Tuesday, February 9, 2010

Kita Berakal dan Waras? BUKTIKAN!!

Assalamualaikum, sudah lama agaknya ana tidak meng-update blog ini. Maklumlah semester sudah bermula awal tahun dahulu. Terlalu focus pada pelajaran hingga lupa pada tanggungjawab yang lain. Apa tanggungjawab yang lain tu? KHALIFAH dan HAMBA ALLAH! Khalifah,tanggungjawabnya mentadbir bumi Allah ini dengan sebaiknya,dalam ruang lingkup ana,ana hanya mampu tuk berpesan dan berkongsi apa yang ilmu yang ana boleh kongsikan. InsyaAllah moga-moga kita dapat nikmati nikmat iman itu. Khalifah juga tugasnya memperjuangkan daulah islamiyyah di dunia ini. Mengapa yerk? Sebab kita suma dalah manusia,tak terlepas dari kesilapan dan kelalaian.

“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati unuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
Surah al-‘Asr: 1-3

Kita ini hamba. Hamba kepada Allah. Secara logiknya,
apa yang hamba akan buat pada pemerintahnya? Sudah semestinya taat dan patuh. Apa akan jadi jika tidak taat dan patuh? Sudah semestinya kena hokum. Soalan ini mudah,mudah tuk dijawab dengan lidah tapi sukar tuk hati. Mengapa? Kerana hati melibatkan kepercayaan dan keyakinan tapi bukan lidah yang hanya ikut apa yang dia mampu tuk berkata-kata. Soal kepercayaan dan keyakinan ini perlu hadir bersama-sama. Kepercayaan tidak akan kukuh tanpa keyakinan dan keyakinan tidak akan dating tanpa kepercayaan. Dan sebagai hamba Allah dan seorang muslim yang beriman, kita perlu mendidik hati kita dengan kedua-duanya agar segala amal ibadah kita ikhlas lillahi taala.

Dalam konteks dunia yang semakin mencabar ini, bukan hati sahaja perlu dididik tapi akal kita perlu diasah. Berfikir atau tafakur amatlah dituntut kerana ia merupakan amalan yang mampu tuk meningkatkan iman kita padaNya. Ya ker? betul kerana memikirkan analogi sesuatu kejadian adalah dituntut seperti mana Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun”

Hadith ini bukanlah menyuruh kita berfikir sahaja tanpa perlu beribadah,tapi menerangkan kepada kita satu perbandingan dan tuntutan tafakur itu. Masyarakat kini selalu tersalah anggap dengan beberapa fadhilat atau hadtih-hadith yang menerangkan ganjaran atau ketinggian darjat sesuatu amal ibadah. Mereka sering menganggap jika melakukan sekian-sekian ibadah yang mempunyai ganjaran lebih tinggi dari sekian-sekian ibadah maka mereka tinggalkan ibadah yang rendah ganjarannya itu. Kita tidak tahu adakah amal ibadah kita diterima atau tidak,dan kita tidak tahu amal ibadah kita lebih banyak dari dosa-dosa kita atau tidak maka masakan kita boleh duduk senang–lenang dan bersuka-suka di dunia ini? Seperti yang dikarang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya bertajuk “Tundukkan Hati”, kejar dunia untuk akhirat,sebab dunia adalah ladang untuk kita kerjakan sebagai bekalan hidup di akhirat.

“Barangsiapa mengkehendaki tanaman (pahala) akhirat,Kami tambahi pahalanya itu dan siapa mengkehendaki tanaman (pahala) dunia,Kami berikan kepadanya dan tiada akan bahagianya di akhirat”
Surah as-syuura:20

Kita adalah sebaik-baik kejadian dengan keistimewaan akal yang diberikan,maka janglah kita persiakan dengan mencemari fikiran kita dengan benda yang tidak elok. Kita mampu tuk bertafakur sebelum melakukan sesuatu dengan cara mengestrakkan buruk baik sesuatu kejadian. InsyaAllah, dengan cara itu Allah akan tunjukkan jalan tuk kita dan membuahkan rasional sesuatu tindakan. Pesan orang-orang tua berfikir dulu sebelum bertindak itu memang ada betulnya, yang silapnya adalah kita yang terus menerjah tanpa akal. Apa kata selepas solat kita praktikkan dengan muhasabah diri? Boleh,tak lama pun munking dalam seminit jer. Muhasabah diri memikirkan apa yang kita telah lakukan sebelum kita solat,dosa-dosa yang kita lakukan disertakan memikirkan azab seksaan Allah dan membayangkan ganjaran yang diperoleh jika kita patuh padanya. Tak lama….sekejap jer. InsyaAllah, jika diamal selalu benda ini bukanlah suatu bebanan lagi.

“sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia;Mahasuci Engkau,lindungilah kami dari azab api neraka”
Surah Ali-Imran: 190-191

marilah sama-sama kita refleks balik diri kita,berfikir sejenak tentang penciptaan diri kita,peranan kita,siapa kita,di mana kita dan apa yang telak kita sumbangkan untuk agama kita ini. Bukan agama sahaja malah umat kita,bangsa kita,ibu bapa kita,sahabat-sahabat seagama dan diri kita sendiri untuk bekalan akhirat kelak. Tak susah untuk bertafakur..WE CAN DO IT. Manuskrip ini bukanlah sekadar tazkirah dan peringatan tapi juga satu tamparan untuk diri ana dan antum semua ketika kita lena tertidur di bumiNya ini,cubitan untuk ana dan antum ketika kita terleka dengan buaian duniaNya ini,masih belum terlambat. Waallahualam,insyaAllah moga-moga Dia terima amal ibadah kita,ameen..

Wassalam

No comments:

Post a Comment