Friday, February 25, 2011

Revolusi Kita

Mungkin sesetengah umat Islam kini memandang sebuah revolusi itu suatu kekejaman dan kerosakan yang nyata. Atas dasar apa mereka memandang itu suatu bentuk kekejaman? Sesetengah berpendapat ia hanya merugikan dan merosak ekonomi sesebuah negara itu dan mungkin juga mengancam keselamatan rakyat yang tidak berdosa. Dan majoritinya menganggap penggulingan pemerintah yang kejam atau diktator itu perlu dilakukan dengan cara yang lebih berhemat. Tapi sejauh mana maksud hemat itu jika pemerintahan berbentuk kuku besi dan diktator? Suara rakyat tidak didengari dan tidak ada kuasa lain melainkan suatu revolusi. Islam telah ditindas terang-terangan, Islam sudah tidak penting dan bukan aula' dalam sistem pemerintahan akibat pemilihan pemimpin yang bukan berpaksikan fikrah Islamiyyah.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti beruasaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.   Aali-Imran: 118


Revolusi itu suatu sunnatullah dan bukannya asing bagi kita jika sirah nabi ditelusuri dengan betul. Sejak zaman Rasulullah lagi, revolusi itu sudah berlaku. Bagaimana Makkah itu berjaya ditawan dan bagaimana Palestin itu diambil alih oleh tentera Salahuddin Al-Ayubbi, itu semua merupakan suatu revolusi. Bilamana Islam tidak diterima, menjadi tanggungjawab umat itu tuk mengembalikan Islam di puncak mengatasi segalanya. Mengapa umat Islam perlu mempertikaikan revolusi itu? Sedangkan jemaah Ulama' sendiri melabelkan revolusi itu suatu jihad dalam meletakkan Islam sebagai sistem pemerintahan. Kebanyakkan di antara kita memandang itu suatu bentuk kekejaman hanyalah berlandaskan impak yang berlaku secara zahir seperti kematian, keruntuhan, kebakaran dan lain-lain. Menjadi suatu persoalan tuk diri kita bersama, revolusi mana yang tak menumpahkan darah? Peperangan mana yang tidak merosakkan harta benda awam? Jika itu yang perlu dipersoalkan, adakah kita mahu menidakkan peristiwa-peristiwa siri peperangan Rasulullah dan khalifah-khalifah kita yang dulu?

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.   Aali-Imran: 149

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.   At-Taubah: 14

Terlalu banyak suara yang sumbang dalam menidakkan kebenaran sesuatu revolusi ini kerana hilangnya kepentingan sendiri. Dan ada juga kerana faktor ketakutan yang mungkin terkena pada muka sendiri. Islam tidak sewenang-wenangnya menyeru umatnya tuk berevolusi atau menggulingkan sesuatu pemerintahan itu. Terdapat banyak syarat dalam menentukan bilamana dan masa tuk revolusi dan berperang. Ini yang menjadi  masalah utama bagi umat Islam kini, kerana kurangnya ilmu dan pemahaman kita dalam Islam itu sendiri sehingga menjadi kita umat yang menolak agama sendiri.

Kini revolusi itu bermula di Asia Tengah, di negara-negara Islam yang pernah kuat suatu masa dahulu. Tidak sedarkah kita bahawa kita di akhir zaman? Jika sedar, revolusi itu tidak perlu ditakuti kerna ia suatu proses dan pembinaan momentum dan umat yang kukuh dalam menangani fitnah Dajjal di akhir zaman ini. Bukankah Allah telah menjanjikan kemenangan buat kita? Kemenangan itu bukannya terjadi kerana tiba-tiba, tapi asbab bermula dari kita juga. Kita pemakmur dunia dan kita berkhidmat tuk DIA. Kematian bukan suatu ketakutan, tapi kerendahan tingkatan iman sebelum kematian itu perlu ditakutkan. Kita bukan seperti agama yang lain, Islam, hidup atau mati tetap merupakan kemenangan bagi kita jika landasan hidup kita kena pada caranya. 

Tidak mustahil revolusi itu menular ke negara kita, bilamana kesedaran kita tentang Islam itu tiba, pasti haq dan batil itu bukan sukar tuk dibezakan. Sudah tiba masanya tuk kita berevolusi, berevolusi dalam konteks diri sendiri, sudah terlalu lama diri kita didoktrinkan dan disibgahkan dengan cara barat. Sistem pemerintahan, pembelajaran, muamalat dan lain-lain lagi semuanya berpandukan pada sistem penjajah kita sendiri. Maka di mana maksud merdeka itu? Ketawa selambak pihak penjajah itu sebab mereka tak perlu berada di negara  kita pun tuk melaksanakan ideologi mereka itu sebab kita dah mengikuti mereka. Kita bukan negara Islam, kita hanya negara yang dihuni oleh umat Islam. Belum pernah kita merasakan lagi pemerintahan Islam itu sudah mahu menolaknya? Buang sekular itu, kita berubah pada Islam yang asal, bukan Islam pada nama, upacara dan spiritual tapi Islam pada segalanya.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh dan terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.   At-Taubah: 111

No comments:

Post a Comment