Monday, May 31, 2010

Semboyan Telah Berbunyi

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Kita digemparkan dengan peristiwa-peristiwa yang menyayat hati apabila pasukan keamanan konvoi yang membawa bantuan ke Gaza telah diserang oleh pihak rejim Zionis. Kekejaman ini dikutuk secara keras oleh negara-negara Islam dan juga bukan Islam kerana Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apa yang digeramkan bukanlah kerana melanggar undang-undang semata tetapi martabat serta maruah agama Islam telah dicabuli oleh Yahudi Laknatullah. Rejim Zionis telah bertindak kejam dengan melancarkan serangan ke atas kapal yang membawa penumpang yang tidak bersenjata. Kemudian Menteri Hubungan Luar Negara Yahudi telah memberi alasan bahawa pihak tentera mereka terpaksa bertindak kerana konvoi itu mempunyai provokasi Anti-Israel.

Wahai umat Islam yang membaca mesej ini, bangunlah dari lena mu...Semboyan Jihad Telah Berbunyi. Allah telah memberi isyarat jihad ke atas kita tuk menegakkan kalimahNya di atas muka bumi Allah ini. Bukankah kita yang seharusnya memakmurkan bumi ini? Kita umat yang terbaik..

"kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,kerana manganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar dan beriman kepada Allah"   Ali-Imraan: 110

"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"  Al-baqarah: 30

Kalau bukan kita yang membela agama ini,siapa lagi? Siapa yang kita mahu harapkan?

Sunday, May 30, 2010

Bila Roh Mu Dijemput Illahi?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Setiap manusia pasti berhadapan dengan detik ini,di mana detik yang amat perit dan pedih tuk dihadapi. Bila roh ditarik oleh malaikat maut atas perintah Yang Maha Esa. Setiap manusia takut dan gentar akan detik ini, kerna bimbang amalan di dunia ini tidak cukup tuk meraih syurgaNya. Bimbang apakah rohnya disambut sebagai tetamu yang dinanti oleh Allah? Tapi ingatlah wahai manusia,detik ini adalah kepastian bagi kita seperti mana firman Allah S.W.T

"di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh."    an-nisa': 78

"kemudian setelah itu, sungguh kamu pasti mati"    al-mu'minun: 15

Kita tidak dapat lari dari hakikat ini,walau sehebat mana pun jawatan kita, setinggi mana pun kedudukan kita dan serendah mana pun kita menyorok dan berlindung, ajal pasti tiba. Kematian sering kita lihat disekeliling kita, mungkin dari ahli keluarga kita, rakan karib, saudara mara dan dapat juga kita lihat hari-hari di media massa. Dan berita-berita kematian inilah sepatutnya menjadi teguran pada kita yang sering leka dibuai nikmat dunia.

Sunday, May 23, 2010

Kecintaan Belia Pada Islam

Bismillah ar-rahman ar-rahim,
Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T kerna telah memberi kesempatan kepada ana tuk menghadiri satu konvensyen 'Gerakan Islam dan Persaingan Demokrasi' bertempat di Hotel De Palma, Ampang. Konvensyen ini mengutarakan isu kebangkitan umat Islam dalam mengharungi dunia politik moden dunia iaitu "demokrasi". Dalam konvensyen ini juga telah membahaskan situasi politik Islam di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Turki.

Kesinambungan konvensyen itulah mendetikkan rasa hati ana tuk menceritakan sebuah kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang merupakan seorang belia pada ketika Rasulullah S.A.W mula menyampaikan dakwah Islamiyyah iaitu Umair bin Abi Waqqas.

Umair bin Abi Waqqas adalah seorang sahabat yang masih muda belia, telah memeluk Islam pada zaman permulaannya lagi. Beliau adalah adik kepada Saad bin Abi Waqqas r.a iaitu Jeneral Islam yang termasyhur. Saad telah menceritakan:

Thursday, May 20, 2010

Ketika Engkau Memerlukan Pertolongan

Assalamualaikum,

Bismillah ar-rahman ar-rahim, dengan nama Allah ana mulakan bicara ini. Pernahkan antum semua berada dalam kesusahan dan ketika itu juga tiada pertolongan yang antum boleh raih? Ana pasti semua makhluk bernama manusia tidak terlepas dari dugaan dan cabaran yang sering bermain dalam kehidupan seharian kita. Kita tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa kerana kita bukanlah nabi dan rasul yang bersifat maksum. Allah menyucikan dosa-dosa hambaNya dan membentangkan pintu taubat dari pagi ke malam dan malam sehingga pagi keesokkan harinya. Tidak mustahillah kita sering ditimpa kesusahan atau musibah kerna dengan musibah itu Allah menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba yang sering lupa hakikat kejadiannya. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat pengharapan kerna tiada siapa pun yang ada daya upaya tuk menolong kita jika tanpa keizinan Tuhan Pencipta kita.

Bagaimana nak meraih pertolongan dari Allah S.W.T? Adakah hanya dengan berdoa tanpa sebarang usaha? Tanpa sebarang amal kebajikan? Tanpa amar ma'aruf nahi mungkar?

Monday, May 17, 2010

Terima Kasih

Assalamualaikum,


Alhamdulillah syukur kepada Allah taala atas limpah kurnia serta rahmatNya dapat kita menghembuskan nafas lagi pada hari ini. Dan kepada yang telah meninggalkan kita, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah moga roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W yang amat kita cintai. Berkat usaha baginda, kita dapat menikmati nikmat iman dan islam dalam diri kita.


Terima kasih ingin ana ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar ana selama ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat ana yang telah banyak tunjuk ajar secara tak official tapi ilmu tetap ilmu dan setiap ilmu itu sangat bermanfaat tuk meniti kehidupan yang penuh cabaran serta dugaan ini. Di Malaysia 16hb Mei telah diswastakan sebagai Hari Guru bersempena mengingati dan menghargai jasa serta pengorbanan insan yang bergelar guru. Kadang-kadang kita tersalah sangka, ingatkan hari guru ni tuk cikgu kat sekolah je tapi bukan sebegitu. Ia adalah hari tuk semua insan yang telah menyumbang serta berkongsi ilmu sesama kita.