syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapat juga ana menulis lagi di ruangan ini. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar serta idola sepanjang zaman kita yakni Rasulullah S.A.W, berkat dakwah baginda lah yang telah membawa nikmat iman dan islam ke dalam diri kita. Alangkah jijik nya diri kita jika kita tidak memahami islam. Dan adakah mungkin kita diketemukan hidayahNya jika lahirnya kita bukan dalam agamaNya? Alhamdulillah dan kerna itulah kita hendaklah kerap kali memanjatkan serta merafa'kan kesyukuran ke atasNya.
Walaupun kita dilahirkan dalam agamaNya, tapi adakah kita menunaikan amanat serta perjanjian kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Nya ini? Ahh..bila difikir dan direnungkan..masih banyak lagi yang kita ketinggalan. Apa tak nya..dalam seharian pasti ada maksiat yang aku lakukan. Pahala dan dosa silih berganti dalam perlakuan seharian kita. Adakah kita sedar?atau buat-buat tak sedar?atau pun tak terasa pun yang kita buat adalah satu kemungkaran serta kemaksiatan? Astargfirullahalazim....jika di listkan jadual perbuatan seharian pasti kita dapat semak kembali dosa-dosa kita. Bertaubatlah wahai diri serta hati selagi Dia memberi peluang kepada kita. Kita bimbang tak sempat ataupun tak terlintas tuk bertaubat kepadanNya. TAK MALUKAH KITA?
Bila ditanyakan apa agamamu? jawab dengan yakin " islam agamaku"
...bila ditanya siapa tuhan kamu? yakin dan bangga "Allah tuhanku"....siapa ikutanmu? "Muhammad ikutanku".........hurmm..lidah memang boleh berkata-kata..ia bagaikan sati skrip lakonan..hanya baca. Tapi lakonan pun kena ada penghayatan tuk mendapat satu lakonan yang mantap. Begitu juga dengan diri ini,perlukan penghayatan dalam iman agar setiap perintah dan larangan itu kita tahu hikmahNya. Dan ingatlah..kesempurnaan iman juga perlukan ilmu agar kita tidak menjadi "pak turut" sahaja dalam agama ini. Seperti juga dengan Rasulullah,diseru tuk "bacalah" yang selari dengan penganjuran dalam perncarian ilmu pengetahuan.
...bila ditanya siapa tuhan kamu? yakin dan bangga "Allah tuhanku"....siapa ikutanmu? "Muhammad ikutanku".........hurmm..lidah memang boleh berkata-kata..ia bagaikan sati skrip lakonan..hanya baca. Tapi lakonan pun kena ada penghayatan tuk mendapat satu lakonan yang mantap. Begitu juga dengan diri ini,perlukan penghayatan dalam iman agar setiap perintah dan larangan itu kita tahu hikmahNya. Dan ingatlah..kesempurnaan iman juga perlukan ilmu agar kita tidak menjadi "pak turut" sahaja dalam agama ini. Seperti juga dengan Rasulullah,diseru tuk "bacalah" yang selari dengan penganjuran dalam perncarian ilmu pengetahuan.
Berbalik pada topik ana tuk kali ini, teringin rasanya tuk berkongsi dan membuka minda kita sama-sama mengenai MALU. Ya kalau kita lihat pada hari ini,umat islam sendiri sudah hilang rasa malunya,pada siapa? Allah,Rasul,Malaikat di kiri dan kanan kita,sesama muslim di sekitar kita serta ibu bapa kita. Kita PERCAYA tentang konsep rukun iman tapi adakah kita benar-benar YAKIN? sama-sama kita muhasabah balik dengan hati kita. Di mana kita? Siapakah kita? Tugas kita? Hak kita? HAK DIA? dan yang utama adalah HAK DIA yang kita perlu dahulukan.
"tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala perbuatannya)?" al-alaq: 14
"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati" al-mukminun: 19
Kadang-kala kita tidak sedar adakah perkara yang kita lakukan itu salah? dan sesetengah itu tahu tapi menganggap ia hanya dosa kecil. Sedarlah wahai diri,orang yang beriman dan bertakwa dengan sebenar-benar takwa akan pandang dosa kecil itu satu kesalahan yang berat. Pada mulanya memang ia dosa yang kecil dan kerana sikap kita yang tidak endah itulah yang akan membuat kita sering dan mengulang dosa kecil itu seterusnya dosa itu menjadi satu dosa yang besar. Kita bimbang dengan sikap memandang rendah terhadap dosa kecil ini akan wat kita makin jauh daripadaNya,bimbang Dia murka kepada kita. Jika manusia membenci kita,kita masih lagi boleh mencari manusia lain tuk menyukai kita, tapi jika Allah MURKA kepada kita,dimana tempat pengharapan dan pergantungan kita? Sedangkan kita menggunakan nikmat dan rezekiNya hari-hari.TIDAK MALUKAH KITA? Ya memang kita menikmati udara dan makanan sama seperti orang bukan islam,tapi adakah Allah merahmati nikmat mereka itu? INGATLAH dengan rahmatNya itulah kita akan menghuni syurgaNya kelak.
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka,termasuk juga aku,tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka."
InsyaAllah moga-moga kita mendapat rahmat serta pengampunan dariNya atas segala dosa-dosa dan keterlanjuran perbuatan kita selama ini,dan semoga hari ini baik dari semalan dan esok adalah LEBIH baik dari hari ini. Ana menulis tuk mengingati diri ana dan sekaligus moga-moga dapat mengingati antum yang sudi membaca coretan tak seberapa ini.
"Dan,apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah),bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu." al-baqarah: 186
P.S- kita mampu tuk berubah....^_^ ameen
No comments:
Post a Comment