Saturday, October 30, 2010

Hidupmu Tuk Memburu Syurga

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan tuk ana menulis di ruangan ini. Agak lama sudah tidak kemaskini blog ini. Sangat sibuk rasanya dengan pelbagai kerja-kerja di universiti dan juga mempersiapkan diri tuk exam yang bakal tiba. Dalam kesibukan dunia yang Allah S.W.T beri ini hendaklah kita tidak melupakan tuk menyibukkan diri dengan urusan pelaburan kita tuk dituai di akhirat kelak. Itulah tujuan kita di dunia ini, tidak lain dan tidak bukan tuk memakmurkan alam ini dan menegakkan syariat Allah S.W.T di muka bumi ini. Mahu atau tidak mahu itulah hakikat hidup kita. Tanggungjawab yang kita tidak boleh lari, memikul sehingga Allah kembali menjemput kita. Mahu dan tidak mahu juga, ia sebagai jalan kita tuk sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA. Mengejar nikmat kehidupan yang hakiki iaitu di akhirat kelak dan memburu syurgaNYA. 

Islam tidak akan dapat tegak, kecuali dengan perjuangan para penganutnya. Islam tidak akan tertanam, kecuali dengan siraman darah. Oleh kerana itu, guru kita, Nabi Muhammad S.A.W, gagah berani menegakkan dan menyampaikan dakwah islamiyyah di zaman Baginda. Para sahabat beliau juga orang-orang yang pemberani. Abu Bakar seorang siddiq, Umar terbunuh, Utsman juga tewas, Ali mandi darah. Lapan puluh peratus sahabat  Baginda telah terbunuh.

Sehari sebelum perang Uhud, Rasulullah S.A.W bersabda diatas mimbar :

“Demi Allah yang menggenggam jiwaku, setiap orang yang terbunuh di jalan Allah pasti datang pada hari Kiamat seperti keadaannya ketika terbunuh didunia. Warnanya warna darah, tapi baunya bau minyak kasturi”.