ia menjelmakan buah yang cantik di pengakhiran nanti walaupun pedih melayani perasaan itu ketika ini. Hanya ANA dan DIA mengerti dan faham perasaan ini kerna tiada siapa mahu peduli. Semoga tulisan ini mampu mendidik dan sebagai tarbiyyah tuk diri ana serta rakan-rakan ana di luar sana.

Wassalam

No comments:

Post a Comment