Saturday, August 13, 2011

Tiang Untuk Ber-Bumbung


Tidak terdiri dan terbinanya sesuatu bumbung yang dapat melindungi kita dari panas dan hujan melainkan koordinasi tiang yang betul serta kukuh. Dalam sesuatu pembangunan dan senibina, koordinasi tiang dan struktur asas sangat penting dalam menjamin sesuatu keselamatan pengguna dan juga penghuni.

Iyela...macam mana nak tinggal dalam rumah yang tak berbumbung, memang tak dapatlah kita nak berteduh bukan??? Nak buat apa juga tiang terdiri tapi tak mahu juga nak "construct" dinding dan juga bumbung. Akhir sekali, tiang tu jadi tak ada "function" dah...

Sebelum nak dirikan tiang, pasti ada "planning" dan juga idea tuk membina sesuatu "design" bukan?? Tak akan la nak terus bina..architect mesti ada idea dia..nak kasi cun macam mana..nak kasi "form" dia macam mana...nak kasi "concept" apa....dan macam-macam lagi...dan matlamat akhirnya adalah tuk keselamatan dan juga perlindungan. Tapi perlindungan yang macam mana yang kita mahu??

Begitu juga lah dalam agama kita, ISLAM...betapa cantiknya Allah mengatur ad-deen ni, bermulanya dengan "concept" IMAN....baru leh membangunkan "tiang" sebanyak 5 semuanya. Ya..."concept" IMAN itu RUKUN IMAN kita..dan "tiang" itu RUKUN ISLAM kita. "Concept" dan "tiang ataupun struktur" ini sangat penting dalam merealisasikan sesuatu senibina dan "design" itu sendiri. Jika "concept" pun tak best dan not strong enough...macam mana lecturer atau client nak SUKA. Serupa lah juga dengan koordinasi dan planning "tiang a.k.a struktur" kita ni....kalau koordinasi dan planning tak betul, confirmlah "design" hancur...runtuh..and last skali....MACAM MANA NAK SELAMAT NYERR...??? Orang pun takut nak berlindung dalam "design" yang tak best dan struktur yang tak selamat.


Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Islam didirikan atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan."  H.R.Al-Bukhari

Ya...begitulah analogi ringkasnya tentang RUKUN-RUKUN yang selama ni kita hafal dan ingat sejak di bangku sekolah. Hafal dan Ingat!!!! Tapi kita TAK FAHAM!! Bila ada tiang, ia tetap tak mampu membangunkan sesuatu perlindungan kepada kita,dari hujan ker....dari panas ker...TAK MAMPU....Ia perlu dilengkapi penuh dengan elemen-elemen lain seperti dinding, bumbung, tingkap, pintu dan juga klasifikasi "space" dan program sesuatu design tu supaya design tu MANTAP,BEST dan SELAMAT.

Rukun Iman dan Rukun Islam adalah ASAS..fundamental..basic knowledge and acts. Dengan asas yang kukuh ini barulah kita design tu mampu berfungsi dengan sebaiknya. Sekadar tahu rukun-rukun ini tak bermakna kita sudah ISLAM dan BERIMAN. Ia hanya pendokong tu sesuatu kekuatan amal ibadah yang lain seperti muamalat, dakwah, munakahat, syariah dan lain-lain. Islam bukan sekadar rukun.....dah buat kelima-lima rukun islam juga tak semestinya syurga di genggaman kita, kerna Islam itu menyeluruh. Islam adalah sistem hidup, dan rukun-rukun ini adalah ENGINE tuk menggerakkan sebuah jentera. Ada engine yang bagus pun masih tak mampu menggerakkan jentera dengan selamat tanpa body kit, seats,tayar, lampu dan lain-lain bukan???? Ya....Itulah yang HARUS kita FAHAMI sebagai hamba,khalifah dan juga umat Islam.


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."  Al-Baqarah: 208

Bila kita fahami tiang dan concept ini sebaiknya, barulah kita dapat membina sebuah design yang boleh kita bumbungi dan berlindung dengan selamat. Allah menjadikan agama ini tuk keselamatan kita di dunia ini. Kerna Dia tahu dunia memang indah hingga melenakan kita semua, tapi yakinilah kita,jika dunia di anggap indah.....syurga itu JAUH lebih INDAH nikmatnya. Dengan Rukun Islam dan Rukun Iman inilah kita nak bangunkan sistem design ad-deen yang Allah ciptakan ini, agar Islam itu capai matlamat akhirnya dan sesuai dengan maksudnya iaitu SELAMAT.Supaya Islam itu menaungi kita di dunia ini bermula dari dalam diri kita hinggalah ke sebuah ketamadunan.

"...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu..."  Al-Maidah: 3

Sesuai dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah dan rahmat, ditawarkan pula keampunan, dan pembebasan dari api neraka ini, moga kita bepesta ibadah dan faham benar erti sebuah amal puasa itu sebaiknya.

Assalamualaikum ^_^

No comments:

Post a Comment