Tuesday, December 22, 2009

Meniti Jambatan Usang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat lagi aku menulis pada hari ini,segar rasanya badan serta anggota-anggota tubuh ku yang dikurnia oleh Allah ini selepas menunaikan solat maghrib..wudhuk,takbir,ruku' serta sujud kepada pencipta kita. Bertuah rasanya diri dilahirkan dalam agama ini,jika bukan agama ini yang aku anuti adakah aku terima hidayah daripadaNya? MasyaAllah sungguh bertuahnya diri ini.


Hari ini aku membuka lembaran baru sempena hari baru..haha..setiap hari adalah baru,itu yang perlu kita tanam dalam diri supaya azam serta tujuan hidup sentiasa "fresh" dalam diri.Ya..memang susah..tapi janganlan kita berputus asa,itu yang Allah ingin menilai pada diri kita kelak. Usaha untuk berubah kepada yang lebih baik,memang fitrah manusia sering melakukan kesilapan tetapi yang silapnya kita adalah terus melakukan kesilapan. Kita ada asas,cuma perlu kukuhkan sahaja..untuk mengukuhkan itulah cabaran kita..dan dengan cabaran serta dugaan yang Allah berikan itulah yang membezakan darjat kita di akhirat kelak. Tidak mahukah kita menikmati kesenangan yang diluar jangkauan kita?Ya..itulah syurga Allah..
kehidupan yang abadi adalah akhirat..dan secara tidak langsung mesti kita mahu kesenangan yang abadi..dan dengan itulah kita menempuh pelbagai kepayahan serta keperitan yang ditanggung di dunia ini iaitu mengawal segala hawa nafsu yang membawa kepada kemungkaran.

Saban hari kita melihat semakin banyak keburukan dan kemaksiatan di depan mata berbanding kebaikan melainkan mata kita telah buta,buta kerana gelapnya hati dari mengingati Tuhan..Allah azzawajalla. Apa yang mampu kita lakukan? Apa peranan kita yang masih sedar akan "environment" ini? Ingin menambah derita dunia atau memulihkan akidah bersama? Ya..bagi yang merindukan "environment" islamiyah pasti hatinya berkobar-kobar untuk membantu dan berjuang menegakkan Islam dilandasan sebenar.

Kita mampu wahai ummah..aku mampu..engkau mampu..kawan-kawan kita mampu..semuanya terletak pada hati kita. Dalam shahih Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabi SAW bersabda:

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." (Muttafaqun `Alaihi, dari Nu`man bin Basyir).

Benar..ia bermula dari hati kita,jika ingin mengubah "environment" ini kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dengan disertai doa dan tawakal semata-mata kerana Allah S.W.T.  Jangan mengharap orang lain untuk mengubah keadaan ini, kita perlu tanam dalam diri,kitalah yang mengubahnya..jika kita semua pikir seperti ini..usaha dakwah kita akan bertambah mudah kerana masing-masing mencari keredhaan Allah dengan usaha untuk memartabatkan agama ini. Apa yang kita mampu lakukan? Nasihat..tolong-menolong..amar ma'ruf nahi mungkar..ini juga salah satu jihad serpti yang disebut Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya yang terbaru untuk tahun 2009 ini iaitu Fiqh Jihad. Kita perlu ambil kesempatan teknologi yang ada pada zaman sekarang untuk menyebarkan Islam bukan merosakkan lagi Islam..sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman:

"bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong membuat dosa dan aniaya.." al-maidah: 2

Selain itu juga Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda:

"barangsiapa berjalan hendak menolong saudaranya dan memberikan jasa padanya,maka untuknya pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah"


Dan Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda dalam sebuah hadith yang lain iaitu:

"sesungguhnya Allah menjadikan makhluk untuk memenuhi keperluan manusia,tidak mementingkan peribadinya,agar Allah tidak menyeksa mereka di Neraka. Ketika pada hari Kiamat,diletakkan untuk mereka mimbar dari nur. Mereka sedang berbincang-bincang kepada Allah tentang orang-orang masih dalam hisab."

Adakah kita masih mahu meniti jambatan yang semakin usang ini..sedangkan kita sudah tahu jambatan ini tidak selamat lagi untuk dilalui. Tidak mahukah kita perbaharui jambatan ini untuk menuju destinasi di seberang jambatan? Sedangkan kita sudah tahu destinasi itu pasti dan yang terbaik untuk kita...jika kita tidak "modified" jambatan ini..sah-sah kita hanyut di dalam sungai yang hanya membawa kematian iman..insyaAllah mari kita sama-sama perbaiki diri dan ukhuwah kita..ameen

Rasulullah S.A.W bersabda:

"untunglah orang yang dari tangannya mengalir kebaikan dan celakalah orang yang dari tangannya mengalir keburukan"



No comments:

Post a Comment