Saturday, April 24, 2010

Tidur itu Adalah Ibadah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semester ana hampir berakhir, kini hanya menunggu masa tuk berperang dengan paper exam. Hurm..final project pun belum siap lagi..masih banyak perlu diperbaiki dan perbaharui menjelang final crit nnt. Semoga Allah permudahkan segala urusan ana dan juga kalian di luar sana. Syukur juga kepada Allah S.W.T kerna memberi kesempatan kepada ana tuk mengirim karya pada kali ini walaupun dalam kesibukan menjelang minggu peperiksaan ini.

Tajuk kali ini bagi ana agak best tuk berkongsi kerna sebagai seorang student architecture pasti mengalami masalah tidur yang tidak mencukupi. Bahkan kadang-kadang terlebih cukup tetapi tidur itu telah terbalik pada waktu normalnya. Sebagai architecture student, kadang-kadang lambakan kerja telah mengambil alih waktu tidur normal seorang manusia, sehingga tak tidur malam. Ada sesetengah orang kata, it's normal for architecture students.

Tetapi apa yang ana ingin kongsi pada kali ini bukanlah tips-tips tuk mencari waktu tidur yang sesuai tetapi ingin bercerita bagaimana tidur kita itu boleh meraih keredhaan dan pahala dari Allah S.W.T. Ibadah bukanlah terletak pada amal-amal lazim
yang kita laksanakan seperti solat,puasa dan zakat tetapi ia mencakupi pelbagai bentuk selagi niat sesuatu pekerjaan itu dilandaskan pada Allah.

Secara kesihatannya, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan bahawa 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur sahaja. Jika umur kita 40 tahun, maka 10 tahun telah kita habiskan untuk tidur sahaja. Oleh itu,amat rugilah andai kita tidur itu sia-sia tanpa meraih sebarang saham tuk bekalan akhirat kita melainkan hanya melepaskan penat dan rehat semata-mata. Dengan niat yang ikhlas, kita mampu meningkatkan darjat tidur kita melalui:

NIAT: Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga tuk beribadah kepada Allah

SUBJEK: Tidur adalah harus. Allah berfirman yang bermaksud, "dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)".Al-naba': 10

PELAKSANAAN: Pelaksanaannya mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta atau mendengar khutbah.

OPTIMUM: Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W juga perlu dipatuhi.

TIDAK MENINGGALKAN IBADAH YANG ASAS: Jangan tidur hingga tertinggal waktu solat. Jika tidak sengaja dan terlajak, make sure qadha' balik.

NATIJAH: Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebaliknya, melakukan kemaksiatan.

Kesudahannya, adat kebiasaan bernilai ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka terjemahkan dalam setiap perbuatan seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian, memasak dan sebagainya.

Dan akhir kata, semoga kita sama-sama dapat manfaant dari info yang menarik ini,ana pun banyak kekurangannya,sama-samalah kita menegur jika ada salah dan silap kita. Selamat beramal soleh semua!!

"bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya". Yunus: 26

Wassalam


rujukan dari Majalah Solusi isu no.11

2 comments:

  1. salam...bleh x klo tulisan n background ye wat kan colour yg contrast..coz susah nak baca klo colour ye akan2 same...

    ReplyDelete
  2. boleh..terima kasih atas teguran..^_^

    ReplyDelete