Sunday, May 29, 2011

Tasbih Kita

"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana"   As-Saff: 1

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNYA, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun dan Maha Pengampun"   Al-Israa': 44

Seketika duduk dan merenung akan kebesaran Allah S.W.T, memang banyak yang akan kita pelajari tanpa disangka-sangka. Memang benarlah apa yang sering Allah katakan dalam Al-Quran, bahawa orang beriman itu orang yang berakal.

Dua ayat di atas sangat memberi kesan yang sangat mendalam dan boleh di ambil pengajaran atau di panggil sebagai "ibrah". Secara tak langsung, Allah telah memberi tahu kepada kita bahawa seluruh alam ini patuh, taat dan memuji kepadaNYA dalam erti kata lain bertasbih kepadaNYA. Mereka mengikut segala apa yang Allah perintahkan atau bahasa lain iaitu sunnatullah dan tanpa ingkar. Seluruh alam......apa sahaja..kecuali kita..iaitu manusia..yang sering kali ingkar, sombong serta bongkak..dalam bahasa remaja zaman sekarang, "bajet hero".."bajet power"...dan itulah sifat manusia.

Seluruh alam ini adalah ISLAM. Mereka dijadikan oleh Allah dan kemudian terus patuh tanpa persoalan. Mereka tidak seperti iblis laknatullah, yang mempersoalkan kejadian Adam a.s. dan bersumpah tuk menyesatkan manusia iaitu kita. Bahkan alam ini bersama kita yang membenci jahiliyyah dan kemungkaran. Ia menjadi tugas kita sebagai orang yang beriman sebagai perwakilan tuk mentadbir dunia bersama alam..Itu tujuan kita dan itu yang Allah suruh. 

Realitinya, zaman kini, umat Islam tidak tahu akan tujuan hidup mereka. Sekadar ingin mengejar cita-cita yang berhenti di dunia sahaja, mengejar harta..mengejar kebahagian rumahtangga..Ini semua tak salah pun dalam Islam, cuma wajib umat Islam itu tahu semua yang dikejar itu hanya tuk meraih keredhaan DIA atau dalam arab mardhotillah.

Kita dah lama lupa...lupa pada DIA, kurang tasbih..kurang zikir pada DIA dan kurang fikir kerana apa. Kita disajikan dengan bermacam-macam bentuk jahiliyyah..dan disihir dengan sihir golongan yang dipanggil illuminati. Mereka sajikan kita cara hidup dari falsafah mereka, pemikiran mereka..sedangkan Islam itu agama wahyu yang disusun dan diatur cara hidupnya terus menerus dari tuhan iaitu Allah S.W.T bukan pemikiran Rasulullah S.A.W iaitu seorang manusia.

Hakikatnya, kita umat manusia yang beriman kepada Allah S.W.T harus mengerti bahawa kita tidak keseorangan di dunia ini..kita ada "back-up baek punye.."Umat Islam kini mungkin nampak kerdil jika dibandingkan dengan golongan jahiliyyah yang tidak semestinya kafir bahkan di kalangan orang Islam sendiri yang mana Islam kerana keturunan tetapi haruslah ingat bahawa alam bersama kita, Allah bersama kita, kita generasi Al-Quran...kita pewaris Rasulullah S.A.W...cuma kita hilang keyakinan tentang hakikat diri kita sendiri yang telah dipudarkan oleh mereka yang kafir itu.

Persoalannya....bila lagi nak menang?? bila lagi kita umat Islam nak takluk dunia?? kalau kita yakin Allah bersama kita..kenapa tidak yakin yang kita mampu tundukkan kafir-kafir di sana??Masanya adalah sekarang tiada "specific" tahun atau masa..jawapannya hanya SEKARANG.

Fikir.....










































No comments:

Post a Comment