Tuesday, June 28, 2011

Kamu Penolong Agama-NYA

Semakin hari semakin rancak dunia dihidangi dengan santapan-santapan kemungkaran dan kemaksiatan. Berita, akhbar, internet dan segala medium media massa kini menceritakan buruknya tingkah laku manusia di atas muka bumi Allah ini. Malaikat pernah berkata pada Allah yang manusia ini hanya akan merosakkan muka bumi ini tetapi Allah telah memberi hikmah dan ilmu kepada Adam a.s tuk membuktikan pada malaikat bahawa manusia mampu menjadi khalifah dan pemimpin. Tapi kini, keadaan nampak sebaliknya, di mana khalifah? Apa yang dimaksudkan dengan khalifah itu? Apa portfolio kerja sebagai seorang khalifah?

Jawapannya mudah...sangat ringkas..nak tahu khalifah itu apa? Rasulullah S.A.W....itulah khalifah. Apa kerja baginda? Apa baginda buat? itu yang kita kena buat....sebab Rasulullah adalah role model, dan dari kalangan manusia juga. So itulah tarbiyyah yang Allah tunjukkan pada kita.

Kita ini pewaris Rasulullah S.A.W. Apa yang baginda wariskan kalau kita ni pewaris? harta? TIDAKKK......
Rasulullah mewariskan ilmunya..Al-quran yang dijadikan hujah tuk mematahkan segala dalih dan dusta dari meraka yang ingkar, sunnah baginda sebagai panduan ikutan agar kita yang sudah 1400 tahun dari kewafatan baginda ini tidak lari dari amal ibadah kita. Rasulullah sudah tunjukkan pada kita tuk laksanakan tanggungjawab kita di dunia ini. Kita akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa adakah kalimah Allah itu telah disampaikan pada umat manusia..itu tugas kita, menyambung risalah Nabi S.A.W.

"Dan demikian pula Kami menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu."   Al-Baqarah: 143

Tapi hakikatnya dunia kini, sekeliling kita semua dah tiru gaya barat yang mereka sangka cool dan hebat. Memang la cool dan hebat sebab dari kecik tidak dididik dengan asas-asas Islam yang kukuh. Bukan asas-asas sahaja tapi hati itu sudah dikaburi dan dihitamkan dengan acuan golongan kafir. Yang batil di kata benar, yang benar ditolak ketepi. Mereka anggap itu tanda kemodenan...serupa la dengan Mustafa Kamal Atarturk. Beliau yang digelar bapa permodenan turki..YA...memang nampak gah...sebab kafir dah membentuk satu mind-set dalam setiap umat Islam..Islam itu kolot. Habis..siapa harus dipersalahkan? ibu bapa kita yang tidak dididik kita dengan suasana Islam? guru di sekolah yang hanya mengajar ikut sistem sekular? Atau mahu menyalahkan TUHAN kerana tidak kurniakan hidayah?????

"Dia memberikan hikmah (memahami syariat agama) kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberikan hikmah, sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat."   Al-Baqarah: 269
So, kalau sekarang tak faham tentang agama, tentang hakikat dan tujuan hidupnya di atas muka bumi ini atau tentang tanggungjawabnya...FAHAMKAN lah...sebab Islam itu bukan sebab ayah kita Islam tapi Islam itu kena "earn". Serupalah macam doktor, jadi dapat title doktor, kena la belajar..so Islam pun..nak dapat title MUSLIM dan MUKMIN..belajar lah..JANGAN BODOH SOMBONG dan jadi golongan orang yang akal tidak sihat.

" Dan sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentu Dia jadikan mereka dapat mendengar."   Al-Anfal: 23

Agak-agaknya kita ni dalam golongan yang Allah mengetahui ada kebaikan tuk kita sumbangkan dalam agama ini ke tak yer?? Tanyalah iman...Lihatlah balik apa yang telah kita kerjakan, selain 5rukun Islam, apa lagi yang dikerjakan?? Dah tolong agama Allah?? Jangan kita jadi hamba yang lupa pada Tuhan, penuhi masa dengan kemungkaran hingga hati tertutup dan buta tuk menilai kebaikan.

" dan Kami jadikan hati mereka tertutup dan telinga mereka tersumbat, agar mereka tidak dapat memahaminya."   Al-Isra': 46

Sedarlah, selahir-lahir kita di dunia, tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba itu automatik digalas oleh kita...Kalau dikatakan automatik, so kalau tak buat, kira ingkar la kan? Selepas tu nak mintak huni syurga Allah...TAK MALU ker???? Umat Islam fikir dengan tunai 5 rukun Islam dah boleh jamin syurga???? Haaaa itulah silapnya pendidikan sekular kita kat sekolah tu....diajar setakat itu sahaja tapi tanggungjawab dan seruan tuk berdakwah sebagai khalifah tidak dikobarkan...KENAPA YER?? Hahah mestilah sebab orang-orang yang mencipta sistem ini, mereka takut digulingkan dengan sistem yang mereka rencanakan tuk kita dari kecil ni. Mereka CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI sebab harta keliling pinggang, kalau berjihad dan berdakwah, sengsara dan ancaman itu menggusarkan hati mereka. TAK PERCAYA?? Tengoklah Nabi S.A.W...itu Nabi tu..Nabi pun kena ancaman bunuh apatah lagi kita umat Islam biasa.
Tapi kenapa masih ada lagi yang sanggup berdakwah dan berjihad atas jalan Allah ini??? Kerana IMAN dan TAQWA mereka tebal dan pandangan mata mereka jauh dan jelas akan janji-janji Allah itu. Kita sedih melihat umat Islam kini...hanya menjadi boneka pada barat..apa barat beri..kita ikut jer..apa barat sajikan di TV kita tonton dan obses..sampai bercita-cita plak tu nak jadi macam dalam TV tu..aduhai..bagaimana harus dijelaskan lagi..skema jawapan sudah ada di tangan kita..cuma kita takut tuk menyelaknya sebab...sebab...sebab...kalau kita tahu kebenaran itu, nafsu tu tetap nak yang barat tu..harap jelas yer apa yang dimaksudkan "barat" tu...Bukan tak boleh berhibur, tapi Allah itu lebih tahu apa yang hambaNYA perlu tuk menghuni syurgaNYA.

Pesanan buat diri yang sentiasa terlupa, peringatan itu perlu diteriakkan di telinga pada setiap masa, agar bisikan syaitan dan pujukan nafsu itu tak ada chance nak menyelit menggoda. Kita sebaik-baik umat dan kita lah penolong AGAMANYA, jangan ingat kalau dah ada ustaz,ustazah, alim ulama dan pendakwah di luar sana, kita terlepas dari tanggungjawab berdakwah dan khalifah itu.

No comments:

Post a Comment